Thursday, May 14, 2015

Menu rajin

As Salam

Hari ni baru rajin nak up kan entry yang rajin ni.  Rajin la juga memasak bila tiba2 rasa rajin tu ada.  Kalau tidak, MMD masak apa yang ada kat dapur je.  Operasi campak mencampak je.  Semua nak cepat bila balik dari kerja.  Kena siap by 7:00pm setiap hari.  Atau paling lewat sebelum waktu Maghrib.  Kalau lewat dari tu, kiranya dapur tutup terus.  My beloved hubby pergi beli makanan kat luar je.

Nak juga bagitau ni...MMD sebenarnya tak pernah pun masak masakan ni.  Biasanya tolong jadi tukang kacau je bila masak kat kampung especially untuk menu hari raya.

Kali ni MMD berhasrat untuk cuba buat sendiri.  Minggu sebelum tu MMD dah siap suruh my beloved beli bahan2nya semasa shopping barang2 dapur di NSK.  Cara2 dan bahan2 untuk memasaknya MMD cari En. Google je.

Sebenarnya MMD lupa nak beli minyak sapi.  Tapi digantikan dengan mentega je.

 
 
Okay tak Nasi Beriani Daging bersama Kuah Gulai Daging Rempah Kampung ni?

Komen dari my beloved hubby: Dapat 4/5 bintang.  Boleh diperbaiki lagi dengan tambah sedikit air lagi agar nasi tidak terlalu kering.

Beras Brasmati ada lebihan lagi.  Apa nak buat ekkk?

Oh ya....Cuti Hari Pekerja yang 4 hari terus menerus tu, 01-04/05/15, MMD telah memasak sekali lagi dengan menggunakan beras Brasmati ni.  Ianya untuk bekalan perkelahan dengan adik2 MMD di Avani Sepang Gold Coast. Plannya, lepak2 dulu kat pantainya sebelum check in.

Nasi lemak yang telah diubah suai sedikit agar nampak meriah gitu.  Biasanya nasi lemak putih bersih, tapi kali ni berwarna hijau sikit2.  Budak2 pun makan dengan berseleranya.  Habis satu periuk nasi.   Makan, mandi laut, makan, mandi laut. 

 

Sekian dulu, acara masak memasak dari dapur MMD.

Jumpa lagi di lain entry.

As Salam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...