As Salam
MMD sempat mengikuti program selama 7 sesi untuk Hazry semasa cuti raya baru2 ni. MMD dapat maklumat tentang pusat refleksologi Penawar ini dari kawan sekolah MMD yang mana suaminya sedang dalam proses berubat untuk sakit buah pinggangnya.
Mengenangkan keadaan Hazry pun berkaitan dengan saraf, MMD dan my beloved hubby pun ingin mencuba untuk mendapatkan rawatan di pusat tu. Walaupun MMD biasa urut2 badan Hazry, tapi bukan secara profesional berbanding dengan pemilik pusat saraf ni.
Terletak di Kg Wakaf Tengah, KT. Dalam 20-30 min je perjalanan dengan kereta dari rumah MMD. Pada kali pertama pergi, sesat juga mencarinya. Kali kedua dan seterusnya, senang je.
Diusahakan oleh Dr Haji Sheikh Merican bersama2 dengan isteri dan anak2. Setiap kerusi mewakili isteri dan anak2nya. Hanya beliau seorang sahaja di KT yang mengusahakan pusat ini bersama isteri dan anak2. Setiap dari mereka mempunyai sijil dan kelayakan yang diiktiraf dalam bidang refleksologi.
Disebabkan musim cuti raya, beliau memberi pengkhususan kepada orang luar dan orang tempatan yang tinggal di luar untuk rawatan dalam masa musim raya berbanding dengan orang tempatan, ianya dijadualkan selepas itu.
Selain dari urutan saraf, ada rawatan / ikhtiar lain juga disediakan seperti:
melembutkan anak2 keras hati
kecerdasan minda anak2
kesukaran mendapatkan zuriat, jodoh
mengikat kasih sayang suami isteri
gangguan makhluk halus
memagar rumah dari dikhianati
rawatan aura positif
Selain dari Hazry, my beloved hubby juga ambil peluang untuk mengurut juga. he he he. Lebih2 pulak dia..Tengok gambar yang MMD ambil di pusat tersebut.
Setiap kali selesai setiap sesi, pesakit diberikan sebotol air yang telah dibacakan ayat2 Quran yang boleh diminum atau dibuat mandian. Harga rawatan biasa antara RM35-45 sesesi begantung kepada umur pesakit. Untuk penyakit yang serius, harganya lebih mahal.
Kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan rawatan, bolehlah hubungi 012-9608197 / 09-6696193 untuk temujanji.
As Salam.
No comments:
Post a Comment