Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan

As Salam

Pejam celik, pejam celik dah tiba pulak untuk mula berpuasa esok.  MMD sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat beribadah dengan lebih lagi pada bulan Ramadhan ni.

Macam tahun2 sebelum ni, MMD sekeluarga amat bersederhana dalam bab berbuka puasa.  Masak pun ala kadar saja.  Maklumlah terkejar2 dari balik kerja.  Apa yang senang dan cepat siap itulah yang terhidang di atas meja makan.

Dalam urusan persiapan hari raya, pakaian anak2 dah MMD selesaikan dari bulan lepas lagi.  MMD tak suka berhimpit2 dan bersesak2 dengan lautan manusia di shopping2 complex dalam bulan puasa.  Penat dan angin pun cepat naik.  hehehe.

Hingga jumpa lagi di lain entry.

As Salam.

Thursday, June 4, 2015

5 X 5 = Gold status @ 01/06/15

As Salam.

Berturut-turut entry MMD kali ni berkaitan dengan angka.  Tiga hari lepas genaplah my beloved hubby bertukar status.  Walaupun apa angka sekalipun, tetap teguh di sebelah MMD dan anak2.  Yang penting, doa kami semua agar my beloved hubby mendapat kesihatan yang baik sepanjang masa dan dipanjangkan umur olehNya agar dapat terus beribadah dan berbuat baik sentiasa.

Sehari sebelum tu pun makan malam kat luar.  Katanya pre-birthday celebration.  Hari birthdaynya pun makan kat luar.  Katanya birthday celebration.  Berangan nak post-birthday celebration jugak tu....nakal2!!!

MMD sengaja ambil cuti 1 hari pada 01/06/15.  Kebetulan cuti sekolah baru bermula. Semua ada kat rumah. MMD tak bagitahu pun pada anak2 yang MMD bercuti.  Mereka pun pelik kenapa MMD masih ada kat rumah walaupun dah lepas pukul 9am.  Yang paling gembira tentulah Lea.

Plan asalnya nak ajak family ke pesta bunga di Putrajaya.  Tapi memikirkan badan dah penat kerana hari sebelumnya dah pun keluar berjalan2.  MMD cancel plan tersebut.  Lagipun ada urusan yang masih belum selesai di rumah.  Tengok je la nanti apa yang akan terjadi di rumah bila siap urusannya.

Malamnya, selepas my beloved hubby balik dari Maghrib dari surau kat area rumah, semuanya keluar untuk makan malam.  Ada beberapa pilihan tempatnya semasa berbincang kat dalam kereta.  Akhirnya MMD pilih tempat yang dekat je.  Restoran Hj Sharin Low di Harbour Palace.

Habuan makan malam tu.....

Opsss...yang kat atas ni bukan untuk di makan ye. 

Yang  kat bawah ni haa.....Antaranya daging lada hitam, telur dadar tak boleh tinggal, asparagus goreng, siakap stim ala Thai dan juga sotong hotplate.


 
 
 
 

Hadiah istimewa dari orang yang istimewa.  Yang terbaliknya, orang yang sambut birthday bagi pada orang yang meraikan birthday,  MMD la yang dapat tu.  Hakim jeles sakan.


Terima kasih my beloved hubby.  Semoga hubungan kita kekal selamanya.


Sekian. As Salam.

Tuesday, June 2, 2015

Juadah istimewa untuk harijadi anak istimewa - Hazry Halimy 15 tahun @ 20/05/15

As Salam

Terbabas lagi MMD untuk update entry pasal anak kesayangan keluarga ni.  Anak istimewa buat MMD sekeluarga.  Kata orang, bakal ahli syurga.

 Gambar lama Hazry.

Harijadinya dalam bulan yang sama dengan adiknya Lea.  Bulan Mei.  My beloved hubby dah awal2 bagitahu kat MMD yang kali ni nak buat kelainan sedikit dalam menyambut harijadi Hazry.

Walaupun harijadinya jatuh pada hari Sabtu, MMD ambil kesempatan untuk bercuti 1/2 hari pada 22/05/15. Balik awal ke rumah.  My beloved hubby dah awal2 lagi pergi beli barang2 untuk urusan masak memasak MMD.

Kebetulan pada 22/05/15 tu ada Kuliah Maghrib di surau di taman perumahan MMD.  Jadi sudah tentu ramai yang akan hadir.    Itu sebabnya MMD usahakan juga untuk mengambil cuti untuk memasak.  Kalau hari biasa, tak mungkin MMD sempat siap memasak selepas balik dari kerja.

Menu pilihan my beloved hubby ialah nasi beriani dengan gulai daging rempah kampung.  Sebelum ni pun MMD ada buat menu yang sama untuk makan2 sendiri kat rumah.  Since my beloved hubby kata masakan MMD lulus untuk jamuan, itulah menu pilihannya. MMD masak guna rice cooker biasa je.  Kena masak 3 round. Dapatlah 3/4 dari tong nasi yang besar tu.  Dihidang juga dengan acar timun.



Alhamdulillah, selepas Kuliah Maghrib dan solat Isyak, tetamu menikmati jamuan.  Ada yang bungkus bawak balik juga. Ada yang merancang untuk buat tempahan.  Alamak!!!! Belum cukup ilmu lagi untuk menerima tempahan buat masa ni.  Sebenarnya, bukan senang untuk tengok MMD memasak untuk tetamu yang ramai.  Bukannya pandai sangat pun  masak memasak ni.  Kat rumah pun, biasanya campak mencampak je bila masak2 ni.

Semoga segala doa dari tetamu untuk Hazry sihat walafiat sampai kepadanya.

 

Antara wajah2 nakal Hazry.  Sayang Hazry Halimy tanpa angka.

As Salam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...