As Salam
MMD pernah kenal dengan Mr. X ni selama 5-6 tahun dulu sebelum MMD berkahwin. Rajin orangnya kerana tiap minggu datang menjenguk MMD di TTDI sedangkan dia tinggal di Port Klang. MMD ter"kenal" dengan Mr. X ni bcoz dia dalam bidang pekerjaan yg sama dengan MMD tapi dia amat senior la. Dalam sibuk2 berurusan urusan pekerjaan, akhirnya kami jatuh cinta.
Status bertukar dari kawan ke kekasih. Dalam waktu bercinta banyak suka duka, biasala kan...ada hari gembira, ada hari sedih dan macam2 lagi. Mr. X pernah ikut MMD balik kampung jumpa my mom. Masa tu ayah dah arwah. If not, mau MMD kena sound kuat2....my late father memang saiz besar dan agak garang orangnya.
Tapi, apakan daya...takdir menentukan segalanya.
*
*
*
*
*
*
*
*
Pada 08/06/1996, kami bertukar status sekali lagi. Akhirnya kami sah sebagai suami isteri. Itu 15 tahun dulu. Dalam tempoh tu, ehmmmm pejam celik pejam celik dah ada 3 orang anak. Rasa macam baru tahun lepas kahwin.
Happy 15th Wedding Anniversary to both of us.
As Salam.
2 comments:
congraats..sweet :)
Terataiflowerz: Terima kasih dear...jemput datang lagi ekkk.
Post a Comment