As Salam.
Ada sapa2 yang bekerja masa 01/01/2013? Sudah tentu MMD cuti. Ramai yang cuti kan? My MEM besar masih lagi ada di rumah MMD masa tu. Adik bungsu MMD ajak pergi makan steamboat di Rest Steamboat Antarabangsa di Harbour Place, Klang. Dekat je pun dengan rumah MMD. Even tersangat dekat dengan rumah pusaka keluarga my beloved hubby. Jalan kaki pun boleh sampai.
Adik Nurul datang dengan tunangnya, Faiz. Sebenarnya MMD baru je sebut2 kat my MEM besar, agak2nya the next meeting dgn tunang adik ni masa akad nikahnya nanti. Ye la...dari majlis pertunangan tempoh hari, kami tak berpeluang berjumpa dengannya. Kalau dengan adik Nurul tu, selalu juga dia datang rumah MMD pada hujung minggu.
Maklumlah weekend bagi Faiz jatuh pada hari Isnin, sedangkan adik Nurul macam MMD juga, weekendnya Ahad. Macam mana nak get together kan?
Pilihan makanan kat situ tak boleh tanding dengan Flaming Steamboat di Bandar Sunway. Kat FS lagi banyak pilihannya. Bezanya kat sini boleh bakar/grill selain dari rendam dalam sup yang biasa tu.
Anyway, terimakasih adik Nurul & Faiz kerana belanja MMD sekeluarga pada tahun baru 2013. Makan percuma pada 01/01/2013. Itu yang bestnya. Tak gitu?
As salam.
No comments:
Post a Comment