Misi tertangguh untuk entry birthday my beloved daughter, Lea. Pada 07/05/15, syukur Alhamdulillah Lea dah pun berumur 8 tahun. Rasanya baru lagi timang2 dia di pangkuan MMD ni. Seorang anak kecil yang tak banyak kerenah. Pandai berbicara dengan ayat2 bahasa bakunya. Tak pelat masa baru2 belajar bercakap. Ayat2 yang mencairkan hati ibunya.
Ingat entry MMD sebelum ni? MMD siap masak untuk perkelahan adik beradik MMD di Avani Sepang Gold Coast. Walaupun belum lagi jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya, MMD dah berbincang dengan my beloved hubby untuk raikan sekali dengan sepupu2nya di sana. Lagi ramai lagi meriah. Kebetulan adik MMD, La pun menyambut ulangtahunnya pada bulan yang sama iaitu pada 08/05/15, sehari selepas Lea.
Rombongan cik kiah dari keluarga MMD bertolak agak lewat dari Port Klang. Kalau ikut rancangan asalnya, nak bertolak dlm pukul 11pagi gitu. Dari Cheras, 2 kereta dari sana. MMD dan adik MMD, Latifah sampai dalam tempoh yang sama. Agak jem juga masa di kawasan Enstek dan juga di Sg Pelek. Adik MMD yang sorang lagi, Adik Nurul sampai 1/2 jam kemudian.
Selepas MMD daftar untuk check in di kaunter Club Member, MMD terus cari parking di tepi pantai. MMD tak terus ke vila. Rancangannya untuk biarkan budak2 main2 dan mandi manda di pantai dulu. Parking kat food court dan MMD lalu di tepi pagar Avani untuk masuk ikut pantai ke kawasan rehat Avani.
Kebetulan ada sebuah tempat rehat yang kosong. Terus my beloved hubby cepat2 pergi cop. Pegawai keselamatan pun cepat2 pegi approach my beloved hubby. Bila ditunjukkan kad Member, terus dia diam. Kat situ selalu juga orang luar datang dan masuk ke kawasan private Avani. Tu sebabnya mereka letakkan guard untuk memantau laluan tepi pagar antara kawasan awam dan kawasan Avani.
Bila semua dah ada, maka upacara keluarkan bekalan masing2 pun bermula oleh kaum ibu2. Hahahaha, macam nak berlumba je kan??? Budak2 dah start berlari2 dalam panas terik tu.
Ni dia kek yang MMD tempah di Taman Andalas, Klang. Tema Frozen atas permintaan Lea.
Lea dengan muka merah padamnya semasa memotong kek harijadinya. Lepas alas perut sikit, masing2 dengan acara masing2, guys dengan cara main bolanya, anak2 mandi2 dan main2 pasir. Ada yang bercanoe dan main papan lunsur. Kaum ibu buat apa? Makan2, borak2, gosip2, layan budak kembar, makan lagi...hahahaha.
My Mem besar bergaya santai di pantai. Love you Ma !!
Pukul 5pm baru bergerak untuk check in ke vila. Kena pakai 3 buah buggy semuanya. Hakim dengan muka kelakarnya. Budak2 sambung semula terjun pool. MMD tak ikut. Tu yang tak ada gambar di pool.
Malam tak keluar ke mana2. Habiskan makanan yang masih ada. La dan keluarga bertolak balik malam yang sama kerana husbandnya bekerja awal pagi esoknya.
Hakim & my beloved hubby ada acara mancing memancing di tepi beranda. Entah pukul berapa mereka tidur. Dapat juga tangkapan ikan. Kecil2 je pun.
Ok. Jumpa lagi di lain entry.
No comments:
Post a Comment