As Salam
Biasanya term kena transfer ni berlaku masa kita bekerja. Samada kena transfer ke dept lain atau ke daerah lain. Sejarah MMD bekerja...ehmmm, rasanya tak pernah lagi di paksa transfer ke mana2 dept pun, tapi pilihan suka sama suka adalah...
Masa MMD baru kahwin dulu, my hubby bekerja di Port Klang, MMD bekerja di TTDI. Selama 3 bulan jugalah my hubby berulang alik hantar/jemput MMD ke TTDI bila MMD decide to stay in Port Klang. Apa kes nak duduk jauh2 masa baru kahwin kan?
So, bila my former boss set up another branch office di Port Klang, sudah tentu orang pertama yg di tanya untuk jaga office nya tentulah MMD. Bukan kerana seniority saja tapi memikirkan jauh perjalanan yg terpaksa MMD & hubby kena lalui, so, MMD pilih untuk transfer ke Port Klang. Hinggalah sekarang MMD tinggal di Port Klang walaupun dah bertukar boss 2-3 kali.
Oh...kisah sebenar bukanlah pasal kena transfer kerja kat sini. Sebenarnya MMD transfer barang2 MMD balik ke kampung. Dulu masa MMD pindah ke rumah baru, ada juga barang2 elektrik dari apartment MMD hantar ke rumah my mom.
Kali ni, tarrrraaaaaa.
Ni lah pasalnya MMD balik cepat2 masa dinner on last Friday. BIL called and asked me whtr MMD nak hantar apa2 ke kg since BIL ada lori yg masih ada space kosong ke Trg.
Apalagi, terus MMD cakap, ADA...peti ais untuk my mom. Lagipun, MMD tak pernah guna pun peti ais tu since MMD pindah masuk ke rumah sekarang. Fresh from the store gitu....
Harap2 masa balik raya di kampung nanti boleh penuhkan ruang kosong dlm peti ais ni. Biasanya, selalu hadapi masalah tempat nak simpan stok ayam2/daging masa musim perayaan especially bila semua adik2 beradik, anak saudara balik berkumpul di kg. Stok kena banyak, kedai tutup masa raya.
As Salam.
No comments:
Post a Comment