Monday, April 1, 2013

CCM - Red Rock Hotel @ Penang Day2 - 27/01/13

As Salam.

Setelah pack semula barang2, kami pun turun ke tingkat 4 untuk ke family room.  Actually, kami dibenarkan memilih jenis family room yang kami nak. Ini kerana dah ramai yang check out. Menghadap jalan besar di depan hotel.  Akhirnya kami pilih yang ini. Kami masih lagi diberi tilam/katil tambahan percuma. Harganya....RM138.00 je. Bukan peak period lagi.


Ruangan lobi dan juga ruangan makan.


Dah tengahari, kami pun nak cari makan2.  Ehmmmm, asyik tersangkut dalam jammed je.  Maklumlah hari besar mereka kan?

Kami sekali lagi ke gerai makan bersebelahan dengan stadium.  Kata my beloved hubby, nak cari mee udang besar macam 2 tahun dulu.  Malangnya, gerainya tutup.  Kami makan juga kat gerai sebelahnya.  Lauk pauknya pun dah tak banyak.  Sambil tu, kami beli juga popia yang direkomen oleh pengunjung2 kat situ. Katanya, ramai yang datang dari dekat dan juh untuk membeli dari pakcik ni. Kami belilah juga untuk mencuba rasanya.  Pada MMD, popianya biasa2 je. Sorry ye pakcik.  Ulasan ikhlas dari MMD.

Masa makan2 kat situ, MMD ada juga bertanya jalan untuk ke Bukit Bendera.  Dah tengok peta beberapa kali tapi, tiap kali jumpa jalannya, dah kena divert ke jalan lain.  Dah sesat pulak.  Kat makcik kat situ, kalau nak ke Bukit Bendera, janganlah pergi pada hari tu.  Beratur panjang sangat2.  Menunggu untuk naik trainnya pun belum tentu 1-2jam.  Ramai kaum kerabat Thaipusan naik ke atas, katanya.  Betul jugak kata makcik tu.  Dahlah jalannya jammed.  Naik ke sana pun tentulah jammed jugak.  OK tak pe.  Kita cuba esok je ke Bukit Bendera sebelum balik ke Klang.

Berehat sebentar kat lobi.   Terpandang iklan untuk naik cruise.  Murah je tapi berangkat pada waktu pagi dan belayar balik petang.  Tak sempat la. Kalau nak pergi esoknya, dah tak sempat pulak ke Bukit Bendera.  So, naik semula ke bilik untuk waktu tidur...zzzzzzzZZZZZZZ.



Dum dam, dum, dam bunyi bising kat luar bilik. Mentang2 hari besarnya, tak perlulah sambung ketuk gendangnya kat laluan ke bilik2 especially kat depan bilik orang.  Masa my beloved hubby keluar bilik untuk minta mereka senyap sikit, bunyi macam nak cari gaduh pulak dia. Siap suruh kita orang tukar hotel kalau tak nak dengar bunyi bising.  Kalau my beloved hubby layan tu...harus berpanjangan.  

Semuanya tidur selepas tu.  Bungkang habis.  Tengok2 dah nak Maghrib.  Anak2 pun dah malas nak keluar.  MMD minta cari nasi kandar.  Dah sampai Penang kalau tak pekena nasi kandar bukanlah datang Penang kan?  Tanya reception kat bawah, katanya yang paling dekat dan HALAL ialah sederet dengan hotel selepas beberapa buah kedai je.  Kami berjalan kaki je.  Rupa2nya, Restoran Pelita Nasi Kandar.  Ok la...sampai jugak hajat nak makan nasi kandar.  Bungkus dan makan kat bilik sambil2 tengok TV.  Selamat Malam.....

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...