Tempat tujuan pertama selepas check out dari Teratai Putih ialah ke Kompleks Bebas Cukai, Padang Besar. Kereta beratur tidaklah panjang berjela berbanding dengan di Bukit Kayu Hitam sebelum ni.
Nampak tak apa yang MMD nampak?
Tak nampak jugak? MMD bagi satu lagi.
Kereta berplet Thai dengan kesan tembakan peluru. Mungkin tak pelik sangat pada mereka yang selalu berulang-alik ke Thailand tapi pada orang biasa macam MMD, wahhhhhh, ini cukup hebat dan bukannya selalu dapat tengok kereta macam ni di depan mata. Kat TV tu biasalah tengok cerita2 orang putih kan?
Dalam perjalanan ke sana. Ke mana tu ??? Kedai bebas cukai je, bukannya ke Thailand. Buku merah tak bawak pun. Yeahhhhh, dah sampai tempat tujuannya.
Tempat coklat jangan lupa singgah tau...pesan Lea. OK la...
Abang Hakim pun siap promosi coklat M&M. Iklan percuma je...Coklat kena beli tau...Penat Hazry tunggu mak bapaknya shopping coklat kat sini....
Lea berkenan sangat dengan bag ni. Tapi walaupun dah 50% discount, masih lagi harga RM70++. Mak oiiii, kalau nak bawak ke sekolah pun, tak perlulah begitu mahal.
Duduk berehat sebentar sementara menunggu my beloved hubby window shopping. Ahak ahak..
Destinasi seterusnya ialah kompleks membeli belah Padang Besar. Jumpa banyak motor2 sebegini samada di sebelah sana negara ataupun di Padang Besar.
Sebelum masuk ke kompleks, kami pusing2 dulu di gerai2 dan deretan kedai2 di luar kompleks tu dulu.
Bila dah masuk kompleks, mulalah pusing2 dulu survey kedai2 kat situ hinggakan dah lupa nak snap gambar. Hanya gambar semasa beli pakaian Lea je baru teringat nak bergambar. Rambang mata tengok baju cantik2 kat kedai ni.
Dah alang2 datang kat sini, MMD adalah juga beli pakaian untuk anak2 MMD. Peniaga kat sini pun dah pandai2. Kiranya harga yang ditawarkan taklah begitu murah sangat especially pada hujung minggu kerana mereka tau, yang datang2 tu kebanyakannya pelawat dari luar.
MMD ada nak jumpa seseorang selepas ni. Dia dah janji nak jumpa MMD jika MMD sampai di Padang Besar.
As Salam.
1 comment:
try this site bags replica ysl discover here replica ysl handbags find out replica bags online
Post a Comment