Monday, January 6, 2014

Pap smear and mamogram free voucher from SOCSO

As Salam.

Bagi kakitangan swasta sudah tentu MMD dan kawan2 yang lain yang berumur 40 tahun ke atas bakal mendapat voucher percuma dari SOCSO untuk menjalani ujian saringan pap smear dan mamogram.  Ahhhh, maknanya MMD dah 4 series rupanya.  Dah tentu itu yang terfikir dalam fikiran pembaca MMD kan?  kan?


MMD dah mendapat voucher tu dari tahun lepas lagi.  Dari sehari ke sehari nak buat temujanji dengan klinik yang berdekatan dengan rumah MMD, ada saja halangannya.

Tapi baru2 ni sebelum tahun 2013 berakhir, MMD singgah ke klinik yang tak jauh dari rumah MMD pada hari Sabtu.  Hari Jumaat sebelum tu, staff klinik tu ada berpesan agar MMD berpuasa dari pukul 10pm hinggalah ke hari ujian dibuat.  Hanya air kosong saja yang boleh diminum dalam tempoh berpuasa tu.

Yang paling penting, pastikan waktu tu MMD tidak datang bulan. Maklumkan doktor akan ambil sample tisu di bahagian bawah Ms V tu.

MMD sengaja datang awal,  even awal dari doktor lagi.  Jadi waktu menunggu tidaklah terlalu lama.  Masa yang di ambil untuk ujian tersebut hanya mengambil masa 30 min je.  Di mulai dengan menjawab beberapa soalan tentang sejarah kesihatan diri serta ahli keluarga. Periksa tekanan darah, berat badan serta diambil sample darah sebanyak 3 tiub.

Selepas itu, MMD diminta untuk menyediakan diri untuk di periksa Ms V.  MMD siap minta agar hanya doktor saja yang masuk bilik rawatan tanpa nurse.  Malunya bukan kepalang.   Tapi doktor terpaksa minta bantuan nurse untuk menyediakan peralatan yang berkaitan kerana urusan pengambilan sample tisu di Ms V tu mestilah dilakukan dengan teliti sekali.

Sample2 tersebut akan di hantar ke makmal untuk mendapatkan keputusan yang mana sekarang akan mengambil masa lebih kurang sebulan dari tarikh ujian di buat.  Selesai ujian pap smear, MMD di minta untuk ke Hospital Pantai yang berdekatan untuk ujian mamogram. 

Kerana MMD tidak bersedia untuk ke Hospital Pantai pada hari tersebut, MMD hanya pergi pada hari Sabtu minggu seterusnya.  Ujian ini tidak mengambil masa yang lama juga, hanya 10-20 min sahaja setiap orang, tetapi waktu menunggunya yang agak lama kerana terlalu ramai yang datang berurusan untuk tujuan yang sama.

Oh ya....tahu tak ujian mamogram tu untuk apa dan di bahagian badan mana yang dibuat?   Sebenarnya ujian ini dibuat untuk mengesan jika ada ketulan2 atau tisu2 punca kanser pada kedua2 buah dada.  Dah tahu kan??? Senanglah kalau gitu...

Sementara menunggu nombor giliran MMD yang ke 22, nurse kat situ bagitau agar datang balik dalam pukul 12 tgh gitu....Masa tu, baru pukul 9:45am.  MMD dan my beloved hubby pun beredar dan merayap2 ke Harbour Palace yang berdekatan dengan Hospital Pantai Klang tu.  Kalau diikutkan MMD boleh je singgah kar rumah pusaka my beloved hubby yang diduduki oleh kakaknya yang satu jalan je dengan hospital tu, tapi kami berdua singgah di Harbour Palace je.  Dalam awal2 lagi tu, MMD sempat sambar 2 helai blaus dan 3 helai seluar yang berwarna warni. Memanjakan diri kata MMD kat my beloved hubby..Puiiiihhhhh...

Tak lama selepas MMD sampai semula ke hospital, nama MMD dipanggil dan diminta untuk menukar pakaian.  Sudah tentu nurse yang bertugas adalah nurse perempuan.  Maklumlah bahagian sensitif yang akan diperiksa.  Bukan diperiksa oleh nurse tapi di letakkan di atas plate mesin mamogram yang seperti di dalam gambar tu.  Plate di atas akan ditekan pada plate yang di bawah dan sudah tentu buah dada akan berada di antaranya.  Dua posisi di buat iaitu tekanan atas bawah dan satu lagi posisi serong.  MMD tak perlu berdiri senget ya...mesin tu yang akan menyengetkan posisinya.



Siap ujian scanning mamogram, nurse siap tolong ambilkan gambar MMD.  Bukannya masa ujian dibuat.  Kerja gila tu...Itu selepas ujian di buat dan selepas tu dah boleh balik.  Keputusan hanya boleh di ambil selepas 2 hari.



Pada masa entri di keluar, MMD belum lagi mengambil keputusannya.  Doktor di klinik yang MMD pergi sebelum ni ada berpesan agar membawa keputusan mamogram selepas pihak kliniknya call MMD selepas keputusan pap smear sampai ke kliniknya.

Jadi belum ada berita seterusnya.  Nanti MMD sambung cerita ni selepas keputusan keluar.  Sabar menunggu ye...Sebenarnya MMD yang seram sejuk...

As Salam.

Friday, January 3, 2014

Kebun tumpang

As Salam

Jangan ingat ibu tumpang je ada kat dunia ni.  Yang ni kebun tumpang.  Yang empunya kebun ni memanglah amat murah rezekinya.  Maklumlah, sapa2 yang menyewa rumah sewanya, bakal juga dapat merasa hasil kebun yang bersebelahan dengan rumah sewanya.  Tak perlu nak minta izin.  Memang dah awal2 lagi dah diberi kebenaran untuk merasai hasil kebunnya.  Daripada membazir jatuh ke tanah, lebih baik di makan.

Antara pokok tanaman di situ termasuklah pokok durian, rambai, betik, ciku, manggis, belimbing besi dan yang selalunya menghasilkan buah yang paling banyak ialah pokok rambutan.

Biasanya adik MMD akan call ajak kutip hasil bila sampai musim berbuah, tak kiralah buah durian sedang berguguran atau pokok rambutan berbuah lebat.  Terletak di Cheras, Batu 9.  Jangan jeles bila tengok hasil kutipan kali ni.






MMD siap bawak balik anak pokok rambutan tu, manalah tau boleh hidup kat depan rumah MMD pulak dan boleh lah MMD jemput pembaca blog MMD kan...?

As Salam.

Wednesday, January 1, 2014

Tahun baru dan anak pun bertambah

As Salam.

Selamat datang tahun 2014.  Selamat tinggal tahun 2013.  Banyak suka dan duka sepanjang tahun 2013.  Ada yang boleh di blog dan ada yang kena simpan di dalam hati.

Jangan hairan dengan tajuk entri di atas.  Bukannya MMD nak tambah bilangan anak.  Belum ada rezeki lagi kot. Umur MMD pun dah bertambah senja gitu.

Apa yang MMD ingin sampaikan ialah dah bertambah seorang lagi anak2 MMD yang memasuki alam persekolahan perdana.  Siapa lagi kalau bukan Lea.

Lea dah masuk tahun 1 di tahun 2014.  Memang agak padat waktu persekolahannya.  Pagi ke sekolah agama yang terletak tak jauh dari rumah MMD.  Tengahari pulak akan berkejaran untuk ke sekolah kebangsaan di Bukit Tinggi.  Sekolah yang sama dengan abang Hazrynya.  Malangnya, Hazry di sesi pagi.

Pada 31/12/13 yang lepas, MMD menghantar Lea untuk pendaftaran, urusan bayaran yuran serta mengambil buku2 teks. Excited Lea tiap kali untuk ke sekolah. 

Semua pelajar masuk ke kelas masing2 untuk sesi ujian penempatan dan ibubapa pula mendengar taklimat dari Guru Besar SKBU.  Selesai ujian, muka gembira si kecik Lea.


Sempena cuti tahun baru, MMD pun mengambil peluang untuk mengambil mesin jahit dari dalam stor untuk urusan menjahit mana2 pakaian yang koyak.  Biasanya pakaian Hakim lah yang paling banyak kena jahit especially seluarnya.  Sambil tu menjahit lencana untuk baju sekolah Lea.  Untuk baju sekolah agamanya, belum ada lencana lagi.  Nampak gayanya tersadailah mesin jahit tu buatsementara kat tepi dinding ruang tamu MMD.
Apa2 pun, tahun ini kena berbelanja dengan lebih berhemah lagi berbanding dengan tahun2 sebelum ni.  Maklumlah semua harga barang pun dah meningkat naik.  Malangnya kenaikan gaji tak setanding dengan kenaikan harga barang2 asas.

Selamat tahun baru dan capailah azam yang masih tertunggak dari tahun lepas jika ada.  Teruskan berazam baru dan selamat menggapainya.

Azam MMD ialah untuk terus menulis blog walaupun masa agak terhad dan akan terus membuat dan menghabiskan entri2 tahun 2013 yang tertanguh sebelum ini walaupun dah masuk tahun 2014.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...