As Salam
Akhirnya hari yg ditunggu2 dah tiba.
Disebabkan acara ni adalah milik adik bungsu MMD yg nak bertunang, dia pilih khemah berwarna pink dan putih. Sewanya dengan jiran sebelah rumah MMD je dengan harga cantas diskaun...he he he. Bukannya majlis besar2an pun, sekadar majlis kecil je. Jemputan pun dikalangan ahli keluarga dan kawan2 terdekat je.
Pasal makanan pulak, MMD ambil dengan caterer kawan my beloved hubby. Antaranya adalah... nasi beriani, ayam masak merah, daging masak hitam, kuah dalca serta papadom. Ada 3 jenis kuih2 sebagai pencuci mulut.
Harganya amat berpatutan dan kuantitinya amat banyak berbanding dengan caterer yg sebelum ni MMD tempah. Memang berbaloi sangat2. Jika ada sesiapa yg ingin menempah, bagitau je MMD. MMD memang rekomen caterer ni.
Alhamdulillah, MMD pun sempat menghantar beberapa bungkusan nasi dan lauk pauk ke surau berdekatan dengan tempat tinggal MMD. Sanak saudara pun balik tidak dengan tangan kosong. Ada bekalan masing2. Syukur atas rezekiNya.
As Salam.
No comments:
Post a Comment