Tuesday, December 20, 2016

Jumpa artis di Kampung Mak Cun di MAHA 2016

As Salam




Singgah pulak di Kampung Mak Cun.  Masa MMD sekeluarga sampai, acara pertandingan sedang diadakan.  Pengacaranya adalah artis/pengarah.  Siapakah???

Ni dia orangnya.  Kecil molek je orangnya.  Kalau tengok di TV, agak besar tapi bila berhadapan dengannya, taklah besar mana pun.  Dia adalah Erma Fatima.
 

Ada acara pertandingan menggiling cili kering menggunakan batu giling, acara memakaikan bedak sejuk pada pasangan.  Ada lagi acara selepas tu tapi MMD beransur dan singgah ke gerai makanan di situ.

Setiap belian mesti menggunakan kupon yang mesti dibeli terlebih dahulu.  Jika tidak habis digunakan, tak boleh ditukar semula.  Kejamnya....hehehe.

Lea repeat beli roti canai.  Sedap katanya.  Memang kuahnya sedap betul hinggakan MMD pun terikut sama makan roti canai.  Kuahnya penuh likat dengan daging2. My beloved hubby makan nasi dengan kambing bakar.  Hazry?  Macam biasa, MMD suapkan bubur yang MMD siap bawa bekal untuknya.

Harga makanan/minuman?  Alaaaa.... standard lah.  Agak mahal.  roti canai sekeping pun dah RM2.00. Yang lain tu fikir sendiri lah.

Malam tu sepatutnya ada konsert artis2, yang MMD dengar, ada Amy Search dan lain2.  Tapi tak kuasa pulak MMD nak tunggu hingga malam.

Selepas selesai makan2, kami pun bergerak lagi. Hasrat hati nak juga tunggu dan naik van/kereta OKU tapi hampa. Tak nampak2 pun kelibat van/kereta OKU.  Kaki pun dah mula lengoh.  Nasib baik destinasi seterusnya tak jauh mana.

Jumpa lagi ye.


Tuesday, December 6, 2016

Castle of Fruits di MAHA 2016

As Salam

Urusan MMD serta hubby, Lea dan Hazry bermula dari 8.30pg pada 3 Dec 2016.  Pertamanya singgah di pejabat Andalusia untuk selesaikan baki bayaran untuk urusan umrah MMD serta my Mem besar yang akan berangkat pada bulan depan.

Lepas tu bertolak ke MAEPS Serdang.  Kalau bukan Lea yang bersungguh2 untuk ke House of Shark di MAHA ni, belum tentu MMD pergi.  Maklumlah...dah boleh agak panasnya hahahaha.


Bila dah sampai tu, nak mencari tempat parking kereta pun payah.  Umat manusia ramai sangat. Tempat parking untuk OKU pun kena rembat.  Terpaksalah parking kat tepi jalan/longkang.

Di balai tiba 1, ada disediakan tram untuk pengunjung naik dan turun di mana2 lokasi yang ingin pergi. Pada mulanya, MMD tunggu jugak van/kereta khas untuk OKU.  Tunggu punya tunggu, tak sampai2 walaupun petugas di situ berusaha untuk mendapatkan van/kereta khas tu. Jadi MMD berkeputusan, baik kita jalan je dulu ke mana2 yang larat.



Lokasi pertama ialah di Castle of Fruits.  Sebut pun buah2an.  Memang banyak sangat pilihan buah2an untuk di beli.  Selain dari tu, anak2 pokok buah serta pokok bunga pun banyak dijual.

 
Apa yang MMD beli?  My beloved hubby gembira bila MMD tak shopping anak2 pokok atau anak2 pokok orkid.  Dah tak ada tempat nak di tanam di kawasan rumah.

Geram pulak tengok buah cili yang panjang mengurai ni.



Ada anak2 pokok orkid dengan pelbagai spesis dijual serendah RM10 untuk 3 pokok. MMD kurang mahir menjaga pokok2 orkid.  Nanti kang kering kontang mati pokok orkid tu.




Yang ni je yang MMD berkenan dan beli.  Lain sikit dari pokok2 yang MMD selalu tengok.  Masih spesis kaktus kata penjualnya. Tak perlukan apa2 media untuk menanamnya.  Ikat pada dawai pun boleh hidup.  Ada yang di ikat di batu, papan pun boleh hidup dengan sempurna.  Hebatnya kuasa Allah. Siram secara semburan air 2 kali sekali pun dah cukup.  Baja orkid pun boleh guna. Ada yang serendah RM10 sepokok.  Beli 5 percuma 1. Anak pokoknya ye.  Yang dah besar tu, lain harganya.  Mahal!


Semasa beredar dari situ, terserempak dengan abang motor dengan helmet predatornya.  MMD mohon untuk bergambar bersama.  TQ abang motor!!!


Ok.  Jumpa lagi di lokasi yang seterusnya nanti.

Saturday, December 3, 2016

Majlis Konvokesyen Kolej WIT ke-31, 2016

As Salam

Bertarikh 26/11/2016 adalah antara hari yang paling gembira buat MMD sekeluarga.  Hakim akhirnya telah secara rasmi tamat pelajaran kemahirannya dari Kolej WIT dan dianugerahkan dengan sijil kemahiran dalam bidang otomotif.


Yang paling bermakna sekali adalah penganugerahan skrol dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Y.A.B. Tun Abdulllah Ahmad Badawi  (Pak Lah) yang juga meraikan hari ulangtahunnya yang ke-77 pada hari yang sama dan bertempat di Premiere Hotel, Bandar Bukit Tinggi Klang.

My beloved hubby menghantar MMD serta Hakim seawal 7.30pagi untuk urusan perdaftaran dan mengambilan jubah serta topi.  Disebabkan anak2 berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan turut serta dalam dewan, maka hanya MMD seorang yang menemani Hakim.


Acara berlangsung sangat lancar dengan didahului dengan ucapan dari Pengerusi Kolej WIT, Tan Sri Zainal Rampak dan juga dari Pak Lah.  Seramai 500 lebih penuntut menerima penganugerahan samada diploma atau sijil dalam bidang masing2.

 

 

Selepas acara tamat, semua hadirin dijemput untuk menikmati makan tengahari yang agak banyak juga pilihannya.  MMD hanya ambil sedikit makanan sambil menunggu Hakim menguruskan pengambilan sijil2nya dari pihak kolej di bilik yang disediakan di situ.
 

MMD bersembang juga dan ibubapa di situ dan rata2nya anak2 mereka sudahpun bekerja.  Begitu juga dengan Hakim yang dah pun 7 bulan bekerja sejak dari habis peperiksaan akhirnya.

Pada anak2 yang kurang dari prestasi akedemik atau kurang berminat untuk belajar atau sangat meminati bidang kemahiran, jangan sia2kan waktu anak2 dengan memaksa mereka belajar apa yang mereka tidak suka.  Daftar dan masukkan mereka agar mendapat kemahiran yang tidak kurang pentingnya dan juga amat diperlukan di bidang pekerjaan di luar sana.

Tahniah sekali lagi untuk Hakim.  Ibu bangga sekali.

Sekian.  Jumpa lagi nanti.

Thursday, December 1, 2016

Mammogram - Skim Kesihatan Wanita Selangor

As Salam.

Ada gaya tak sebagai penceramah?


Okay, MMD belanja satu lagi gambar......



Bukan itu tujuan MMD ke KPJ Klang.  MMD mengikuti program untuk membuat pemeriksaaan mammogram anjuran Pusat Khidmat Masyarakat. PKR DUN Port Klang. MMD hanya berdua saja dari penduduk taman perumahan MMD.  Tempat berkumpul untuk menaiki bas pun tak jauh dari rumah.  Tu yang MMD ambil peluang untuk sertainya.  Kali terakhir MMD buat pemeriksaan mammogram adalah 3 tahun lepas.

Penceramah pada hari itu adalah En. Mohd Hafiz b. Haji Wagimin, Head of Diagnostic Imaging Services.  Acara yang dibuat secara santai dan penceramah pun pandai buat kelakar.  Tak de lah mengantuk.  Sambil mendengar penerangan, grup seramai 5 orang dipanggil untuk ke bilik mammogram dan ada juga yang membuat ujian tekanan darah sambil mendengar penerangan.


Sarapan pun disediakan oleh pihak KPJ selepas urusan pemeriksaan dijalankan.

Ini dia mesin mammogramnya.  Staf yang bertugas pun masih muda lagi.  Cepat je urusannya.  Tak sampai 5 minit pun. Ada yang bertanya MMD, sakit ke?  Takutlah nak buat....



Bagi MMD, tak sakit langsung.  Tak ada apa yang perlu ditakutkan.  Lebih baik kita buat pemeriksaan awal sebagai langkah persediaan dari segi mental, fizikal dan kewangan jika berlaku apa2 yang tidak diingini.  Jika anda mengandung, sila bagitahu awal2 pada petugas.



Menurut kata En. Hafiz, pihak KPJ akan memanggil peserta untuk ujian saringan seterusnya jika ada yang disyaki mendapat tanda2 awal ketulan.  Jika tidak, salinan keputusan boleh di ambil di pejabat PKM PKR dalam masa seminggu.

Alhamdulillah, keputusan MMD adalah negatif.

Cuba hubungi KPJ yang terdekat untuk mengetahui harga promosi yang disediakan untuk ujian saringan mammogram ini.  Masa MMD pergi hari tu pada 16/10/16, ada pekej serendah RM59.00 je.


Sebelum balik, kami dibekalkan juga dengan makanan tengahari yang disponsor oleh pihak PKM.  Ni dia En. Azmizam Zaman Huri, Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang.  Hensem kan?  Ahakkk.


Jagalah kesihatan diri dan juga keluarga ye.

As Salam.

Wednesday, November 30, 2016

World No Tobacco Day

As Salam

Bila tarikhnya tu? Jangan tak caya...dah berbulan rupanya baru MMD nak update citer ni. Ohhh, 25/06/2016 rupanya.  Kalau tak tengok photo property, harus dah lupa tarikhnya.

Ada sape2 kat sini yang merokok?  Jangan angkat tangan.  Gerun MMD bila tengok statistik yang disediakan oleh pihak KPJ Klang.  Kesan buruk bukan sahaja pada penghisapnya, malah orang2 yang terdekat disekelilingnya.

Nasib baik my beloved hubby tak merokok.  Lagipun, MMD akan cepat sesak nafas bila berada di lingkungan orang yang sedang merokok. Kat rumah MMD pun tak ada disediakan tempat abu rokok.  Tetamu yang datang kena merokok di luar rumah. Masing2 dah faham sangat dah.

Jika yang pertama kali datang dan bertanya tempat abu rokok,  MMD bagitau ada kat luar.  Open air gitu.

Selain dari mendengar penerangan tentang bahaya dan kesan rokok. MMD pun ada buka booth jualan di situ.  Hanya letak instant shawl, T-shirt dan sedikit produk kesihatan.  Tak bersungguh sangat tentang jualan tu.

 
 
 


Selain dari Dr Chalvantharan dari pihak KPJ Klang, peserta pencetus ummah pun ada memberi ceramah ringkas.  Namanya dah MMD lupa. Maaf !!

Sebelum balik, ada goodie bag juga diberikan.  Terima kash KPJ Klang.  Ilmu dan informasi yang sangat berguna.



Hidup sihat tanpa rokok OK!!

As Salam.



Friday, November 25, 2016

Tingkatkan kecemerlangan ye Sayang!

As Salam

Tempoh persekolahan untuk tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya lagi buat tahun ini.  Pejam celik, pejam celik, tahun 2016 bakal berakhir. Rasa sekejap sangat tahun ini berlalu. Mungkinkah kita telah lalai dalam memberi pengisian yang berguna sepanjang tahun ni?

Insya Allah, walau tidak 100% mencapai target yang diharapkan, bagi MMD sendiri, MMD telah cuba untuk mengisi dan menambah ilmu2 untuk akhirat seberapa banyak yang boleh.  Tambah dan memperbaiki amalan2 yang sepatutnya.  Biarlah ada peningkatan walaupun sedikit dari tidak berbuat apa2 langsung.

Tahniah dan syabas kepada anak MMD iaitu Lea kerana tahun ni menjadi penerima anugerah antara yang cemerlang di dalam darjahnya. Sebagai memberi galakan kepadanya, MMD serta my beloved hubby bersetuju untuk menghadiri majlis yang diadakan di sekolahnya.

Betapa terujanya Lea, pukul 5pg dah siap untuk bangun dan mandi.  MMD pun terpaksa adjust waktu pagi MMD untuk menyedia dan menyiapkan Hazry sebelum pergi ke sekolah Lea.  Hazry akan sambung tidurnya selepas MMD siapkannya mandi dan suapkan sarapannya.  Dia hanya bangun semula dalam waktu tengahari. Jika rumah lagi sunyi, lagi lama dia tidur di biliknya.

Bayangkan pukul 6.30pg dah siap bergerak ke sekolahnya.  Hanya pak guard yang ada di tepi pagar sekolah.  MMD pun ajak pergi sarapan dulu di Restoran Pelita yang tak jauh dari sekolahnya.

Pukul 8.00pg MMD dan my beloved hubby dah berada di dewan sekolah.  Dapat tempat duduk baris ketiga.  Nasib baik!.


Selain dari ucapan dari Pengetua Sekolah dan juga wakil PIBG, ada persembahan tarian dari anak2 istimewa juga.  Anak2 tadika yang comel2 mendahului menerima hadiah beg sekolah masing2 dan diikuti dengan anak2 istimewa yang menamatkan pelajaran di sekolah rendah dan bakal memasuki sekolah menengah tahun hadapan.



MMD tak tunggu lama selepas Lea menerima sijil dan trofinya.  Ambil gambar sana sini sikit dan terus balik kerana MMD kena masuk kerja semula.  Masuk kerja pukul 10.00pg hahahaha.  Hari Jumaat adalah hari yang agak sibuk bagi MMD pada tiap2 minggu.

 
 

Tahun depan Lea akan masuk tahun 4.  Semoga Lea dapat meningkatkan lagi usaha untuk memperbaiki mana2 mata pelajaran yang lemah.  Diharapkan dengan anugerah ini menjadi pembakar semangatnya untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Okay.  Jumpa lagi di lain entry.


Thursday, September 29, 2016

Pantas matematik dengan teknik ROYA

As Salam



Baru2 ni MMD telah mendaftarkan Lea untuk mengikuti seminar 1/2 hari yang dianjurkan oleh EDUPRO Tech yang bertempat di Dewan Seminar, Masjid Bandar Diraja Klang pada 24/09/16 bermula pada pukul 8.30pg.   Seminar terbuka kepada anak2 yang berumur antara 8-15 tahun.

Malam sebelum tu Lea dah berbisik2 dengan MMD yang dia rasa malu sebab tak ada kawan2nya.  MMD bagitahulah yang semua budak2 yang datang pun belum tentu datang dengan kawan2 mereka sekali. Jadi, berkenalan dan dapatkan kawan2 baru.

Awal pagi dah bersiap sedia dan MMD hantar naik ke dewan seminar dan tinggalkan saja Lea di situ.  Bayaran RM69.00 dah dibuat sehari sebelum tu. Lea antara yang terawal sampai.


MMD serta my beloved hubby pecut ke Cheras untuk mengambil stok DVR kereta untuk jualan MMD.  Ada yang berhajat ke?  Meh sini....murah2 je.  Boleh juga wasap nombor ni. 012-3969694.


Dalam pukul 12tgh, MMD dah siap menunggu Lea di ruangan solat di luar dewan seminar.  Rupa2nya ramai juga yang menghadiri seminar ni.  Ada ibubapa yang beriktikaf di sini sementara menunggu anak masing2.  Ada yang datang sejauh Cyberjaya.

MMD perhatikan ada juga anak2 yang diajar secara 1 to 1 dengan tenaga pengajar bagi memberi penjelasan yang lebih baik kepada anak2 untuk menggunakan teknik ROYA ni.



Secara ringkasnya, teknik ini adalah cara mudah untuk mendapatkan jawapan bagi aturan darab dalam matematik dengan menggunakan jari2 bagi sifir 1 hingga 9.

Formula2 juga diberikan kepada anak2 serta 1 sampel jari2 untuk memahirkan lagi pengetahuan darab ini.  Penerangan ringkas dari pemilik teknik ROYA kepada ibubapa.



Selepas seminar berakhir, semua anak2 diminta untuk bergambar dan Lea dengan gembiranya menunjukkan hadiah yang diperolehinya kepada MMD dalam acara siap cepat memberi jawapan.


Setiap waktu terluang terutamanya malam, Lea akan meminta bantuan MMD untuk memahirkan lagi teknik ni bagi menyemak jawapan yang diberikan samada betul atau salah.

Boleh dikatakan teknik ini memang dapat membantu anak2 yang kurang mahir dalam ilmu darab dan dibuat dengan cara yang ringkas dan seronok. Ada teknik penumbuk, teknik cermin dan juga teknik berdoa bagi setiap jenis sifir 1 hingga 9 tu.

Bagi sesiapa yang ingin menghantar anak2 mempelajari teknik ROYA ni, boleh saja hubungi 017-3762273.

Sekian, terima kasih.  Jumpa lagi di lain hari.



Wednesday, September 28, 2016

Adik manis di usia 9 tahun

As Salam semua!

Best tak tengok blog MMD ni bersawang? Uwaaaa.  MMD sendiri terharu yang amat sangat.  Bukannya tak sayang, tapi komitmen lain telah mencuri masa berharga MMD.

MMD sebenarnya banyak juga cerita nak dicoretkan di sini.  Tapi sebagai permulaannya, biarlah MMD bukakan dengan cerita pasal orang2 penting bagi MMD.

Pada 07/05/2016, maka genaplah usia Lea 9 tahun.  Pejam celik, pejam celik, dah besar pun anak MMD ni.  Dalam bulan yang sama, MMD juga meraikan ulangtahun kelahiran anak istimewa MMD iaitu Hazry yang telah pun meningkat usianya ke 16 tahun pada 20/05/2016.

Saiz badan mereka berdua?  Lea telah jauh meninggalkan Hazry.  Sudah Allah suratkannya begitu.  Mungkin juga MMD kurang kudrat jika Hazry berbadan besar.  Maklumlah, Hazry bergantung kepada kami semua untuk urusan makan, pakai serta urusan ke tandasnya.  Syukur kerana diberikan umur yang panjang untuk kami nikmati bersama2.

My beloved hubby pun meningkat usianya pada 01/06/2016.  Dekat2 betul ulangtahun kelahiran masing2.  Memang pada waktu tersebut, MMD amat2 sibuk yang amat.  Akhirnya, dapat set satu tarikh dan Lea hanya nak ke Pizza Hut saja.  MMD okay saja.

Kebetulan, abang Hakim dah ada program dengan kawan2nya dan tak dapat join

Hadiah untuk anak2?  Ehmmmm...apa ye?  

 

Untuk Lea, MMD belikan/gantikan cermin mata baru untuknya.  Berwarna merah jambu.  Untuk Hazry pulak, MMD belikan/gantikan kerusi roda yang lebih tinggi sedikit.  Maklumlah, walaupun badan bersaiz kecil, kakinya dan berjulur panjang hingga terseret ke tanah.  Yang baru ni, agak tinggi.  Paling penting, berwarna merah supaya senang nampak dari jauh.

Sebenarnya, bukanlah hadiah hari jadi sangat.  Memang keperluan bagi mereka berdua juga.  Tapi, ianya lebih bermakna kerana hari2 mereka akan gunakan. Lebih berbaloi.

 

Apa yang kami makan di Pizza Hut?  Dah tentu piza, piza dan piza serta aiskrim bagai.




Memang rezeki untuk Hakim, kami digantikan dengan tambahan piza lain kerana mereka tersalah buat piza yang kami order.  Dapat juga Hakim makan piza walaupun tak join kami berempat malam tu. Walau tak ada yang percuma pun, memang MMD dah order untuk take-away pun. 

Jumpa lagi di lain entry.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...