Friday, March 29, 2013

CCM - Red Rock Hotel @ Penang Day1 - 26-27/01/13

As Salam

Rancangan asalnya adalah untuk menaiki feri je ke Penang.  Dek kerana tersalah masuk laluan, terus je ke Jambatan Pulau Pinang.  Memasuki Penang lebih kurang pukul 4:30pm.  Bayangkanlah kami telah berpusing2 setiap hotel di area bandar hinggalah ke Batu Feringgi hingga pukul 9:00pm.

My beloved hubby kata, kalau last hotel yang kita pergi ni fully booked jugak, kita makan2 dan terus balik je la ke Klang. Memang kebetulan waktu MMD tiba di Penang, pesta Thaipusam diadakan dengan  meriahnya.  Banyak jalan2 utama ditutup oleh pihak berkuasa.

Last hotel tu ialah Red Rock Hotel.  Setelah my hubby berbincang dengan staf kaunter kat situ, akhirnya dia suruh kami datang semula pada pukul 10pm jika ada bilik yang available pada waktu tu.  Jadi, kami cari lokasi untuk makan dulu dan akhirnya ke hotel tu semula.

Alhamdulillah...ada last bilik yang tidak mempunyai kunci untuk masuk kecuali dengan bantuan staf hotel sahaja. Kami pun check in la.  Tak kisahlah tak de kunci untuk masuk pun.  Kami boleh kunci dari dalam waktu malam.  Biliknya besar dan siap diberikan tilam percuma lagi.  Harga RM168.00 je.




Pagi esoknya, hanya MMD dan my beloved hubby je yang turun breakfast.  Pilihannya makanannya banyak juga. Tapi, ini je yang MMD sebat.



MMD siap bawak bubur untuk Hazry naik ke bilik.  Memang setiap kali kami ke mana2 hotel, MMD akan minta kebenaran untuk tapau bubur. Tak ramai orang Melayu atau Cina masa ni.  Kebanyakannya adalah kaum India yang datang dari segala pelusuk negeri berkumpul di Penang untuk meraikan hari Thaipusam.  Kat Baru Caves pun tak kurang hebat juga sambutannya.

Pandangan pool dari bilik hotel. Hanya Lea dan Hakim je ke pool. Hazry dah siap2 dengan pakaian jalan2nya.  Lagipun MMD malas nak masuk pool sekali.





Selepas budak2 naik ke bilik, MMD minta untuk tukar bilik ke family room pulak selepas berbincang dengan my beloved hubby yang tiba2 rasa penat yang amat untuk balik hari yang sama ke Klang.  Jadi kami berkeputusan untuk stay satu malam lagi kat sini.

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...