As Salam.
Selamat tahun baru 2015 MMD ucapkan kepada rakan2 yang singgah di blog kecil MMD ni. Sempena cuti tahun baru, MMD terus ambil cuti hingga 05/01/15. Hari Selasa je nanti MMD masuk opis.
Alang2 bercuti, memang tak kemana2 pun. Selain menghabiskan cuti tahunan MMD yang masih kena carry forward hingga tahun ni, MMD ambil kesempatan juga untuk pergi ke Jabatan Imigresen di Port Klang untuk memohon paspot untuk MMD sekeluarga.
Sampai ke Jab Imigresen dalam pukul 9.30am, selepas ambil nombor serta mengisi borang untuk semua ahli keluarga, MMD dapat nombor 1131-1135. Hazry dan Hakim menunggu di bawah kerana tiada lif untuk ke tingkat 1. Sementara MMD, my beloved hubby dan Lea saja yang naik. Pegawai yang memberi nombor pada MMD ada pesan untuk bagitahu ada permohonan dari OKU jika sampai di tingkat 1.
Borang yang kena isi tersangat simple, Kertas A4 yang di potong 4. Informasi yang perlu hanyalah nama, I/C atau nombor sijil kelahiran, alamat, nbr untuk dihubungi serta ketinggian. Kat dinding disediakan tali pengukur.
Bagi anak2 yang berumur 18 tahun ke bawah, ibu atau bapa atau penjaga mestilah melampirkan salinan I/C pada setiap salinan I/C dan surat beranak anak2. Ibu atau bapa atau penjaga yang akan menandatangani borang semasa proses permohonan nanti. Jadi pastikan siap2 buat salinan sebelum sampai ke Imigresen untuk menjimatkan masa.
Kosnya berapa? RM100 untuk 2 tahun, RM300 untuk 5 tahun. RM80 untuk kanak2 bawah 12 tahun. Bagi OKU, yeah....PERCUMA. Untuk Hazry, alang2 dah percuma, terus pegawai tu buat untuk 5 tahun.
MMD ucapkan berbanyak terima kasih pada pegawai di kaunter 6 iaitu Cik Siti Nuraishah kerana sudi memproses kesemua permohonan MMD sekeluarga. Pada asalnya, nbr giliran MMD jatuh pada sebelah petang kerana hari Jumaat, jumlah yang akan proses hanya 120 nbr sahaja. Apabila MMD bagitahu yg MMD ada OKU dan pegawai yang memberi nbr tadi tak ada pulak bagitahu kena dtg waktu petang, terus beliau meminta kebenaran dari pegawai atasannya untuk memproses.
Pada awalnya, beliau berjanji akan memproses borang Hazry dan juga MMD sahaja. Selepas MMD di ambil gambar, giliran Hazry pulak. Sementara tu beliau ada menyuruh MMD ambil gambar Hazry di kedai yang ada mesin gambar segera sekiranya MMD tak boleh membawa Hazry naik. Dah 5 kali cuba untuk ambil instant photo, masih lagi tak sesuai gambarnya kerana timer mesin tu sukar untuk detect Hazry samada dah sedia atau belum.
MMD pun menyuruh abang Hakim mendukung Hazry naik ke tingkat 1. Kesian Hakim. Hazry pun berat juga. Bila MMD bagitahu yang kami gagal untuk ambil gambar Hazry, pegawai tu cuba untuk mengambil gambar Hazry dari kamera di depannya. Oh ya...kalau baju berkolar putih, kena pakai kot yang disediakan di situ. Jenuh juga untuk memastikan Hazry diam. Banyak kali juga cubaaan mengambil gambarnya. Akhirnya berjaya juga walaupun Hazry terbuka mulut dan nampak gigi2nya dan mukanya tak berada di tengah2 frame gambar.
Siap Hazry dan MMD. Pegawai tu bagitahu yang dia akan proses untuk 2 anak2 MMD je lagi. Okay, MMD terima cadangannya. Selepas Lea siap, Hakim pulak. Terima kasih lagi MMD ucapkan pada beliau kerana sudi untuk terus proses untuk my beloved hubby. Alhamdulillah. Selesai urusan permohonan. Tunggu giliran untuk dipanggil untuk buat bayaran di kaunter 8. Selesai sahaja pembayaran, MMD diberikan resit bayaran untuk diletakkan ke dalam tray selepas 1 jam dari waktu pembayaran di buat. Masa tu dah hampir 11pagi.
Kebetulan juga, sistem imigresen OFF LINE. Announcement di buat samada untuk menunggu atau datang semula selepas waktu rehat. MMD pun tunggu lah sementara kat situ. Kalau dah pukul 12.15tghari masih tak Okay, then MMD decide untuk balik dulu. Hampir 12 tghari, sistem dah Okay.
Untuk mengambil paspot, semua pemohon kena berada di kaunter untuk tandatangan dan cap cari. Untuk anak2, ibu atau bapa atau penjaga mesti ada bersama2.
Alhamdulillah...semua dah selesai dan dapat paspot masing2. MMD sebenarnya memperbaharui paspot, my beloved hubby buat gantian kerana yang lama dah hilang bertahun lamanya, melainkan untuk anak2 semuanya permohonan kali pertama.
Semoga perkongsian di atas memberi manafaat kepada sesiapa yang pertama kali membuat permohonan mendapatkan paspot.
As Salam.