Tuesday, June 2, 2015

Juadah istimewa untuk harijadi anak istimewa - Hazry Halimy 15 tahun @ 20/05/15

As Salam

Terbabas lagi MMD untuk update entry pasal anak kesayangan keluarga ni.  Anak istimewa buat MMD sekeluarga.  Kata orang, bakal ahli syurga.

 Gambar lama Hazry.

Harijadinya dalam bulan yang sama dengan adiknya Lea.  Bulan Mei.  My beloved hubby dah awal2 bagitahu kat MMD yang kali ni nak buat kelainan sedikit dalam menyambut harijadi Hazry.

Walaupun harijadinya jatuh pada hari Sabtu, MMD ambil kesempatan untuk bercuti 1/2 hari pada 22/05/15. Balik awal ke rumah.  My beloved hubby dah awal2 lagi pergi beli barang2 untuk urusan masak memasak MMD.

Kebetulan pada 22/05/15 tu ada Kuliah Maghrib di surau di taman perumahan MMD.  Jadi sudah tentu ramai yang akan hadir.    Itu sebabnya MMD usahakan juga untuk mengambil cuti untuk memasak.  Kalau hari biasa, tak mungkin MMD sempat siap memasak selepas balik dari kerja.

Menu pilihan my beloved hubby ialah nasi beriani dengan gulai daging rempah kampung.  Sebelum ni pun MMD ada buat menu yang sama untuk makan2 sendiri kat rumah.  Since my beloved hubby kata masakan MMD lulus untuk jamuan, itulah menu pilihannya. MMD masak guna rice cooker biasa je.  Kena masak 3 round. Dapatlah 3/4 dari tong nasi yang besar tu.  Dihidang juga dengan acar timun.



Alhamdulillah, selepas Kuliah Maghrib dan solat Isyak, tetamu menikmati jamuan.  Ada yang bungkus bawak balik juga. Ada yang merancang untuk buat tempahan.  Alamak!!!! Belum cukup ilmu lagi untuk menerima tempahan buat masa ni.  Sebenarnya, bukan senang untuk tengok MMD memasak untuk tetamu yang ramai.  Bukannya pandai sangat pun  masak memasak ni.  Kat rumah pun, biasanya campak mencampak je bila masak2 ni.

Semoga segala doa dari tetamu untuk Hazry sihat walafiat sampai kepadanya.

 

Antara wajah2 nakal Hazry.  Sayang Hazry Halimy tanpa angka.

As Salam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...