Monday, February 2, 2015

Si cilik bertugas

As Salam

Selamat kembali ke sekolah.  Mungkin tidak terlalu lewat untuk MMD ucapkan kepada  semua anak2 yang bersekolah pada 2015 ni.  Semoga memperolehi pencapaian yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Hazry sudah tamat tempoh untuk berada di sekolah rendah bagi pelajar OKU.  Ahamdulillah walaupun Hazry tidak layak untuk ke sekolah menengah.  MMD pun belum berkeputusan rasmi samada untuk menghantar Hazry ke PDK semula.  Maklumlah, ibu atau bapa mesti berada bersama dengan Hazry jika di PDK.  Tidak seperti di sekolah di mana anak2 OKU di tinggalkan di kelas masing2.  Agak susah sedikit bagi MMD untuk setiap hari berada di PDK.  Lagipun sedikit sebanyak ilmu semasa menghantar Hazry di PDK beberapa tahun yang lalu masih dipraktikkan di rumah.

Okay. Tahun ni hanya Lea yang bersekolah.  Pakaian serta kelengkapannya dah MMD siapkan lebih awal lagi iaitu sebaik sahaja sekolah tahun lepas tamat pada bulan Nov 2014.  Terus MMD redah Giant dan Tesco di Bandar Bukit Tinggi.  Senang, tak jauh dari rumah pun.


Baju sekolah agama masih lagi sama seperti tahun lepas.  Hanya dibeli saiz besar sikit.  Maklumlah, badan Lea pun dah naik.  Dengan keputusan yang agak baik tahun lepas, Lea dapat meneruskan pelajarannya ke kelas terbaik, 2 Imam Syafie.  Pagi2 dah siap sedia dan MMD serta my beloved hubby pun ikut sekali untuk menghantarnya ke sekolah di Kampung Idaman.  5-10min je dari rumah.  Tujuan asal adalah untuk membayar yuran sekolah tapi pihak sekolah tangguhkan ke waktu balik dari sekolah.




Sempat juga MMD melihat acara pertama di sekolahnya.  Sebaik saja masuk kelas pertamanya, Ustazah bagi arahan untuk membaca/menghafal surah2 ringkas Al Quran.  Alhamdulillah. Lepas tu MMD pun balik dulu.  Oh ya.  MMD bercuti..kih kih kih.

Dalam pukul 11pagi pada 12/01/15, MMD ke sekolah semula untuk bayaran yuran dan sebagainya.  Tahun ni, sekolah dibuka lewat kerana masalah banjir di kebanyakan negeri di Pantai Timur, Perak serta Johor yang berlaku sejak Dec 2014 lagi.  Sedih juga melihat keadaan rumah dan mangsa banjir tu.  Memang teruk kemusnahannya.  Tabahlah wahai insan2.

Untuk sekolah kebangsaan, Lea di sesi petang.  Lepas baik dari sekolah agama, kena bersiap2 pulak untuk ke Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, di Bandar Bukit Tinggi, Klang. Tahun ni seragam bertukar ke warna biru kerana Lea dilantik sebagai pengawas sekolah.  Jadi baju2 sekolah putih yang tahun lepas di simpan je dulu dalam almari.  Semua baju baru tahun ni.



MMD dan my beloved hubby juga ikut sekali ke sekolah Lea.  Bayaran yuran2 dibuat di bilik guru je.  Tidak seperti tahun lepas di mana cikgu berada di meja masing2 mengikut kelas di dewan.  Nasib baik tak ramai lagi yang beratur, jadi cepatlah juga urusan bayaran yurannya.

Tahniah juga buat Lea kerana berjaya ke kelas terbaik tahun 2 iaitu kelas 2 BERLIAN dan satu2 pengawas perempuan di tahun 2.

Tugas pertama Lea sebagai pengawas ialah menghantar adik2 kelas 1 ke kelas masing2.  Selamat menjalankan tugas dengan sempurna dan berdedikasi yea Lea sayang....





Tak lama lepas tu, MMD serta my beloved hubby pulang je.  Tak perlu nak tunggu2 pun.  Lea pun tak suka kami tunggu dia.  Masa Lea tahun 1 pun, kami tak pernah tunggu di sekolah.  Siap urusan bayaran yuran, terus balik ke rumah.

Seronok mendengar ceritanya tentang hari pertama di sekolah serta bertugas sebagai pengawas di tahun 2015 ni masa Lea balik dari sekolah petangnya.

Kerana kekurangan pengawas di sesi petang, pihak sekolah telah menambah pelantikan pengawas baru.

Semoga jumpa lagi di entry akan datang.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...