Hari nak cerita pasal jemputan kahwin dari sepupu MMD yang kahwinkan anak perempuan bungsunya. Akad nikahnya dah berlangsung selepas hari raya tempoh hari.
Kenduri diadakan di Dewan Felda, Kelana Jaya. Masa MMD sampai, adik2 MMD dari Cheras dah pun sampai sebelum MMD. Pengantin belum sampai lagi. Oh ya..kenduri ni pada waktu malam. MMD boleh je ambil tempat di ruang dewan tapi memandangkan semua sanak2 saudara yang terdekat dah pun berkumpul di tingkat 1, kami pun angkut sekali Hazry dengan kerusi rodanya naik ke atas.
Kat sini lebih santai dan boleh start makan2 dulu walaupun pengantin belum sampai. Yang kat bawah kena ikut protokol.
Hidangannya pun sedap2. Yang ni dari pinggan my beloved hubby yang tak ambil nasi pun. MMD dah pesan, jangan makan banyak sangat kambing bakar tu.
Ini dia pengantin yang MMD snap dari jauh je. Malas nak turun ke bawah. Adik dah langkah bendul kakaknya.
Adam ni memang suka jika my beloved hubby nak ambil dukungnya. Serasi betul. Adiknya, Adra tak berapa sangat tapi kalau umpan dengan makanan, pasti datang dekat. Kat belakang MMD tu, si Adra tengah sibuk nak menyusu dan tidur kat mummynya.
Bukan senang nak ambil gambar Hazry tanpa goyang2. Kalau ada 50 gambar, belum tentu ada yang elok. Camera shy gitu hahahaha. Ini kita nasib baik la ni. Tengah tekun tengok persembahan tarian kat bawah tu.
Sempat posing sikit dengan mak pengantin yang bertudung biru dan juga kat photo boothnya.
Gedik bergambar tahap gaban. Jangan marah!
Esoknya, bergegas pulak ke Taman Melawati untuk majlis di rumah pengantin lelaki pulak. MMD sampai agak lewat dan tak sempat bersama2 konvoi dengan pengantin. Nak masuk pun agak susah tapi bila MMD tunjuk kad OKU Hazry, terus dibenarkan masuk. Parking memang susah hingga ke hujung jalan. Buggy ada disediakan tapi malas pulak nak naik disebabkan Hazry dengan kerusi rodanya. Jalan je lahhh.
Terus jumpa Mem besar di meja yang paling hampir dengan pintu pagar rumahnya. Makanan pun sedap2 kat sini. Ramai celebriti datang kat sini termasuk Chef Zam.
Masa MMD tengah makan, Tun M lalu kat belakang MMD. Dengan nasi kat tangan, hanya sempat snap dari jauh 5 kaki dari MMD. Kalau tangan bersih, dah tentu mintak selfie. Tun M sporting habis. Susah nak sampai ke penghujung jalan kerana asyik kena tahan untuk berselfie. Belum rezeki lagi untuk berselfie dengan Tun M. Selepas Tun M beredar, nampak pulak Tuan Haji Hadi Awang beredar juga.
Ini pengantinnya lagi. Tahniah buat Heiqal dan Dada (Wan Syuhada). Semoga kekal hingga ke Jannah.
Sebelum balik dapat coklat2 lagi dalam bekas kaca cantik2. Alhamdulillah, kenyang dapat, eratkan silaturrahim pun dapat.
Sekian berita terkini. Jumpa lagi di lain entry.
No comments:
Post a Comment