As Salam
Hari ni bangun dan bersiap2 untuk ke Pasar Gasibu seawal 5.00am waktu Indonesia. Pasar yang dibuka pada pukul 6am hingga tengahari pada setiap hari Ahad sahaja. Dengan hanya berjalan kaki dari guesthouse, MMD melalui Gedung Sate dan juga padang yang ramai orang2 Bandung bersukan dan beriadah. Ada senamrobik dan poco2 lagi. Kena lintas jalan dan haaaaa, ni dia pasar tu. Macam pasar pagi di Shah Alam tu la...
Macam2 ada dijual kat sini. MMD banyak window shopping je. Tak tahu apa lagi nak dibeli. Oh ya...MMD ada beli telekung Frozen, seluar Frozen dan juga bantal leher Hello Kitty untuk Lea. Bantal tu dah diminta sejak dari hari kedua berada di Bandung.
Balik semula ke guesthouse, anak2 masih tidur lagi. Re-pack semua barang2, anak2 mandi dan check-out. Tempat yang tak boleh terlepas dari itinerary di Bandung ialah membeli ole2 dari kedai Kartika Sari.
Pak Dedi bawa kami ke kilang/kedai Kartika Sari. Laluan masuk dan keluar untuk ke jalan utama sempit sangat2. Muat untuk 1 kenderaan saja. MMD ada beli brownies, kek gulung mixed, pisang salai. Masih ada lagi lebihan duit Rupiah dan MMD habiskan kat situ juga dengan membeli brownies untuk makan di airport nanti.
Pukul 1.30tgh MMD dah berada di airport. Flight pukul 4.50pm. Sesampai saja kat depan, terus staff Airasia bawak MMD untuk scan barang2 dan wrapping 1 beg besar. Beg tu hanya berisi pakaian kotor. Sekarang jumlah bag dan plastik berisi brownies dah menjadi 9 beg. Ingat lagi.....MMD hanya bawak 4 beg pada asalnya.
Ada sorang staff Airasia ni sangat prihatin, MMD dan anak2 disuruh tunggu je dan berehat sementara kaunter untuk check in dibuka. Dia yang bawa beg utk drop in luggage serta dokumen2 MMD untuk check in, MMD hanya tunggu je kat tepi untuk ambil yang siap. Dia ada bagitahu mulai 01/03/15, airport tax bergantung kepada sistem, ada yang kena bayar ada yang tak perlu.. MMD masih juga standby Rp75K seorang tapi diberitahu yang MMD tak perlu bayar. Alhamdulillah....Hairan juga masa mula2 nak datang Bandung, kepoh nak suruh bayar. Tak pe la...dah rezeki.
Hazry tengah gigih menunggu MMD sediakan bubur segera untuknya.
Hazry dan my beloved hubby melalui laluan bawah yang diuruskan semuanya oleh petugas yang sama tadi. MMD, Lea dan Hakim melalui pemeriksaan imigresen biasa dan menaiki ke tingkat satu untuk ke departure hall. Penuh rakyat kat dalam tu. Siap duduk di tepi2 dinding lagi. Kerusi dah penuh. MMD sempat melelapkan mata sekejap. Pukul 5:00pm, kami semua turun untuk naik flight. Hazry dan my beloved hubby dah pun berada di dalam flight semasa MMD masuk.
Cuaca baik dan indah sekali ciptaanMu ya Allah.
Alhamdulillah selamat sampai ke KLIA2 dan akhirnya MMD sampai ke rumah pukul 11.30malam. Campak je barang2 kat tepi, makanan simpan dalam peti ais dan get ready untuk tidur. Esok kerja ooooo.
Ini MMD belanja salah satu hasil tuaian dari Kartika Sari.
Sekianlah percutian MMD sekeluarga di Bandung.
Jumpa lagi di lain entry iaitu mengenai guesthouse yang MMD stay semasa di Bandung.
As Salam.
No comments:
Post a Comment