Saturday, January 9, 2016

Hotel Mercure Cairo Le Sphinx 03-06/12/15

As Salam

Bercerita sikit pasal hotel ni.  Terletak tak jauh dari Pyramid.  Dari hotel dah pun boleh tengok pyramid.

Landskap yang cantik dan sesedap mata memandang.  Pilihan makanan pun berbagai.  Tapi kalau banyak hari tinggal kat sini mungkin muak juga dengan makanan yang sama je.

Okay, MMD bagi tengok gambar2 je la.


Kurma fresh sangat2.  !st time makan kurma fresh gini.  Alhamdulillah.

Di lobi.

  Kedai dengan deretan bekas2 kristal.  Cantik sungguh.  Harga pun sungguh menarik!!

Di laman dalam kawasan hotel.  Dindingnya adalah tembok tinggi.  Tak dapetlah den nak see thru kat luar.
 
 

 D luar bilik.
 
 

Entrance to hotel.
 
 


MMD sepatutnya tidur bertiga semasa di hotel ni.  Oleh kerana seorang makcik ni dah di bawa oleh anak2 untuk tinggal bersama mereka, maka tinggallah MMD dan Hawa berdua je.  Kebetulan my beloved hubby pun tinggal berdua juga dengan husband Hawa disebabkan seorang pakcik tu juga dibawa oleh anak2nya untuk tinggal dengan mereka.

Jadi, kami pun bertukar suka sama suka.  Jadilah bilik berdua/couple selama 3 malam di sini.  Nyaman gituuuuu.... hahahaha.

As Salam.

Friday, January 8, 2016

Kuala Lumpur / Cairo 02-03/12/15

As Salam

Perjalanan MMD serta my beloved hubby bermula dengan menaiki teksi selesai saja solat Asar di rumah.  Dalam pukul 5.30pm, kami pun sampai di KLIA dan nampak ramai jemaah di bawah pengurusan Andalusia dengan mengenalpasti dari beg2 yang dibawa masing2.

Lepas mengambil tag nama dan tag untuk beg2, kami pun beredar ke Anjung Tinjau untuk berehat dan juga menunaikan solat jamak/qasar Maghrib/Isyak.

Selepas mendengar taklimat terakhir dari pihak Andalusia, kami diberikan 1 beg yang berisi surah Yassin dan sedikit bekalan jajan.  Kemudian berlepas dengan menaiki Eqypt Air yang akan singgah di Bangkok.  Jumlah perjalanan hingga ke Kaherah/Cairo lebih kurang 14 1/2 jam.


1st meal.  Kenyang, Alhamdulillah.



Semua penumpang terpaksa turun dari flight dan sebelum masuk semula ke waiting room, terpaksa melalui check-point yang agak strict pada pandangan mata MMD.  Tengok tu, macam2 barangan yang dirampas. 2nd meal.  Kenyang lagi.

 
 


Akhirnya sampai ke Cairo Airport.  Sempat juga tukarkan duit USD dengan matawang Cairo iaitu Eqypt Pound atau orang tempatan memanggilnya dengan matawang Genih. Untuk senang pengiraan, 10EP=5RM.  Sebahagian dari bangunan airport, dalam dan luar.  Abaikan waktu pada gambar2 tersebut sebab MMD tidak tukar kepada waktu Cairo.  Bezanya 6 jam dibelakang Malaysia.



Selepas urusan selesai, grup kami menaiki 2 bas.  MMD serta hubby di bas nbr 2 dengan Mutawwif dari Andalusia bernama Ustaz Firdaus yang juga dikenali sebagai Ustaz Firdaus Rock.  Tour leader di Cairo bernama Husam.


Antara tempat lawatan ialah:

SADAT TOMB
Tempat tujuan pertama ialah ke Sadat Tomb,  MMD tak akan cerita panjang tentang sejarahnya.  Boleh minta tolong En. Google untuk keterangan lanjut ye.  Antara gambar2 kenangan di sini adalah seperti di bawah.

 
 

Berhenti untuk sarapan pagi di Restoran Sun Z.  Makanan?  Cubaan pertama makan makanan orang Mesir.  Ada orang jual kacang2 di luar restoran.  Harga mahal gila.  Kesian ada makcik2 yang dah terbeli tanpa bertanya dengan mutawwif terlebih dahulu.


 
 
 

LAKE QORUN

Lake Qorun terletak di Fayoum yang mengambil masa lebih kurang 1 1/2jam perjalanan dari Sadat Tomb. Dalam perjalanan kelihatan bangunan2 yang cantik2 dibina.  Rupa2nya ia adalah kubur bagi keluarga mereka.

Setiba di kawasan tasik, cantik sungguh pemandangan di situ.  Selain orang ramai, terdapat juga sekumpulan polis yang siap bersenjata menunggu di situ untuk menjaga keselamatan.  Oh ya...setiap bas yang kami naiki ada wakil dari pihak polis untuk mengawal dan menjaga kami jika berlaku sebarang masalah dengan pihak tempatan.

 
 
 
 


Dalam perjalanan balik, banyak kali MMD dapat melihat lori2 yang penuh berisi dengan tomato.  Padat sepadatnya.  Tak ada pulak yang tertumpah ke jalan.

 
 

 

Berhenti makan tengah hari di Restoran Soiree.  Menu sedap sikit dari sarapan tadi.  Alhamdulillah.


MASJID AMR IBN AAS
Lawatan seterusnya ialah ke sini.  Dari pintu utama, jemaah wanita perlu ke kiri untuk berwuduk. Berwuduk dengan airnya yang amat2 sejuk hingga ke tulang kering.  Biarlah gambar berbicara dengan senibina yang cukup cantik dan berseni ni.


 
 


MASJID IMAM SHAFIE
Kemudian kami ke sini pulak.  Melalui kawasan perkampungan yang kiri kanannya adalah perkuburan mereka.  Ada juga yang tinggal di situ bersama2 dengan kubur ahli keluarga mereka.  Mungkin kerana kedaifan hidup.

Trajedi berlaku bila arca lampu di tengah2 jalan menghalang ketinggian bas menyebabkan mereka terpaksa mengumpil dan mengangkatnya ke atas agar bas dapat melepasinya.  Alhamdulilah, selamat walaupun bumbung bas bergesel kuat dengan besi2 arca tadi.

Antara yang menarik di sini ialah kesan tapak kaki Nabi Muhammad SAW serta tiang yang terletak bersebelahan dengan makam Imam Shafie.

 
 
 

Lawatan berakhir dengan check in ke Hotel Mercure Cairo Le Sphinx. Jumpa lagi di entry akan datang.

As Salam.



Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

As Salam.

Selamat tinggal 2015 dengan seribu kenangan.

Selamat datang 2016 dengan harapan ianya menjadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

Sekian. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...