As Salam
MMD celebrate birthday MMD dengan di mulai dengan sarapan lontong. Alhamdulillah kerana diberikan kesihatan dan umur yang panjang untuk bersama2 dengan keluarga sekali lagi.
Program hari ni kami akan ke Trans Studio. Pak Dedi singgah ke tempat agen untuk membeli tiket. Harganya sama je jika beli di kaunter TransStudio. Tujuannya adalah untuk mengelakkan dari beratur panjang. Rugi masa menunggu jika ramai yang beratur. Bagus juga ideanya tu. Masa MMD sampai ke Trans Studio, belum buka pun lagi. Ramai pengunjung telah beratur untuk naik tangga bergerak untuk ke atas. Kaunter tiket berada tak jauh dari tangga bergerak tu. Bila petugas nampak MMD, terus ditanya jika MMD dah ada tiket, terus mereka suruh MMD sekeluarga untuk naik, potong Q.
Disebabkan MMD beli tiket dari agen, MMD kena tukarkannya di kaunter kat atas. Tak ada orang pun di kaunter tu. Cepat je siap dan diberikan kad Mega Cash. Kad tu macam kad debit yang berisi nilai yang kita beli tiket tadi. Selepas dialurkan ke mesin untuk masuk, nilainya akan bertukar menjadi kosong tapi boleh di top-up di mana2 kaunter di dalam Trans Studio untuk membeli makanan atau cenderamata. Boleh bermain semua permainan hingga lebam.
Selepas mendengar penerangan ringkas dari petugas, pintu masuk pun dibuka dan kad mesti dialurkan untuk membuka setiap hadangan dan disambut oleh semua petugas di situ. Sebelum tu kita boleh saksikan mob-dance.
Kat dalam tu, ada beberapa section iaitu:
1. Studio Central
Kat Sini MMD mulai dengan naik kereta di Dunlop Transcar Racing. Tak ramai orang masa tu. Hazry pun boleh naik sekali. Lepas tu ke Superheroes 4D. Bergoyang2 badan masa duduk dikerusi tu..hehehe. Masa wayang berlangsung, tak boleh ambil gambar tau....Nak naik roller coaster di Yamaha Racing Coaster tu beratur yang amat panjang. Semua tak sanggup nak tunggu. MMD suruh Hakim naik Vertigo, naik tinggi2 dan berputar 360 darjah. Hakim tak nak naik. Takut ke???? kah kah kah.
Kemudian kami ke Trans City Theater, tengok live performance "Kabayan Goes to Hollywood".
Seronok betul Lea tengok cerita tu. Hakim dan Lea je ke Science Centre. MMD tak ikut sebab kena naik tangga tinggi. Lepas tu dah terasa lapar, MMD dah top-up sebelum tu dan singgah ke salah satu tempat makan. Hazry makan bubur segera yang MMD bawak bersama.
2. Lost City
Kat sini satupun kami tak main permainannya. Kong Climb terlalu extreme. Hakim pun malas nak main. Untuk acara Jelajah pun kami tak sanggup untuk berbasah pakaian sebab ada satu tempat, kita akan jatuh dari air terjun setinggi 13meter.
Rancang2 nak cuba di Sky Pirates untuk menaiki kapal pirate dan pusing2 dari atas. Malangnya beratur panjang gila. Tak sanggup nak menunggu kat situ. Kemudian kami singgan beli cenderamata.
3. Magic Corner
Yang paling kelakar sekali ialah semasa masuk ke Dunia Lain The Ride. Memang beratur amat panjang kat situ. Bila petugas nampak MMD serta Hazry, terus dibawanya kami melalui jalan belakang dari dalam kedai cenderamata. Tinggalkan wheelchair Hazry dan terpaksa naik tangga sikit. Potong Q lagi. Nampak tak Lea tutup mata? Dari masa masuk sampailah waktu habis ride. Satu apa pun Lea tak tengok kat dalam tu. Sebenarnya ia sebuah laluan/rumah berhantu. Kat sini, MMD, Lea dan Hakim cuba Dragon Riders. Beratur tak panjang mana. Menunggang naga ala kesatria gitu.
Special Effects Action tak sempat nak tengok. Theaternya dah ditutup masa MMD sampai pukul 3pm tu. Sempat bergambar je la kat luarnya.
MMD berehatkan kaki yang dah lenguh sambil tengok live performance "Arilia the Mermaid a Fantasy Magical"
4. Dunia Anak
MMD bertukar menjadi kanak2 riang bila join sekali dengan Lea naik Mini Tea Cup. Pening sangat2. Kat sini adalah acara untuk Lea. Lea naik kuda/naga di Carrousel, naik kereta di Jump Around dan juga Mini Bumper Cars. Lea tak main Mini Bumper Boats, takut basah pulak baju dalam pool tu.
5. Ada masa2 tertentu ada live performance dan juga parade.
Yang ni, MMD sempat tengok 2 live performance je seperti yang MMD cerita kat atas tadi. Sementara tunggu road parade pukul 4:00pm, sempat relax sambil menikmati soft drink "Calpico Frezz". 2 kali my beloved hubby beli. Sedap katanya. Enjoy sedikit gambar2 dalam Trans Studio dan masa parade di bawah ni.
MMD dah siap2 call Pak Dedi untuk jemput kami semula pada 4:30pm sebaik sahaja parade habis. Kad MMD masih ada baki duitnya dan agak jauh menapak untuk tuntut refund. Just nice MMD sampai ke bawah, Pak Dedi pun sampai.
Sampailah masa untuk bershopping. Jumpa di next entry.
As Salam
1 comment:
bags replica ysl i03 v0z54m3l73 replica gucci handbags c96 a4f47t9g97 buy replica bags online r56 r9o08u4a41
Post a Comment