As Salam
Tak de tertekan pun. Saje2 bagi title gitu untuk menceritakan tentang MMD yg baru mencuba pakai pressure cooker.
Dah 2 tahun lebih MMD ada pressure cooker ni. Jenama Sugawa je. Itupun masa MMD beli electric induction cooker untuk dapur MMD. Kiranya MMD dah ada 2 set dah pun. Satu yg kedua2 stove hanya boleh pakai stainless steel periuk je. Itu dah 5-6 tahun dah MMD beli sebelum masuk rumah yang MMD tinggal sekarang. Masalahnya MMD tak boleh pakai periuk selain dari stainless steel.
Yang baru ni, ada option lah, sebelah boleh pakai stainless steel (stove tu tak nampak cahaya apinya) dan satu lagi yang boleh nampak cahaya merah apinya. Yang ini boleh pakai apa2 jenis periuk pun.
Bila dah beli tu, MMD tekanlah salesman tu yang MMD nak itu dan ini sebagai hadiah tambahan. MMD dah tak ambil periuk2 stainless steel sebab MMD dah ada sebelum ni. Jadi MMD pilih, periuk mengukus, pressure cooker dan juga stove satu lagi yang single. Senang untuk MMD bawa jika ke mana2 masa travel.
Buat pertama kalinya, MMD test pakai pressure cooker ni untuk masak sup tulang Qurban baru ni.
Memang cepat je memasak. Tak sampai 1/2 jam dah siap sup ni.
Hari ni MMD cuba pulak goreng ayam salut "bread crumb powder" Nona. Belum habis memasak yang lain, dah habis ayam2 yang MMD siap masak di samun oleh Hakim dan Lea. Isinya lembut berbanding kalau MMD goreng pakai dapur biasa. Texturenya macam beli ayam di KFC gitu. Dalam 15-20min dah siap.
Ini MMD perkenalkan pembantu baru MMD...Wallllllaaaaaaa.
Bulan lepas MMD dipaksa oleh my beloved hubby untuk buat Nasi Dagang Terengganu. Ini pun pertama kali juga MMD buat nasi dagang tanpa bantuan sape2. Biasanya MMD selalu makan hasil air tangan adik MMD yang di Cheras tu dan juga my Mem Besar. Maklumlah, balik raya baru2 ni kat Terengganu, my beloved hubby menuntut ilmu dengan tokey nasi dagang yang juga besan my Mem Besar. Dia yang menuntut ilmu tapi MMD yang kena masaknya.
MMD pun menuntut ilmu dengan En. Google untuk cara memasak kuahnya. My beloved hubby menuntut ilmu untuk buat nasinya je. Sekerat jalan je belajar ilmu !!!!
Maka, jadilah nasi dagang hasil air tangan MMD yang pertama dengan menggunakan pengukus Sugawa yang dah beberapa lama diperap di dalam stor rumah MMD.
My beloved hubby siap panggil adik2nya datang ke rumah MMD untuk makan nasi dagang ni. Alhamdulillah....tidak mengecewakan bagi orang yang pertama kali mencuba memasaknya. Kebetulan adik MMD yang di Cheras pun datang juga. Memang langkah kanan juga buatnya.
Sekian, selamat makan2.
As salam.
Saturday, October 26, 2013
Friday, October 25, 2013
Pengsan hidup semula
As salam.
Dah masuk 3 bulan MMD pengsan dari menulis kat blog ni. Kiranya bukan je pengsan dah...kira K.O. pun boleh juga tu.
Cerita hari raya Aidil Fitri, cerita hari raya Qurban pun tak sempat nak dikongsi, tup tup dah nak raya Deepavali pulak... Anak2 pun dah nak khatam belajar untuk tahun ni. Bulan depan nak start cuti sekolah lah pulak.
Dah ada plan ke mana2 cuti sekolah nanti? Ehmmmm...MMD tak dapat kemana2 pun pada bulan Nov sebabnya Lea akan masuk tahun satu sekolah agama awal untuk sesi suaikenal.
Urusan tahun 2014 lebih kurang cam ni...
1. Bulan Januari untuk urusan persekolahan anak2.
2. Bulan Februari ke Kuching
3. Bulan Mac kenduri kahwin di Terengganu dan juga sambut menantu di Pahang.
and the list goes on and on....haha haha. Doakan MMD sekeluarga dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik senantiasa. InsyaAllah.
Nanti sambung lagi la yea...
As Salam.

Subscribe to:
Posts (Atom)