As Salam
Hari Sabtu baru2 ni berangkat ke Melaka. Tiada apa2 event yg menarik untuk ke Melaka kali ini. Sekadar singgah semalam ke rumah adik sebelum bertolak ke Muar untuk menghadiri jemputan kawin pada keesokan harinya, hari Ahad 13/03/2011.
Perjalanan kami tersangkut dan berbaris panjang. Seperti biasalah, tekaan MMD tepat. Kemalangan dah berlaku. Tempat yg samalah MMD sekeluarga tersangkut tak lama dulu akibat kereta tiba2 rosak. Exactly berhampiran dengan exit 231, signboard ke Air Keroh.
Sebuah lori dengan kereta di sebelah kanan dan beberapa buah kereta yg rosak teruk berada di sebelah kiri. Tak sempat MMD snap semua kenderaan yg terbabit dlm kemalangan ni. Tapi yg paling teruk nampaknya kereta yg berpusing arah yg berada di sebelah laluan laju, sebelah kanan MMD.
Tak taulah ada kemalangan jiwa ke tak. Nak berhenti tak boleh, laluan sesak gila. Apa2pun, MMD sekeluarga berharap agar tidak ada kemalangan jiwa. Sekadar kenderaan rosak, boleh lagi buat tuntutan insuran, jika jiwa yg melayang...boleh tuntut jenazah je la..Jadi berhati2lah semua pengguna jalan raya. Setiap pemandu bertanggungjawab ke atas diri dan juga orang yg dibawa bersama semasa memandu.
MMD sangat suka dengan signboard peringatan yg MMD nampak di beberapa lokasi.."keluarga tersayang menunggu kepulangan anda, berhati-hatilah di jalan raya". Banyak makna tersurat dan tersirat di ayat tersebut kan?
As Salam.
1 comment:
longchamp outlet
goyard bag
gucci belts
goyard st louis tot
fila shoes
converse outlet store
adidas crazy explosive
nike react
yeezy shoes
tory burch outlet
Post a Comment