Wednesday, February 27, 2013

Akhirnya baju sekolah Lea siap...

As Salam

Sepanjang tahun 2012, tiap kali Lea sibuk bertanya bila Lea nak sekolah.  MMD selalu jawab...Ibu La tak siap lagi jahitnya butang baju sekolah Lea.  Ibu La tu adalah adik MMD, si tukang jahit yang tinggal di Cheras tu.  Hampir setahun MMD sogokkan Lea dengan jawapan yang sama.  Kesian Lea...

MMD sebenarnya bersiap sedia dengan baju2 sekolah untuk Hakim, Hazry dan Lea agak awal juga.  Semuanya kerana MMD tak suka bershopping dalam keadaan tergesa2 dan berasak2 dengan orang ramai. Bulan Nov dah MMD siap sedia untuk pakaian sekolah.


Permohonan untuk Lea masuk pra-sekolah di sekolah yang sama dengan Hazry di tolak walaupun dah submit semua borang2 yang berkaitan pada hari pertama permohonan di buka.  Itu hampir setahun yang lalu. MMD pilih sekolah yang sama dengan abangnya agar senang untuk menghantar dan mengambilnya dari sekolah.

Pada bulan Dec 2012, pihak sekolah ada menelefon MMD dan bagi tahu yang Lea gagal dalam permohonan tersebut.  Alasannya...gaji MMD lebih dan peluang diberikan kepada anak2 yang ibubapanya bergaji dalam lingkungan RM800 sebulan yang rata2nya berasal dari Sabah.  Sakit hati MMD dengan alasan macam ni.  Dahlah inform lambat. 

MMD singgah ke beberapa private school disekitar Bandar Bukit Tinggi, semuanya dah tutup permohonan.  MMD dah rasa tak sedap hati pulak.  Manalah nak hantar Lea bersekolah ni.

Akhir sekali, MMD singgah ke sekolah tadika Kemas yang tak jauh dari rumah MMD, yang sehala dengan tempat kerja MMD.  Kebetulan cikgu ada kat sekolah walaupun masa tu masih tempoh budak2 sekolah bercuti.  Selepas berbincang apa yang patut, Alhamdulillah Cikgu Dilla bersetuju untuk menerima permohonan untuk Lea bersekolah di situ. 

Inilah Lea pada hari pertama persekolahannya.

 
Balik dari sekolah pada hari pertamanya, Lea sangat happy.  Katanya, ibu...seronok betul kat sekolah tadi bu...Lea dapat bintang sambil menunjukkan kertas lukisannya pada MMD.  Lepas tu, siap bagi aturan untuk ikat rambutnya.  Bila pakai baju biru, nak ikat rambut 2, hari yang pakai baju sukan, ikat 1 dan hari yang pakai baju raya (hari Jumaat), nak ikat 3...hah??? Tiga Lea??? biar betul...

Dalam tempoh 2 bulan Lea bersekolah, banyak yang Lea pelajari kerana setiap hari, ada sahaja cerita yang dia beritahu pada MMD termasuklah dia boleh menghafal doa makan berserta terjemahannya, rukun negara, bacaan mukaddam,  lagu Negaraku, kisah2 nabi, Shahadah serta terjemahannya. Apa menu setiap hari disekolah hinggakan waktu petang untuk MMD masak untuk makan malam, Lea siap bertanya..ibu apa menu kita untuk makan hari ini?

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...