Thursday, June 4, 2015

5 X 5 = Gold status @ 01/06/15

As Salam.

Berturut-turut entry MMD kali ni berkaitan dengan angka.  Tiga hari lepas genaplah my beloved hubby bertukar status.  Walaupun apa angka sekalipun, tetap teguh di sebelah MMD dan anak2.  Yang penting, doa kami semua agar my beloved hubby mendapat kesihatan yang baik sepanjang masa dan dipanjangkan umur olehNya agar dapat terus beribadah dan berbuat baik sentiasa.

Sehari sebelum tu pun makan malam kat luar.  Katanya pre-birthday celebration.  Hari birthdaynya pun makan kat luar.  Katanya birthday celebration.  Berangan nak post-birthday celebration jugak tu....nakal2!!!

MMD sengaja ambil cuti 1 hari pada 01/06/15.  Kebetulan cuti sekolah baru bermula. Semua ada kat rumah. MMD tak bagitahu pun pada anak2 yang MMD bercuti.  Mereka pun pelik kenapa MMD masih ada kat rumah walaupun dah lepas pukul 9am.  Yang paling gembira tentulah Lea.

Plan asalnya nak ajak family ke pesta bunga di Putrajaya.  Tapi memikirkan badan dah penat kerana hari sebelumnya dah pun keluar berjalan2.  MMD cancel plan tersebut.  Lagipun ada urusan yang masih belum selesai di rumah.  Tengok je la nanti apa yang akan terjadi di rumah bila siap urusannya.

Malamnya, selepas my beloved hubby balik dari Maghrib dari surau kat area rumah, semuanya keluar untuk makan malam.  Ada beberapa pilihan tempatnya semasa berbincang kat dalam kereta.  Akhirnya MMD pilih tempat yang dekat je.  Restoran Hj Sharin Low di Harbour Palace.

Habuan makan malam tu.....

Opsss...yang kat atas ni bukan untuk di makan ye. 

Yang  kat bawah ni haa.....Antaranya daging lada hitam, telur dadar tak boleh tinggal, asparagus goreng, siakap stim ala Thai dan juga sotong hotplate.


 
 
 
 

Hadiah istimewa dari orang yang istimewa.  Yang terbaliknya, orang yang sambut birthday bagi pada orang yang meraikan birthday,  MMD la yang dapat tu.  Hakim jeles sakan.


Terima kasih my beloved hubby.  Semoga hubungan kita kekal selamanya.


Sekian. As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...