Monday, March 17, 2014

CCM - Kuching sana sini 27/02/14


As Salam

Day 2 - sambungan

Selesai sahaja pertunjukan buaya di Jong's Crocodile Farm, kami menuju ke pusat pembuatan pasu2 Sarawak.  Semua pasu dengan potongan harga 50%.   MMD memang rambang mata dan MMD serahkan tugas memilih kepada my beloved hubby dan memilih 2pc untuk MMD, 1 untuk my Mem besar, setiap satu untuk adik2 dan adik ipar perempuan MMD.



Selepas membayar, pasu2 tersebut dibungkus dengan kertas dan dihantar ke bahagian belakang untuk dibungkus ke dalam kotak.  Pelawat juga berpeluang untuk mencuba sendiri cara membuat pasu tapi kebetulan masa MMD selesai urusan dalam kedai, tiada staff yang sedang menyediakan pasu baru.


Tempat tujuan seterusnya ialah ke Sinpiao iaitu tempat jualan hasil lada hitam.  Dapat melihat pokok2 lada hitam di hadapan kedainya.  Di sini MMD ada juga membeli sos2 lada hitam dan juga serbuk lada hitam dan putih.

 
 
 
 


Perut pun dah mula berbunyi.  Driver MMD rekomen ke kedai nasi ayam yang sangat famous di Kuching.  Nama tempatnya ialah SCR Express (Singaporean Chicken Rice) di Jalan Rubber, Kuching.  Memang sedap nasi ayamnya dan Hakim memilih untuk makan spageti,  Akhirnya makan juga nasi ayam.  Ehmmmm. dia mana cukup portion yang sikit.

Untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama pelanggan mesti menulis sendiri menu/makanan apa yang hendak di pesan.  Tulisan orang kelaparan macam MMD sudah tentu tulisannya macam tulisan doktor.  Bagi mengelak salah faham, MMD letakkan juga nombor menu walaupun waiter di situ bagitahu hanya letak nama makanan sahaja.  Tekan saja bell di atas meja dan waiter datang untuk collect pesanan kita dan memberi sekeping print out untuk rujukan semula kepada pelanggan.  Hidangan siap dengan cepat dan memang sedap.  Lea dan my beloved hubby siap minta nasi tambah lagi.


 
 





Perut dah kenyang, tempat lawatan seterusnya ke Aquarium yang terletak berdekatan dengan muzium2 Islam, Etnologi, seni, rama2.

Ini di Aquarium.







Ini di muzium Etnologi.







Ini di muzium seni.  MMD tertarik dengan seni binaan hasil bahan buangan tin dan juga zink atap.



Ini di muzium rama-rama. Tak banyak koleksi di ruangan ni.



Hanya MMD,  Hakim dan Lea saja yang mengembara ke muzium di atas.  Dah tak sempat ke muzium Islam, my beloved hubby dah ajak berangkat ke destinasi seterusnya. Lea minta gambar2 diambil dengan berbagai gaya.







Acara pusing2 dan melihat suasana bandar Kuching dari pandangan dari jalan raya/atas van.

Singgah ke arca kucing dan bergambar.  Hanya MMD, Hakim dan Lea je yang turun dari van.  Hazry dan my beloved hubby dah kepenatan.  Bergambar2 di sini sekejap.











Sementara menunggu giliran untuk river cruise pada pukul 6ptg yang dah ditempah oleh driver kami, driver pun menghantar kami ke Indian Street untuk shopping. Macam Petaling  Street je. MMD membeli beberapa helai T-shirt Sarawak kat area sini. Di kedai Dragon City, t-shirt2 untuk budak2 agak murah, antara RM3.90 - RM5.90 sehelai.  Bolehlah untuk buat basahan harian anak2.






Hahhhhhaaaa. Kat sini ramai yang menjual gambir Sarawak.  Tau tak apa kegunaannya?  Ada yang menjual 3pcs RM10.00 dan ada juga yang menjual 6pcs RM10.00.



Jumpa lagi di entry seterusnya.

As Salam.


Belanja di sini:
Pasu RM229.50
Lada hitam di Sinpiao RM53.00
Lunch di SCR Express RM53.10
T-shirt etc di Indian Street RM98.30


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...