As Salam.
Tahu tak apa yang menarik dan santai di Penang? Sudah tentu seni lukisan di dinding2 sebagai daya tarikan pelancung.
Selepas keluar dari Penang 3D Trick Art Museum dalam pukul 3pm, my beloved hubby terus masuk ke jeti untuk menaiki feri. Boleh rehat sekejab semasa dalam feri sementara nak menempuh perjalanan yang jauh balik ke Port Klang. Sebelum naik ke feri, beratur panjang juga. Oh ya. my Mem besar tak pernah naik feri lagi. So, ambil peluang ni sekali untuk bagi my Mem besar merasai pengalaman menaiki feri. Lea tengah mamai dikejutkan oleh my beloved hubby. Nanti kalau tak kejut bising pulak tak sedar yang dia naik feri.
Sedihnya jem teruk sepanjang perjalanan. Singgah di R&R untuk isi perut dan solat. Ramai betul orang. Mungkin kerana jem yang panjang berjela dan merehatkan badan dan minda sebentar. Makan nasi ayam dan beli karipap. Lea kata, karipap gergasi yang macam ibu pernah buat. Lea makan 2 pinggan nasi ayam. Lapar betul dia. Masa breakfast pagi tadi, dia hanya makan honey star 2 mangkuk kecil. MMD pernah buat karipap yang besar gedabak. Makan sebijik dah kenyang setengah hari. hahahaha.
Sampai ke Cheras Hartamas dalam pukul 9pm dan sampai ke Port Klang dalam pukul 10.30pm. Kemas2 untuk tidur. Anak2 bersekolah esok. MMD memang ambil cuti untuk menghabiskan baki cuti tahun lepas. Kalau tidak, burn saja2.
Balik semula pasal wall painting @ street art, antara yang sempat MMD capture dari dalam kereta. Memang cantik dan kreatif. MMD tak larat nak explore dengan berjalan kaki. Maklumlah, nak kena sorong Hazry jauh2 dan di bawah panas matahari. Elok2 Hazry sihat terus demam agaknya.
OK. Itu saja apa yang MMD jumpa. Walau tak banyak, sekurang2nya ada jugak la kan????
Jumpa lagi di entry akan datang. Baby twin dah besar.
As Salam.
No comments:
Post a Comment