Showing posts with label Tumbuhan. Show all posts
Showing posts with label Tumbuhan. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

D.I.Y. - grass cutting

As Salam

Aktiviti penjimatan untuk memotong rumput adalah aktiviti my beloved hubby sebulan sekali.  Bukan saja jimat kos mengupah orang, sekurang2nya dapat juga mengeluarkan peluh.

Memikirkan kos mengupah lebih kurang RM15-25 sebulan untuk memotong rumput di sekeliling rumah MMD, jadi lebih baik invest beli mesin rumput dan potong sendiri.  Lebih berbaloi.


The next aim kami sekeluarga adalah untuk melihat pokok di tepi kiri tu berbunga dan berbuah.  Pokok jambu madu.  Masa mula2 MMD beli dulu, batangnya sebesar ibu jari tangan MMD je.  Nah...tengok sekarang..rimbun bukan main lagi.... 

As Salam.

Tuesday, June 14, 2011

Tangan sejuk !!

As Salam.

Bercucuk tanam adalah salah satu hobi MMD.  Dulu2 masa tinggal kat apartment pun, MMD bercucuk tanam tanam juga. Keliling rumah ada pokok2 bunga dan juga pokok2 untuk kegunaan harian cam serai, pandan, kunyit, lengkuas, cili.  Oppps lupa nak bagi tau, apartment MMD di tingkat bawa sekali dan corner unit.

Selain dari tu, MMD siap tanam pokok pisang dan pokok mangga lagi.  Dapatlah juga makan hasil pokok pisang yg MMD tanam kat belakang rumah sampah tapi malangnya sehingga hari ni, pokok mangga kat situ tak berbuah2, ada 2 pokok mangga MMD tanam kat tepi apartment tu.  Pokoknya rendang dan banyak daun2.  Macam2 petua dah MMD ikut tapi tak juga berbuah2 sampailah MMD pindah ke rumah baru 2 tahun lepas. 

MMD beli 2 pokok mangga tut masa dapat kunci dulu2, terus tanam dan dah dapat makan hasilnya 2-3 kali sedangkan pokok di apartment masih lagi tak berbuah.  Even tak berbunga punnnnn!

Pokok yg ni tak sampai 5 kaki tingginya.  Alhamdullillah..dah merasa hasilnya.

Tomato ni my helper yg semai/tanam.  Berbuah2 juga la.


As Salam.

Sunday, May 29, 2011

Sejak bila buah ada tangan?

As Salam

Pergi ke mana2 tanpa bawa balik buah tangan tentu rasa tak best kan?  Sejak bila pulak buah ada tangan? Bukannya buah ada tangan tapi tangan tu yg hulur nak beli buah..ha ha ha ha

MMD malas nak beli kat Pangkor.  Malas nak jinjing banyak2 barang.  Bila dah sampai semula ke Jeti Lumut, MMD beli je kat kedai di sekitar jeti tu.  Hampir kesemua kedai menjual hasil laut yg sama.  Harga pun sama.  So, sebagai pembeli, apa yg membuatkan kita memilih untuk membeli di sesebuah kedai tu?

Pada MMD, keramahan penjual lah yg menjadi daya tarikannya.  Dengan senyuman melerek dan bagi pelanggan merasa dulu barang jualannya adalah satu cara untuk menarik pelanggan masuk ke kedai.  Kalau yg pakai ilmu tu, MMD tak leh nak komen la kan...

Adalah juga MMD beli sikit hasil laut cam kat bawah ni.  Hanya untuk makan sendiri je dan bawak kat opis sikit.


Friday, March 18, 2011

Lancome with Maqui Berry

As Salam.

Surf web Nuffnang tadi.  Terbaca pasal Lancome pun dah gunakan Maqui dalam produknya.  Siapa sangka Magui Berry Juice yg MMD minum hari2 ni dah mendapat tempat di hati Lancome. Ternyatalah Maqui mempunyai khasiat yg cukup tinggi anti-oksidanya.


Jangan lupa baca page GOD'S SUPER FRUIT dlm blog MMD ni. Nak beli or nak jadi member? Calling2 la MMD ok.

As Salam.

Thursday, March 10, 2011

I love flowers

As Salam

Minah bunga juga MMD ni kan? Memang MMD suka bunga, dari bunga plastik sampai bunga hidup.  Suka tanam pokok2, suka tanam pokok2 bunga. Jangan tak tau, MMD siap ada tanam 7 batang pokok gaharu di luar compound rumah. 

Gaharu harganya mahal kan? Tau ke tak ni?  Manalah tau, in 10-20years time, pokok yg MMD tanam sekarang ni boleh mencecah harga double triple ribu riban! Sekarang pun dah ribu2 harganya di pasaran.  Itupun jika umur MMD panjang boleh tengok pokok2 tu membesar.

Jika tak sempat pun, harap2 pokok tu boleh menjadi tempat berteduh di sekeliling rumah. Berbudi pada tanah banyak faedahnya.

MMD juga suka ambil gambar bunga yg dah digubah.  Jika tengok kat hotel2 besar, dia punya style of decorationnya sangatlah cantik. Bukan apa, boleh di praktiskan di rumah pulak.  Jika kurang budget untuk beli bunga yg baru, at least boleh digubah semula dengan style yg berbeza. Taklah asyik tengok decoration yg sama je sepanjang tahun.

Apa2 pun, MMD turunkan beberapa keping flower decoration pilihan MMD untuk tatapan kawan2.

Enjoy ye...


Cantik?? Memang cantik.

As Salam.

Saturday, March 5, 2011

Orkid

As Salam.

Pendek je title kali ni.  MMD memang suka tengok bunga orkid dan juga menanam pokoknya.  Sayang, kali ni pokok2 kat umah belum berbunga semula but MMD sabar menunggu pokoknya keluarkan bunganya yg cantik2.  Ada beberapa jenis orkid yg MMD tanam. 

Menanam pokok orkid sangat2 memerlukan kesabaran dan penjagaan yg sangat rapi.  Jika tersalah letak bajapun, daun2nya pun boleh dijangkiti kulat/tompok2 hitam.  Tetapi, bila dah berbunga...ehmmmm, sangat cantik dan ianya tahan agak lama dan boleh dikatakan berbaloi menunggunya berbunga.

Anyhow, bila terjumpa pokoknya masa di POGH that day, terus ambil peluang untuk ambil gambarnya.








Jumpa lagi...Salam.

Sunday, February 20, 2011

Hasil dari kebun ..ahak !

Inilah hasilnya berbudi pada tanah.  2 pokok mangga tut yg ditanam di tepi rumah dah 2-3 kali menghasilkan buah.  Kali ini, buahnya sangat manis tapi masak tak sekaligus...sebijik demi sebijik je..cam ne nak kongsi ni..


Jangan meleleh air liur tengok gambar2 dibawah ni..enjoice...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...