Monday, September 10, 2012

CCM - Sepanjang perjalanan ke Cameron Highland

As Salam

MMD sekeluarga bercuti lagi sebelum bermula bulan Ramadhan baru2 ni.  Memangpun cerita dah lama basi...macam biasalah kan...dah lapuk barulah ada masa nak di buat entry.  Tak mengapa pun....ianya untuk kenangan MMD je. 

Bersiap sedia ke Cameron Highland pada 15/07/12.  Bertolak dari Port Klang lebih kurang pukul 11am. Memang kami merancang untuk bergerak awal.  Maklumlah MMD tak pernah sampai ke CH pun kecuali my beloved hubby.  Dia dah pun pergi tapi itupun bertahun yg lalu.

Selain MMD anak beranak, my MEM besar pun ikut sekali.  Rancangan MEM besar untuk balik ke KT selepas upacara bertunang adik bungsu MMD terpaksa ditangguhkan kerana MMD ajak ikut sekali ke CH.



Dalam perjalanan tu, kami sempat juga masuk ke laluan kanan untuk ke Hutan Lipur Kuala Woh.  Singgah sebentar untuk tengok2 je.  Ada tempat orang berkhemah dan juga mandi manda kat situ.


Semasa dalam perjalanan untuk keluar dari hutan lipur tu, my beloved hubby berhenti kat kedai di tepi simpang kat situ.  Suka menabung sendiri untung tau tak?  MMD bersetuju sangat dengan ayat2 tersebut yg tercetak cantik di tabung buluh yg agak besar saiznya.  Berborak2 sekejab dengan pakcik berambut putih tu.  Katanya dia ada sebuah gerai di Lata Iskandar menjual akar2 kayu, barangan cenderamata dan juga ubat2 tradisional.    Ok, nanti kami singgah kat gerai tu ye pakcik!.


Yang nun dihujung sekali tu lah gerai pakcik rambut putih tu di Lata Iskandar. My MEM besar sempat beli lamp shade kat situ masa dalam berjalanan balik dari CH keesokannya.

MMD berkenan benar dengan rekabentuk rumah di The Lakehouse ni...bilalah agaknya MMD ada rezeki bina sebuah rumah sebegini...berangan je la...


Jumpa lagi di entry akan datang.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...