Friday, January 29, 2016

Upside Down Art Gallery - Port Dickson 02/01/16

As Salam

Anak2 bangun pagi2 hari ini dengan berangan nak mandi kat pool.  Malangnya sampai pukul 9am, masih lagi tak buka2.  MMD terus call orang yang MMD bayar sewa apartment.  Tak berjawab.  Dalam pukul 11am barulah dia bagitahu yang staff di office management masuk kerja pukul 10am dan setiap orang yang nak mandi kena bayar bayaran tambahan RM5.00. 

MMD pun persoalkanlah kenapa dari semalam tak bagitahu waktu operasi dan ada bayaran.  Semalam hanya bagitahu yang pool tengah cuci dan boleh digunakan pada keesokan harinya.  Dah agak lewat untuk pergi mandi pool.  MMD suruh anak2 bersiap2 dan check out.

Destinasi seterusnya ialah tempat tumpuan terbaru di Port Dickson iaitu Rumah Terbalik.  MMD pun ikut signage kat tepi2 jalan dan tidak jauh dari apartment tu, kami sampai ke Rumah Terbalik. 



Ehmmmmm, ingatkan rumah tu memang terbalik seperti yang ada di Sabah tu.  Rupa2nya 3D art gallery, lebih kurang macam yang di Penang juga.

Tak pe lah...MMD dan Lea saja yang masuk.  Yang lain tak nak ikut dan berehat di dalam kereta.  Ini harga tiket masuknya.

 

 Antara gambar 3D dan yang terbalik yang sempat MMD ambil.  Ada juga yang MMD skip.  Nak ambil semua tak tahu pukul berapa boleh habis.  Lagipun 3 beranak menunggu dalam kereta.  Sekadar melepas hajat Lea untuk datang sini.

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Inilah cik adik manis yang menjadi photographer kebanyakan gambar2 MMD.  Terima kasih cik adik manis!!!


 Sehingga jumpa lagi di entry selepas ni.  Kena mengadap tentera lah pulak.

Sekian.



Thursday, January 28, 2016

Bercuti di Port Dickson di tahun baru - 01/01/16

As Salam

Malam sebelum tu MMD dah pack baju untuk 1 malam walaupun belum confirm lagi jika akan bermalam.  Macam biasa, kata 1 malam, MMD pasti akan letak baju extra juga lebih2 lagi untuk Hazry. Baginya 1 malam bersamaan dengan 5-6 pasang baju.  Selalu kena tukar bila dah basah akibat kencing, diaper terbocor.

Tujuan utama adalah untuk menziarahi kakak sulung my beloved hubby yang tinggal di Labu Johnson dan untuk juga untuk menghantar pesanan air zamzam untuk anak saudaranya.  Pukul 11pagi baru bertolak dari Port Klang.  Makan2 dan lepak kat sana hinggalah pukul 3pm.

Dalam perjalanan keluar dari Labu Johnson baru buat keputusan samada balik ke Port Klang atau terus je PD.  Anak2 sudah tentu berkata.....PD ibuuuuuu!!!!!! Kuat betul racum berdua ni.  Sorang tu dikecualikan.



Maka dengan sukacitanya my beloved hubby membelok ke kiri untuk menghala ke arah Sepang sebelum ke kiri lagi untuk ke PD.  Dengan tiada booking hotel apa2, tempat pertama ialah Corus Paradise Hotel tapi dah penuh.  Memang dijangka pun.  Ada apartment di sebelahnya tapi melihatkan keadaan biliknya yang ehmmmmm, tak jadi lah.  Lea ambil gambar je kat pool hotel ni.  Hajat tak kesampaian.



Berhenti juga ke beberapa hotel di sepanjang jalan di Jalan Pantai.  Penuh.  Cuti tahun baru sudah tentu penuh.  Last2 MMD ambil apartment persendirian dengan harga RM250.  Bolehlah untuk satu malam je.  Lepas ambil kunci, my beloved hubby pandu kereta ke tepi pantai melalui belakang apartment tu je.  Kalau jalan kaki lenguhlah juga.  Agak curam cerunnya.  Park kereta kat situ dan Lea bertukar ke baju renangnya kat dalam kereta.

Antara bidikan MMD di pantai hinggalah senja.  Cantik melihat matahari terbenam.  Allahuakbar.  Cantik sungguh2.

OK Lea, mainlah puas2 ye. MMD hamparkan tikar dan lepak2 kat situ sambil melihat gelagat manusia yang semakin ramai.  Sebelum tu tengok gelagat MMD sekeluarga dulu lahhhhh.

 



Ini Lea.  Suka mandi, mandi laut pun boleh.  Kalau mandi di pool lagilah dia suka.




Ini pulak Hazry.  Macam biasa, dia akan jadi pemerhati bebas bila adik dan abangnya bergembira.  Sesekali dia menjerit kegembiraan seakan2 dia pun join sekali.

 

Ini Hakim.  Lea kata, abang sado. Sukanya Hakim bila dipanggil macam tu.  Hahahaha.

 


Indahnya ciptaan Allah.


 
 
 

Naik semula atas bukit.  Hakim dan Lea bersihkan diri dan selesaikan tugas apa yang patut.  Kami bergerak semula ke arah bandar.  Sebab??? Sebab Lea dah nampak ada fun fair di tepi jalan semasa nak sampai ke pantai ni tadi.  Berzikir kat telinga MMD masa kat pantai untuk ke fun fair.  Layan je lahhhh,

Bukan saja Lea yang happy, Hakim dan my beloved hubby pun excited sama dan puas bermain2 kat situ. Sebahagian dari wajah2 kegembiraan mereka.

 
 
 
 
 

Dalam pukul 10pm barulah keluar dari fun fair ni.  Perut pun dah rasa lapar.  MMD suruh my beloved hubby berhenti je kat mana2 yang ada lampu neon.  Lampu neon bermakna kedai makan.  Hahahaha.  Tiap kali nampak, dah pun terlepas.  Punyalah laju my beloved hubby pandu kereta.  Last2, kami berhenti kat restoran ni.  Tak ramai orang sangat.  Baca notis kat dinding agar bersabar menunggu makanan sampai.  Pastilah kekurangan tukang masak atau pelayan ni.  Tak pe lahhh, tiada apa yang nak dikejarkan pun.



Lepas je makan, my beloved hubby pun pandu keluar dan tiba2 buat pusingan dan ehhhhh, dah sampai ke apartment?  Rupa2nya restoran tu berhadapan dengan apartment yang MMD sewa je pun.  Punyalah tak perasan.  Lebih2 lagi pada waktu malam.  Makanannya biasa2 je.  Bolehlah untuk buat alas perut waktu malam.

Sampai ke apartment, bersihkan diri dan barulah solat Isyak.  Rehat sebentar dan masuk tidur.  Ehmmmm, tempat/rumah orang, rasa tak berapa selesa.  Mata berkelip2 dalam gelap.  Entah pukul berapa MMD tidur.

OK.  Sambung lagi cerita selebihnya nanti.

As Salam.




Wednesday, January 27, 2016

Sungai Congkak Recreational Forest - Mandi sampai kecut

As Salam

Hari ini MMD bersarapan dengan nasi lemak yang dibawa oleh adik MMD yang tinggal di Kempas Apartment, bersebelahan je dengan Cengal Apartment.  Sambil tu MMD masak nasi goreng untuk bekalan mandi manda di Sungai Congkak, Hulu Langat. 

Dengan 2 kereta, MMD dan adik bungsu MMD, Nurul bergerak dahulu sementara menunggu seorang lagi adik MMD, Latifah (La) sekeluarga untuk sama2 join nanti.

Dalam 1 jam lah juga untuk sampai ke Sg Congkak.  Kami pergi ke tempat yang sama yang pernah MMD datang beberapa bulan yang lepas.  Sebelum tu, MMD ada juga singgah ke penghujung jalan di mana tempat Sg Congkak Eco Resort berada.  Nak masuk pun kena bayar setiap seorang dan kereta pun kena bayar jika ingin masuk dengan kereta.  MMD lupa berapa bayaran masuk.  Tu yang MMD cari tempat yang sama seperti sebelum ini.

Tempat ni ada tanah rata dan senang untuk hamparkan tikar2.  Airnya pun ada yang kawasan cetek dan juga dalam dan agak laju.  Bersesuaian dengan budak2 untuk mandi manda.

Ni my Mem besar.  Ambil tugas sebagai pemerhati bila cucu2nya mandi manda.  Hahahaha.


 Si kembar, Adam dan Adra pertama kali mandi sungai.


 Antara gambar kenangan di Sg Congkak.  Pengakhiran tahun 2015 dengan beriadah bersama keluarga.

 
 

Penat mandi manda dan terjun bagai, naik atas makan2 dulu.

 

Adik MMD siap buat kek bertemakan air terjun/mengalir lagi.  Kelas kau La......


My beloved hubby membelek2 selipar SR10 yang dibelinya di Mekah tempoh hari.  Mengimbau kenangan lah tuuuu.

 
 
Tunggu anak2 berhenti mandi.  Tertidur dia!!!!  Hahahaha.


Ada cerita disebalik gambar2 yang MMD letak kat atas tu.  MMD akhirnya bawa Hazry turun juga ke dalam air sebab perlu membasuh buntutnya.  Hazry berak kauuuuuuu.  Semua anak2 yang lain lari ke tempat lain.  Sekejab je Hazry dalam air,  dah terketar2 kaki dan tangannya.  Mandi serba sikit dan bawa dia naik ke atas, bungkus dengan tuala tebal2.

Petang barulah bertolak balik.  MMD terus ke Port Klang dan adik2 yang lain balik ke Cheras.  Semoga bertemu lagi.

Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.

Tuesday, January 26, 2016

BBQ di tepi balkoni

As Salam

Sempena adik bungsu MMD baru berpindah ke Cengal Apartment di Cheras, MMD sekali lagi melakukan lawatan muhibbah ke Cheras.  MMD ada 4 adik yang tinggal berdekatan di area Cheras.  Jadi bila MMD ke Cheras, adik2 yang lain pun datang berkumpul.  Lebih2 lagi bila my Mem besar pun ada di Cheras sambil tengok2 cucu kembarnya.

Kali ini kami pilih cuti Hari Krismas untuk berkumpul. Sehari sebelum tu, MMD dah beli ayam dan perapkan serta simpan dalam freezer.  Ada adik MMD yang bawa lauk pauk untuk makan tengahari.  Seronok makan ramai2.

Hazry mengadap bos besar.  Kena himpit kerana dia asyik menyembur air liurnya pada sesiapa yang lalu di hadapannya.


Petang barulah kami mulakan acara bakar membakar.  MMD siap bawa pembakar elektrik.  Malas nak bawa arang bagai.  Meriah betul bila anak2 saudara yang sedang membesar berebut makan.




Sambil masak sambil makan kat tepi balkoni je. Budak yang tak sabar tunggu sosej siap.  Huhuhu.




Hari cuti dihabiskan sebaik mungkin bersama keluarga.  MMD pun bermalam di sana.  Ada aktiviti lagi keesokan harinya.


Okay.  Jumpa lagi.

Monday, January 25, 2016

Kita ganti makan

As Salam

Sejak balik dari umrah, MMD belum lagi bawa anak2 makan kat luar lagi.  Sampai kat rumah pada 16/12/15 tapi hanya masuk kerja pada 22/12/15.  Lepas tu cuti pulak pada 24-27/12/15.  Malaysia memang kaya dengan cuti umum.  Selama 10 tahun MMD bertugas di tempat kerja sekarang ni, tahun 2015 lah satu2nya tahun yang MMD terlebih ambil cuti.  Biasanya selalu carry forward cuti ke tahun seterusnya.

Lepas kerja petang 23/12/15, esoknya kan cuti.  Balik ke rumah sekejab dan lepas Maghrib keluar cari makan malam.   MMD suruh my beloved hubby bawa ke tempat yang MMD belum pernah pergi.  Kebetulan akan singgah ke rumah adik ipar MMD, my beloved hubby akhirnya singgah ke Restoran Aisyah di Kg Delek, Klang.  OK.  MMD tak pernah sampai lagi ke sini.

Orang tak berapa ramai lagi masa MMD sampai.  Makanan pun cepat siap dan sampai ke meja.  Ini habuan malam tu.  Lea dengan nasi ayamnya.  Hakim nak makan chicken chop yang akhirnya cari nasi putih juga.    Air epal asam boi memang terbaik.  Secara keseluruhannya, sedap dengan tekak MMD.  Itulah ganti makan dengan anak2 kerana berjauhan selama 2 minggu.


 
 
 
 
MMD perasan yang Hazry ada jerawat di hidungnya dan "bird"nya pun besar sikit dari biasa.  Sudah tentu MMD tahu kerana MMD yang mandikan dan tukarkan diapernya hari2.  Agaknya Hazry dah akhir baligh?



Selepas MMD pegang dia kuat2, MMD akhirnya dapat picit biji di atas hidungnya.  Ada keluar macam jerawat nasi.  Ehmmm.  Bukan senang untuk pegang hidungnya.  Selalunya dia akan menjauhkan diri dari sape2 saja yang cuba memegang hidungnya.  Kalau dapat pegang hidungnya, kiranya kejayaan besar bagi orang tu.

Sekian.  Jumpa lagi.

Saturday, January 23, 2016

Kasut getah - balik ke zaman silam

As Salam.

Balik dari umrah baru2 ni, barulah MMD shopping barang2 keperluan Lea untuk persekolahannya. Tahun ni macam biasa, hanya Lea sorang je yang masih bersekolah.

Selain mencari dan membeli pakaian untuk sekolah agamanya, MMD hanya membeli kain biru pekat untuknya.  Untuk bajunya, MMD dah siap2 bagi adik MMD yang tinggal di Cheras untuk belikan kain dan terus jahit.

Ini kes tak puas hati pasal tahun lepas yang baju biru untuk pakaian pengawasnya nampak cepat pudar.  Jadi tahun ni, beli kain dan dijahit terus oleh adik MMD.  Tahun kedua Lea dilantik menjadi pengawas sekolah.

Disebabkan Lea kurang rajin untuk membasuh sendiri kasut sekolahnya, tahun ini MMD pilih semua kasut getah untuknya.  Tidak seperti tahun sebelumnya, beli kasut kain kanvas.  Kasut getah lagi senang untuk dijaga.  Lapkan je kalau kotor.  Hahahaha.  Nampak tak yang ibunya juga kurang rajin kat situ.

Dua pasang kasut putih dan dua pasang kasut hitam yang berlainan design.

 

Bak kata my beloved hubby, ini dah macam dia bersekolah dulu2.  Pakai kasut getah je kerana kesempitan hidup.  Tapi sekarang lebih kerana tahap kerajinan dan kepraktikalan pemakaiannya.  Redah hujan pun tak terjejas.

As salam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...