As Salam
Sesekali MMD tengok anak perempuan MMD ni macam anak mami pun ada. Lebih2 lagi Lea suka sangat bila MMD ikat tepi atau buat toncang untuknya. Inipun bila hari cuti saja. Hari2 sekolah Lea bertudung.
Ini pulak gambar Lea masa menang tempat pertama untuk larian berganti2 untuk tahun 2. Gembira bukan kepalang bila bawak balik trofinya tu. MMD ingat lagi masa hari sukan masa di tadika dulu, siap menangis bila tak menang dalam acara yang dia masuki.
Sekarang ni Lea ada hobi baru. Hobi mengumpul key-chain. MMD dah tolong susunkan jarum peniti di rak mainan di dalam biliknya. Harap ianya berterusan. Jangan hangat2 tahi ayam sudahlah. Ohhh, Lea pun ada hobi lain juga iaitu menulis diari dan juga skrip cerita. Macam tak percayakan? MMD pernah baca tulisannya yang berkisar tentang alam persekolahan dengan kawan2nya.
Okay, jumpa lagi di lain entry.
As Salam.
No comments:
Post a Comment