Wednesday, December 21, 2016

Bergembira dengan Upin dan Ipin di MAHA 2016

As Salam

Sebenarnya, masa makan di gerai di Kampung Mak Cun, Lea dah tak senang duduk dan makan.  Cepat2 dia makan dan minta kami semua cepat2 ke Kampung Durian Runtuh.  Di situlah ada geng Upin dan Ipin, kegilaan budak2 dan juga mak budak2. Hehehe.

Sebelum tu, posing2 dulu di taman bunga yang cantik2 serta arca dinasor yang dibina menggunakan botol2 kosong.
 
 
 
 


Nak tengok Upin dan Ipin?  Percuma?  Ye...percuma jika bergambar dengan Upin dan Ipin di pintu luarnya.

 

Nak masuk kena bayar ye. MMD ambil tiket famili.  Murah sikit dari dibeli asing2.  Lupa pulak berapa MMD bayar hari tu.  Harga biasa RM25 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak2. Setiap tiket disertakan dengan pasu plastik.  Nak buat apa?  Tunggu.....


 Ok.  Dah masuk dalam.  Ada gambar 3D kat situ.  Posing2 lagi.

 

Lea makin tak sabar.  Cepat2 nak masuk ke bahagian dalamnya lagi. Kat situ ada acara rupa2nya.  Disediakan media tanaman untuk diisi ke dalam pasu plastik yang diberi percuma tu.  Budak2 diajar macam mana untuk menyediakan tanaman.  Ada benih jagung, kacang merah, kacang hijau, anak pokok ros dan juga pokok bunga raya.

 


Dah siap tanam bagai, waktu tu dah hampir 4:00pm.  Ada acara lagi di pentas iaitu kemunculan Upin dan Ipin serta geng2nya.  Berjalan cepat2 untuk ke pentas.  Masa MMD sampai, dah ramai orang kat situ.


Petugas datang pada MMD dan minta MMD, Hazry serta Lea untuk mengikutinya.  Dia bawa kami hingga ke depan pentas.  MMD memilih agak ke tepi sedikit supaya kerusi roda Hazry tidak mengganggu pandangan orang belakang.  My beloved hubby kat mana?  Entah lah.... Ada kat area belakang sikit agaknya.

 

Budak2 riuh rendah bila maskot2 keluar dan menyanyi bersama2.  Happening betul!!!. Ada pertandingan menjawab soalan juga.  Semua dapat hadiah.  Ini dia hadiah yang diberikan oleh petugas tadi kepada Hazry sebelum acara bermula.  Hazry menjawab soalan ke?  Tidak lah....  Sudah tentu ianya akan bertukar tangan.  Siapa lagi kalau bukan kepada Lea.  Awal2 lagi dah Lea bagi tahu kat Hazry yang dia inginkannya.

 


Semua serbu maskot2 Upin dan Ipin serta geng2nya yang lain bila mereka turun dari pentas.  MMD pun tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar Lea bersama2 dengan mereka.  Sebaik sebelum mereka naik semula ke pentas. Hazry juga menjadi perhatian bila maskot tu datang bergambar bersamanya.

 
 
 
 
 
 

 Acara berakhir dengan persembahan dari satu band.  Lupalah apa nama band tu.



Siapa yang paling enjoy?  Sudah tentu Lea. Nampak tak yang tabung Upin Ipin dah bertukar hakmilik?


Okay.  Merayap dengan cara perlahan2 ke destinasi seterusnya.  Kenapa?  Kaki dah lenguhhhhhh.

Rasa macam nak deko kat rumah macam ni.  Okay...Berangan dulu lah ye...


Jumpa lagi di lain entry.

As Salam.


Tuesday, December 20, 2016

Jumpa artis di Kampung Mak Cun di MAHA 2016

As Salam




Singgah pulak di Kampung Mak Cun.  Masa MMD sekeluarga sampai, acara pertandingan sedang diadakan.  Pengacaranya adalah artis/pengarah.  Siapakah???

Ni dia orangnya.  Kecil molek je orangnya.  Kalau tengok di TV, agak besar tapi bila berhadapan dengannya, taklah besar mana pun.  Dia adalah Erma Fatima.
 

Ada acara pertandingan menggiling cili kering menggunakan batu giling, acara memakaikan bedak sejuk pada pasangan.  Ada lagi acara selepas tu tapi MMD beransur dan singgah ke gerai makanan di situ.

Setiap belian mesti menggunakan kupon yang mesti dibeli terlebih dahulu.  Jika tidak habis digunakan, tak boleh ditukar semula.  Kejamnya....hehehe.

Lea repeat beli roti canai.  Sedap katanya.  Memang kuahnya sedap betul hinggakan MMD pun terikut sama makan roti canai.  Kuahnya penuh likat dengan daging2. My beloved hubby makan nasi dengan kambing bakar.  Hazry?  Macam biasa, MMD suapkan bubur yang MMD siap bawa bekal untuknya.

Harga makanan/minuman?  Alaaaa.... standard lah.  Agak mahal.  roti canai sekeping pun dah RM2.00. Yang lain tu fikir sendiri lah.

Malam tu sepatutnya ada konsert artis2, yang MMD dengar, ada Amy Search dan lain2.  Tapi tak kuasa pulak MMD nak tunggu hingga malam.

Selepas selesai makan2, kami pun bergerak lagi. Hasrat hati nak juga tunggu dan naik van/kereta OKU tapi hampa. Tak nampak2 pun kelibat van/kereta OKU.  Kaki pun dah mula lengoh.  Nasib baik destinasi seterusnya tak jauh mana.

Jumpa lagi ye.


Tuesday, December 6, 2016

Castle of Fruits di MAHA 2016

As Salam

Urusan MMD serta hubby, Lea dan Hazry bermula dari 8.30pg pada 3 Dec 2016.  Pertamanya singgah di pejabat Andalusia untuk selesaikan baki bayaran untuk urusan umrah MMD serta my Mem besar yang akan berangkat pada bulan depan.

Lepas tu bertolak ke MAEPS Serdang.  Kalau bukan Lea yang bersungguh2 untuk ke House of Shark di MAHA ni, belum tentu MMD pergi.  Maklumlah...dah boleh agak panasnya hahahaha.


Bila dah sampai tu, nak mencari tempat parking kereta pun payah.  Umat manusia ramai sangat. Tempat parking untuk OKU pun kena rembat.  Terpaksalah parking kat tepi jalan/longkang.

Di balai tiba 1, ada disediakan tram untuk pengunjung naik dan turun di mana2 lokasi yang ingin pergi. Pada mulanya, MMD tunggu jugak van/kereta khas untuk OKU.  Tunggu punya tunggu, tak sampai2 walaupun petugas di situ berusaha untuk mendapatkan van/kereta khas tu. Jadi MMD berkeputusan, baik kita jalan je dulu ke mana2 yang larat.



Lokasi pertama ialah di Castle of Fruits.  Sebut pun buah2an.  Memang banyak sangat pilihan buah2an untuk di beli.  Selain dari tu, anak2 pokok buah serta pokok bunga pun banyak dijual.

 
Apa yang MMD beli?  My beloved hubby gembira bila MMD tak shopping anak2 pokok atau anak2 pokok orkid.  Dah tak ada tempat nak di tanam di kawasan rumah.

Geram pulak tengok buah cili yang panjang mengurai ni.



Ada anak2 pokok orkid dengan pelbagai spesis dijual serendah RM10 untuk 3 pokok. MMD kurang mahir menjaga pokok2 orkid.  Nanti kang kering kontang mati pokok orkid tu.




Yang ni je yang MMD berkenan dan beli.  Lain sikit dari pokok2 yang MMD selalu tengok.  Masih spesis kaktus kata penjualnya. Tak perlukan apa2 media untuk menanamnya.  Ikat pada dawai pun boleh hidup.  Ada yang di ikat di batu, papan pun boleh hidup dengan sempurna.  Hebatnya kuasa Allah. Siram secara semburan air 2 kali sekali pun dah cukup.  Baja orkid pun boleh guna. Ada yang serendah RM10 sepokok.  Beli 5 percuma 1. Anak pokoknya ye.  Yang dah besar tu, lain harganya.  Mahal!


Semasa beredar dari situ, terserempak dengan abang motor dengan helmet predatornya.  MMD mohon untuk bergambar bersama.  TQ abang motor!!!


Ok.  Jumpa lagi di lokasi yang seterusnya nanti.

Saturday, December 3, 2016

Majlis Konvokesyen Kolej WIT ke-31, 2016

As Salam

Bertarikh 26/11/2016 adalah antara hari yang paling gembira buat MMD sekeluarga.  Hakim akhirnya telah secara rasmi tamat pelajaran kemahirannya dari Kolej WIT dan dianugerahkan dengan sijil kemahiran dalam bidang otomotif.


Yang paling bermakna sekali adalah penganugerahan skrol dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Y.A.B. Tun Abdulllah Ahmad Badawi  (Pak Lah) yang juga meraikan hari ulangtahunnya yang ke-77 pada hari yang sama dan bertempat di Premiere Hotel, Bandar Bukit Tinggi Klang.

My beloved hubby menghantar MMD serta Hakim seawal 7.30pagi untuk urusan perdaftaran dan mengambilan jubah serta topi.  Disebabkan anak2 berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan turut serta dalam dewan, maka hanya MMD seorang yang menemani Hakim.


Acara berlangsung sangat lancar dengan didahului dengan ucapan dari Pengerusi Kolej WIT, Tan Sri Zainal Rampak dan juga dari Pak Lah.  Seramai 500 lebih penuntut menerima penganugerahan samada diploma atau sijil dalam bidang masing2.

 

 

Selepas acara tamat, semua hadirin dijemput untuk menikmati makan tengahari yang agak banyak juga pilihannya.  MMD hanya ambil sedikit makanan sambil menunggu Hakim menguruskan pengambilan sijil2nya dari pihak kolej di bilik yang disediakan di situ.
 

MMD bersembang juga dan ibubapa di situ dan rata2nya anak2 mereka sudahpun bekerja.  Begitu juga dengan Hakim yang dah pun 7 bulan bekerja sejak dari habis peperiksaan akhirnya.

Pada anak2 yang kurang dari prestasi akedemik atau kurang berminat untuk belajar atau sangat meminati bidang kemahiran, jangan sia2kan waktu anak2 dengan memaksa mereka belajar apa yang mereka tidak suka.  Daftar dan masukkan mereka agar mendapat kemahiran yang tidak kurang pentingnya dan juga amat diperlukan di bidang pekerjaan di luar sana.

Tahniah sekali lagi untuk Hakim.  Ibu bangga sekali.

Sekian.  Jumpa lagi nanti.

Thursday, December 1, 2016

Mammogram - Skim Kesihatan Wanita Selangor

As Salam.

Ada gaya tak sebagai penceramah?


Okay, MMD belanja satu lagi gambar......



Bukan itu tujuan MMD ke KPJ Klang.  MMD mengikuti program untuk membuat pemeriksaaan mammogram anjuran Pusat Khidmat Masyarakat. PKR DUN Port Klang. MMD hanya berdua saja dari penduduk taman perumahan MMD.  Tempat berkumpul untuk menaiki bas pun tak jauh dari rumah.  Tu yang MMD ambil peluang untuk sertainya.  Kali terakhir MMD buat pemeriksaan mammogram adalah 3 tahun lepas.

Penceramah pada hari itu adalah En. Mohd Hafiz b. Haji Wagimin, Head of Diagnostic Imaging Services.  Acara yang dibuat secara santai dan penceramah pun pandai buat kelakar.  Tak de lah mengantuk.  Sambil mendengar penerangan, grup seramai 5 orang dipanggil untuk ke bilik mammogram dan ada juga yang membuat ujian tekanan darah sambil mendengar penerangan.


Sarapan pun disediakan oleh pihak KPJ selepas urusan pemeriksaan dijalankan.

Ini dia mesin mammogramnya.  Staf yang bertugas pun masih muda lagi.  Cepat je urusannya.  Tak sampai 5 minit pun. Ada yang bertanya MMD, sakit ke?  Takutlah nak buat....



Bagi MMD, tak sakit langsung.  Tak ada apa yang perlu ditakutkan.  Lebih baik kita buat pemeriksaan awal sebagai langkah persediaan dari segi mental, fizikal dan kewangan jika berlaku apa2 yang tidak diingini.  Jika anda mengandung, sila bagitahu awal2 pada petugas.



Menurut kata En. Hafiz, pihak KPJ akan memanggil peserta untuk ujian saringan seterusnya jika ada yang disyaki mendapat tanda2 awal ketulan.  Jika tidak, salinan keputusan boleh di ambil di pejabat PKM PKR dalam masa seminggu.

Alhamdulillah, keputusan MMD adalah negatif.

Cuba hubungi KPJ yang terdekat untuk mengetahui harga promosi yang disediakan untuk ujian saringan mammogram ini.  Masa MMD pergi hari tu pada 16/10/16, ada pekej serendah RM59.00 je.


Sebelum balik, kami dibekalkan juga dengan makanan tengahari yang disponsor oleh pihak PKM.  Ni dia En. Azmizam Zaman Huri, Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang.  Hensem kan?  Ahakkk.


Jagalah kesihatan diri dan juga keluarga ye.

As Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...