Monday, January 6, 2014

Pap smear and mamogram free voucher from SOCSO

As Salam.

Bagi kakitangan swasta sudah tentu MMD dan kawan2 yang lain yang berumur 40 tahun ke atas bakal mendapat voucher percuma dari SOCSO untuk menjalani ujian saringan pap smear dan mamogram.  Ahhhh, maknanya MMD dah 4 series rupanya.  Dah tentu itu yang terfikir dalam fikiran pembaca MMD kan?  kan?


MMD dah mendapat voucher tu dari tahun lepas lagi.  Dari sehari ke sehari nak buat temujanji dengan klinik yang berdekatan dengan rumah MMD, ada saja halangannya.

Tapi baru2 ni sebelum tahun 2013 berakhir, MMD singgah ke klinik yang tak jauh dari rumah MMD pada hari Sabtu.  Hari Jumaat sebelum tu, staff klinik tu ada berpesan agar MMD berpuasa dari pukul 10pm hinggalah ke hari ujian dibuat.  Hanya air kosong saja yang boleh diminum dalam tempoh berpuasa tu.

Yang paling penting, pastikan waktu tu MMD tidak datang bulan. Maklumkan doktor akan ambil sample tisu di bahagian bawah Ms V tu.

MMD sengaja datang awal,  even awal dari doktor lagi.  Jadi waktu menunggu tidaklah terlalu lama.  Masa yang di ambil untuk ujian tersebut hanya mengambil masa 30 min je.  Di mulai dengan menjawab beberapa soalan tentang sejarah kesihatan diri serta ahli keluarga. Periksa tekanan darah, berat badan serta diambil sample darah sebanyak 3 tiub.

Selepas itu, MMD diminta untuk menyediakan diri untuk di periksa Ms V.  MMD siap minta agar hanya doktor saja yang masuk bilik rawatan tanpa nurse.  Malunya bukan kepalang.   Tapi doktor terpaksa minta bantuan nurse untuk menyediakan peralatan yang berkaitan kerana urusan pengambilan sample tisu di Ms V tu mestilah dilakukan dengan teliti sekali.

Sample2 tersebut akan di hantar ke makmal untuk mendapatkan keputusan yang mana sekarang akan mengambil masa lebih kurang sebulan dari tarikh ujian di buat.  Selesai ujian pap smear, MMD di minta untuk ke Hospital Pantai yang berdekatan untuk ujian mamogram. 

Kerana MMD tidak bersedia untuk ke Hospital Pantai pada hari tersebut, MMD hanya pergi pada hari Sabtu minggu seterusnya.  Ujian ini tidak mengambil masa yang lama juga, hanya 10-20 min sahaja setiap orang, tetapi waktu menunggunya yang agak lama kerana terlalu ramai yang datang berurusan untuk tujuan yang sama.

Oh ya....tahu tak ujian mamogram tu untuk apa dan di bahagian badan mana yang dibuat?   Sebenarnya ujian ini dibuat untuk mengesan jika ada ketulan2 atau tisu2 punca kanser pada kedua2 buah dada.  Dah tahu kan??? Senanglah kalau gitu...

Sementara menunggu nombor giliran MMD yang ke 22, nurse kat situ bagitau agar datang balik dalam pukul 12 tgh gitu....Masa tu, baru pukul 9:45am.  MMD dan my beloved hubby pun beredar dan merayap2 ke Harbour Palace yang berdekatan dengan Hospital Pantai Klang tu.  Kalau diikutkan MMD boleh je singgah kar rumah pusaka my beloved hubby yang diduduki oleh kakaknya yang satu jalan je dengan hospital tu, tapi kami berdua singgah di Harbour Palace je.  Dalam awal2 lagi tu, MMD sempat sambar 2 helai blaus dan 3 helai seluar yang berwarna warni. Memanjakan diri kata MMD kat my beloved hubby..Puiiiihhhhh...

Tak lama selepas MMD sampai semula ke hospital, nama MMD dipanggil dan diminta untuk menukar pakaian.  Sudah tentu nurse yang bertugas adalah nurse perempuan.  Maklumlah bahagian sensitif yang akan diperiksa.  Bukan diperiksa oleh nurse tapi di letakkan di atas plate mesin mamogram yang seperti di dalam gambar tu.  Plate di atas akan ditekan pada plate yang di bawah dan sudah tentu buah dada akan berada di antaranya.  Dua posisi di buat iaitu tekanan atas bawah dan satu lagi posisi serong.  MMD tak perlu berdiri senget ya...mesin tu yang akan menyengetkan posisinya.



Siap ujian scanning mamogram, nurse siap tolong ambilkan gambar MMD.  Bukannya masa ujian dibuat.  Kerja gila tu...Itu selepas ujian di buat dan selepas tu dah boleh balik.  Keputusan hanya boleh di ambil selepas 2 hari.



Pada masa entri di keluar, MMD belum lagi mengambil keputusannya.  Doktor di klinik yang MMD pergi sebelum ni ada berpesan agar membawa keputusan mamogram selepas pihak kliniknya call MMD selepas keputusan pap smear sampai ke kliniknya.

Jadi belum ada berita seterusnya.  Nanti MMD sambung cerita ni selepas keputusan keluar.  Sabar menunggu ye...Sebenarnya MMD yang seram sejuk...

As Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...