Showing posts with label Tempat menarik. Show all posts
Showing posts with label Tempat menarik. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Main pancing-pancing lagiiiiii

As Salam

Kat i-City Shah Alam tempoh hari ada 2 tempat yg disediakan untuk acara games berbayar.  My hubby pun layanlah juga kerenah anak2.  Tukar duit untuk token, main beberapa games kat situ.  Tapi semuanya tak bernasib baik.  Ada yg Hakim lambung token dan dah masuk ke bulatan merah.  MMD dah menjerit bcoz hadiahnya adalah stuffed toys yg paling besar kat situ.  Tapi...... tapi, token tu terkeluar sikit dan terbatal...Ehmmm, kesian kat Hakim/Lea tak dapat mainan tapi paling kesian kat MMD yg dah menjerit riang tadi... Ahak Ahak Ahak...


Sebelum balik, MMD dan anak2 tunggu my hubby pergi ambil kereta nun di atas.  So, Hakim minta lagi untuk tukar token..for the last time...ibu..boleh tak? Ye la ye la... Nah 2 token untuk memancing lagi.  Setiap token berharga RM2.00.  Sekali angkat itik untuk setiap 2 token.  Yess....dapat nombor 1.  Lea gembira bukan kepalang..ibu..ibu, Lea berjaya, Lea menang.  Ha ha ha ha, dapat sekor lembu yg kecil sekali.  OK la tu sebagai tanda ingatan datang ke i-City.

As Salam.

Wednesday, June 8, 2011

Funny family..

As Salam

Entah bila ambil gambar ni.  Rasa2nya last year kot.  Jalan2 ke Sunway Pyramid cuci mata.


Lawak kan?? and Lea control cunnnnn...ha ha ha.  If not mistaken, MMD bayar RM10.00 untuk bergambar dengan kostum yg glemer ni.  Hasil kutipan adalah untuk disalurkan ke rumah2 kebajikan.

As Salam.

Air buah besar!

As Salam

Air buah besar?  Banyak maksudnya.  Saja2 nak propa je. 

Tajuk yg sepatutnya berbunyi begini...air buah gelas besar Terengganu. Kah kah kah ! Setiap kali balik Terengganu, MMD akan selalu masukkan trip ke gerai ni dalam senarai perjalanan. Gerai ni bukan saja hidangkan air buah bersaiz besar, ada keropok, ada nasi lemak, laksam, laksa Penang dan beberapa jenis menu lagi.

Nak tau...gerai ni memang tersangat femes, kat dinding gerai ni, siap ada gambar2 artis yg datang singgah kat sini. Kalau tak silap MMD, gambar Awie Wings pun ada.

Terletak di Jalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kg Bukit Tok Beng, K. Terengganu.


Saiz pilihan my beloved hubby, surelah yg besar.Barulah padan dengan orangnya kan?

MMD order saiz biasa je.  Tumpang gelas my hubby nak berposing!

Antara makanan kegemaran MMD, laksam...ehmmm terliur pulak. Syok sakan makan hingga dah separuh jalan baru teringat nak ambil gambar...he he he, maafla yea...comot sikit.

Tengoklah saiz papan menunya.  Sikit punya besar.

Dah habis....burppppp! Alhamdulillah. Hilang dahaga sebulan !

Harga paling mahal RM35.00 untuk saiz balang besar, cam yg warna kuning tu.  Macam MMD wat letak ikan pelaga kat rumah je.

Pesan Pak Hassan,  "kalu sedap kabo ke saing-saing, kalu dok sedap kabo ke kami".  Faham ke tak?

As Salam.

Wednesday, June 1, 2011

My beloved Hubby

As Salam

Apa cerita hari ini?  On 01/06/11 @ 0001hrs dah wish a very happy birthday to him. Yup...his birthday today. Katanya dah dapat bonus besar dari Allah SWT.  Dapat hidup dengan sihat dan dikelilingi oleh orang2 tersayang pada setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun adalah bonus.



Katanya tak perlu beli kek kali ni.  Baru lagi makan kek masa celebrate birthday Hazry.  Takut kolesterol naik..kih kih kih.

MMD duk terfikir2, kat mana nak makan malam nanti.  Biasanya MMD akan cuti dari masuk dapur bila tiba my birthday or hubbys' birthday.  Makan kat luar je.



Ada kawan suggest to try kat cawangan baru Sekinchan Ikan Bakar.  Ehmmm..boleh gak tu...

As Salam.

Monday, May 30, 2011

Luncheon with the special one!

As Salam

The special one?  Ala..with my lovely daughter je. Kat Giant Bukit Tinggi Klang.  Seronok sakan Lea dapat main2 kat gelungsur di tengah2 food court tu.  Lagipun waktu tengahari, memang tak ramai budak2 main compare dengan waktu petang or malam.

Menu pilihan?  MMD ambil sizzling kuew tiaw, my hubby sizzling mee and Lea....french fries with mayonise.



From Mersing with Love

As Salam.

A week after Pangkor trip, MMD kena tinggal oleh my hubby.  So, we decided to stay at my sister's house at  Cheras.  Rasanya cam gi holiday juga la.  Kena siap pack2 baju for 2D2N. 

On Friday night, MMD bertolak ke Cheras.   My hubby transit kat sana since BIL pun join jugak.  Kemana kali ni, MMD?  Their trip to Mersing.  Memancing!!!! Hu hu hu, MMD kena tinggal. 

Anyway, his trip tak dapat banyak ikan compare to trips yg BIL pernah pergi sebelum ni.  Itupun hanya dapat sekor ikan tenggiri.  Kongsi 2 orang la...MMD wat balik bahagian ekor.  My sister ambil bahagian kepala.


Sunday, May 29, 2011

Sejak bila buah ada tangan?

As Salam

Pergi ke mana2 tanpa bawa balik buah tangan tentu rasa tak best kan?  Sejak bila pulak buah ada tangan? Bukannya buah ada tangan tapi tangan tu yg hulur nak beli buah..ha ha ha ha

MMD malas nak beli kat Pangkor.  Malas nak jinjing banyak2 barang.  Bila dah sampai semula ke Jeti Lumut, MMD beli je kat kedai di sekitar jeti tu.  Hampir kesemua kedai menjual hasil laut yg sama.  Harga pun sama.  So, sebagai pembeli, apa yg membuatkan kita memilih untuk membeli di sesebuah kedai tu?

Pada MMD, keramahan penjual lah yg menjadi daya tarikannya.  Dengan senyuman melerek dan bagi pelanggan merasa dulu barang jualannya adalah satu cara untuk menarik pelanggan masuk ke kedai.  Kalau yg pakai ilmu tu, MMD tak leh nak komen la kan...

Adalah juga MMD beli sikit hasil laut cam kat bawah ni.  Hanya untuk makan sendiri je dan bawak kat opis sikit.


Sunday, March 27, 2011

Me and friends

As Salam.





Ada berita baik dan ada berita buruk semasa menghadiri SFFLA Gala Dinner pada 25/03/11.

Yang baiknya, berkenalan dengan kawan2 baru yg berkebetulan duduk semeja. Ada juga yg selalu berurusan melalui telefon dan akhirnya bertentang mata di majlis sebegini. 




Grand ballroom di Premiere Hotel boleh memuatkan 76 buah meja di hiasi dengan lampu yg cantik. Menurut kata staff hotel, reservation untuk majlis kahwin kat situ penuh hingga Sept 2011.  If nak buat juga kat situ, kena postponelah majlis kahwinnya kan? After Sept 2011?  Sape yg sanggup tunggu tu?

Yang tak bestnya ada banyak...suspen je.
1. Dapat meja ke 75 dari keseluruhan 76 meja.
2. Tempatnya nun jauh di belakang, dah dekat dengan pintu keluar masuk.
3. Mata MMD yg kabur mabur ni, hampeh tak nampak apa2 or sape2 yg buat ucapan kat atas pentas.
4. Ada lucky draw untuk individu dan untuk nombor meja, tapi satu pun tak dapat di meja kami. Kesian...
5. Ada persembahan live band dan juga Accapan & Isma Alif tapi since terlalu jauh ke belakang, tak dengar sangat apa yg mereka nyanyikan or lawak jenaka dari mereka.

Apa2 pun, seronok bertemu kawan2 lama dan baru dan juga former2 boss.

As Salam.

Wednesday, March 23, 2011

SFFLA Gala Dinner 25/03/2011

As Salam

Hari ini dapat 2 kad jemputan untuk ke SFFLA Gala Dinner.  Kalau tak silap, last Gala Dinner yg SFFLA organised pada tahun 2006. Rupa2nya dah nak 5 tahun SFFLA tak buat untuk Members dengan sebab dan musabab yg boleh diterima oleh Members.

Apa tu SFFLA?  Singkatan untuk Selangor Freight Forwarders & Logistics Association.  Ahli2nya adalah syarikat yg berhubung kait dalam bidang pengangkutan dan logistik cam syarikat tempat MMD bertugas ni la.

Kali ini agak grand jugalah tempatnya, Premiere Hotel di Bandar Bukit Tinggi, hotel terbaru dan terbesar di kawasan Klang/Port Klang dan baru je dirasmikan. MMD dah tengok room ratenya, between RM160 to RM360 per nite. Ada bilik untuk smoker and non-smoker. Sape2 yg nak ke sana, boleh check kat sini, Premiere Hotel

Tapi yg tak seronoknya, hotel ini terlalu dekat dengan rumah MMD, mungkin tak ada peluang untuk menginap kat sana.

Jemputan kali ini juga hebat2 seperti yg diwar-warkan oleh SFFLA.

"The coming of 2011 (38th years) is significant for SFFLA recording a membership of more than 550 company members. The relevant Ministries, Royal Malaysian Customs, Other Government Agencies, Port Terminal Operators, Main Lines Operators, Other Standard and Authoritative Bodies both Local / International are acknowledging our representation."


As Salam.

Monday, March 14, 2011

Walimatul Urus - Muar 13/03/2011

As Salam

Perjalanan kami dari Melaka ke Muar taklah berapa jauh.  Walaubagaimanapun, dek kerana tak pernah sampai ke rumah pengantin ni, terasa jugalah jauhnya kerana tak berapa kenal dengan jalan/laluan ke Bkt Naning.

Alhamdulillah...sampai juga kami atas jemputan En. Baharom & isteri Puan Esah sekeluarga.  Dapat bertemu mata dengan ramai sanak2 saudara yg jauh dan dekat di sana memeriahkan lagi majlis tersebut.

Enjoy the photos yg MMD sempat snap di bawah ni ye.


Cantik tema pelamin berwarna merah & gold ni.. Nak tunggu anak2 MMD bersanding...ehmmmm lama lagi la.  Anak2 masih kecil.


Pengantin perempuan, Intan Nurlemsha sama cantik dan sama padan dengan pasangannya, Ahmad Firdaus.





Majlis diserikan pula dengan pencak silat dan juga kumpulan kompang.  Meriah ! Meriah!

As Salam.

Thursday, March 10, 2011

Barang baik punya...jom cuci mata

As Salam

Semasa berada di town Port Dickson pada Februari 2011 yg lepas, terjumpa dengan benda2 di bawah ni.  Jika anda ada penyakit lemah jantung atau histeria...pun boleh tengok...

$
$
$
$
$
$
$
$
$
$
$

Taraaaaa...


Ada sapa2 tau apa nama kenderaan ni?  Anyhow, sementara waktu ni MMD akan panggil dia MOCAR, motor + car.  He he he he. Belakang seiras motor, depan bertayar 2 seiras kereta.  OK la tu kan?

Moral of the story, jangan lupa bayar ZAKAT seperti yg terpampang besar2 tu.

Lady driver kereta ni agak kurang sopan pemanduannya.  Asyik ke kiri & kanan sesuka hati dia.  MMD tau la, kereta MMD tak setaraf dengannya, tapi sifat bersopan santun di jalan raya keutamaan semua pengguna jalanraya.  Yg tak seronoknya, dia tetap kena Q di lampu merah di traffic light.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...