As Salam
Sekali lagi dapur MMD tak berasap pada 07/05/15. My beloved hubby dah siap2kan pakaian sepersalinan untuk Lea semasa menjemput dari sekolah petangnya. Masuk saja ke kereta, cepat2 Lea bertukar pakaiannya.
Tempat tujuan pertama ialah singgah ke The Store di Klang. Bukan tak ada tempat lain nak pergi shopping. MMD selesa kat situ. Parking kereta kat parking lot di atas bangunannya dan turun terus ke tempat shopping. Harganya pun reasonable untuk pakaian budak2. Rembat beberapa helai T-shirt untuk Lea dan Hakim. Oh ya....MMD pun sekali "terkenan" dengan beberapa helai blouse. Rembat juga 3 helai.
Untuk Hazry belum dapat yang sesuai tapi MMD tetap ambil 3 helai seluar pendek untuk pakaian hariannya. Lagipun MMD dah banyak shopping pakaian dan seluar panjang untuknya semasa di Bandung tempoh hari. Setiap hari lebih kurang 5-6 helai seluar bertukar kalau dia kencing banyak. Pakai 2 lapis diapers pun boleh basah. My beloved hubby dapat sepasang sandal je. Lagipun rushing untuk pergi makan sempena birthday Lea.
Lea nak makan pizza, kalau diikutkan, tempat yang paling dekat ialah di tepi bangunan The Store tu. Malangnya dah nak tutup untuk dine in. Kalau take away masih boleh lagi. MMD dicadangkan untuk ke outlet yang besar iaitu di hadapan Goldcourse Hotel Klang. Masa sampai kat sana, outlet masih dibuka dan masih ramai pelanggan di dalamnya.
Birthday girl sedang menikmati pizza pilihannya. MMD order 2 large pizza dan juga 1set combo 2 regular pizza yang siap dengan air, sup dan roti. My beloved hubby order the platter, entah apa namanya. Bila dah makan, nampaknya semua dah tersandar kekenyangan. MMD suruh staff kat situ bungkuskan saja 2 regular pizza tu. Dah tak larat nak menghabiskannya.
Lea banyak pulak minum air bergas. Siap pergi ke tandas dulu sebelum balik kerana muntah. Lea pun makan banyak keping juga pizzanya. MMD tanya Lea....puas hati makan pizza? Puas jawabnya. Nak makan lagi? Oooooooo tidakkkkkk. Tu dia...perasan boleh makan banyak la tu...akhirnya surrendered.
Tengahari keesokannya, MMD tak sediakan makanan kat rumah untuk Lea dan Hakim. Mereka berdua nak habiskan pizza yang berbaki lagi. Tiada pembaziran langsung kalau pizza ada kat rumah. Licin !!!
Sekian.
As Salam.
No comments:
Post a Comment