Saturday, January 9, 2016

Hotel Mercure Cairo Le Sphinx 03-06/12/15

As Salam

Bercerita sikit pasal hotel ni.  Terletak tak jauh dari Pyramid.  Dari hotel dah pun boleh tengok pyramid.

Landskap yang cantik dan sesedap mata memandang.  Pilihan makanan pun berbagai.  Tapi kalau banyak hari tinggal kat sini mungkin muak juga dengan makanan yang sama je.

Okay, MMD bagi tengok gambar2 je la.


Kurma fresh sangat2.  !st time makan kurma fresh gini.  Alhamdulillah.

Di lobi.

  Kedai dengan deretan bekas2 kristal.  Cantik sungguh.  Harga pun sungguh menarik!!

Di laman dalam kawasan hotel.  Dindingnya adalah tembok tinggi.  Tak dapetlah den nak see thru kat luar.
 
 

 D luar bilik.
 
 

Entrance to hotel.
 
 


MMD sepatutnya tidur bertiga semasa di hotel ni.  Oleh kerana seorang makcik ni dah di bawa oleh anak2 untuk tinggal bersama mereka, maka tinggallah MMD dan Hawa berdua je.  Kebetulan my beloved hubby pun tinggal berdua juga dengan husband Hawa disebabkan seorang pakcik tu juga dibawa oleh anak2nya untuk tinggal dengan mereka.

Jadi, kami pun bertukar suka sama suka.  Jadilah bilik berdua/couple selama 3 malam di sini.  Nyaman gituuuuu.... hahahaha.

As Salam.

Friday, January 8, 2016

Kuala Lumpur / Cairo 02-03/12/15

As Salam

Perjalanan MMD serta my beloved hubby bermula dengan menaiki teksi selesai saja solat Asar di rumah.  Dalam pukul 5.30pm, kami pun sampai di KLIA dan nampak ramai jemaah di bawah pengurusan Andalusia dengan mengenalpasti dari beg2 yang dibawa masing2.

Lepas mengambil tag nama dan tag untuk beg2, kami pun beredar ke Anjung Tinjau untuk berehat dan juga menunaikan solat jamak/qasar Maghrib/Isyak.

Selepas mendengar taklimat terakhir dari pihak Andalusia, kami diberikan 1 beg yang berisi surah Yassin dan sedikit bekalan jajan.  Kemudian berlepas dengan menaiki Eqypt Air yang akan singgah di Bangkok.  Jumlah perjalanan hingga ke Kaherah/Cairo lebih kurang 14 1/2 jam.


1st meal.  Kenyang, Alhamdulillah.



Semua penumpang terpaksa turun dari flight dan sebelum masuk semula ke waiting room, terpaksa melalui check-point yang agak strict pada pandangan mata MMD.  Tengok tu, macam2 barangan yang dirampas. 2nd meal.  Kenyang lagi.

 
 


Akhirnya sampai ke Cairo Airport.  Sempat juga tukarkan duit USD dengan matawang Cairo iaitu Eqypt Pound atau orang tempatan memanggilnya dengan matawang Genih. Untuk senang pengiraan, 10EP=5RM.  Sebahagian dari bangunan airport, dalam dan luar.  Abaikan waktu pada gambar2 tersebut sebab MMD tidak tukar kepada waktu Cairo.  Bezanya 6 jam dibelakang Malaysia.



Selepas urusan selesai, grup kami menaiki 2 bas.  MMD serta hubby di bas nbr 2 dengan Mutawwif dari Andalusia bernama Ustaz Firdaus yang juga dikenali sebagai Ustaz Firdaus Rock.  Tour leader di Cairo bernama Husam.


Antara tempat lawatan ialah:

SADAT TOMB
Tempat tujuan pertama ialah ke Sadat Tomb,  MMD tak akan cerita panjang tentang sejarahnya.  Boleh minta tolong En. Google untuk keterangan lanjut ye.  Antara gambar2 kenangan di sini adalah seperti di bawah.

 
 

Berhenti untuk sarapan pagi di Restoran Sun Z.  Makanan?  Cubaan pertama makan makanan orang Mesir.  Ada orang jual kacang2 di luar restoran.  Harga mahal gila.  Kesian ada makcik2 yang dah terbeli tanpa bertanya dengan mutawwif terlebih dahulu.


 
 
 

LAKE QORUN

Lake Qorun terletak di Fayoum yang mengambil masa lebih kurang 1 1/2jam perjalanan dari Sadat Tomb. Dalam perjalanan kelihatan bangunan2 yang cantik2 dibina.  Rupa2nya ia adalah kubur bagi keluarga mereka.

Setiba di kawasan tasik, cantik sungguh pemandangan di situ.  Selain orang ramai, terdapat juga sekumpulan polis yang siap bersenjata menunggu di situ untuk menjaga keselamatan.  Oh ya...setiap bas yang kami naiki ada wakil dari pihak polis untuk mengawal dan menjaga kami jika berlaku sebarang masalah dengan pihak tempatan.

 
 
 
 


Dalam perjalanan balik, banyak kali MMD dapat melihat lori2 yang penuh berisi dengan tomato.  Padat sepadatnya.  Tak ada pulak yang tertumpah ke jalan.

 
 

 

Berhenti makan tengah hari di Restoran Soiree.  Menu sedap sikit dari sarapan tadi.  Alhamdulillah.


MASJID AMR IBN AAS
Lawatan seterusnya ialah ke sini.  Dari pintu utama, jemaah wanita perlu ke kiri untuk berwuduk. Berwuduk dengan airnya yang amat2 sejuk hingga ke tulang kering.  Biarlah gambar berbicara dengan senibina yang cukup cantik dan berseni ni.


 
 


MASJID IMAM SHAFIE
Kemudian kami ke sini pulak.  Melalui kawasan perkampungan yang kiri kanannya adalah perkuburan mereka.  Ada juga yang tinggal di situ bersama2 dengan kubur ahli keluarga mereka.  Mungkin kerana kedaifan hidup.

Trajedi berlaku bila arca lampu di tengah2 jalan menghalang ketinggian bas menyebabkan mereka terpaksa mengumpil dan mengangkatnya ke atas agar bas dapat melepasinya.  Alhamdulilah, selamat walaupun bumbung bas bergesel kuat dengan besi2 arca tadi.

Antara yang menarik di sini ialah kesan tapak kaki Nabi Muhammad SAW serta tiang yang terletak bersebelahan dengan makam Imam Shafie.

 
 
 

Lawatan berakhir dengan check in ke Hotel Mercure Cairo Le Sphinx. Jumpa lagi di entry akan datang.

As Salam.



Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

As Salam.

Selamat tinggal 2015 dengan seribu kenangan.

Selamat datang 2016 dengan harapan ianya menjadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

Sekian. 

Thursday, December 17, 2015

Umrah & Ziarah 2015 - Persediaan awal

As Salam.

Syukur Alhamdulillah.  MMD serta my beloved hubby akhirnya menetapkan tarikh untuk menunaikan umrah pada 02-16 Dec 2015 selepas beberapa perkara ditimbang tara. Antaranya:

1.  Waktu cuti sekolah
2.  Penjaga anak2 terutamanya Hazry
3.  Kewangan
4.  Pelepasan tugas2 di pejabat


Semasa MMD dalam usaha memilih travel agent mana untuk dipilih, MMD ada membuat shortlist tetapi akhirnya MMD telah memilih Andalusia Travel.  MMD hanya membuat bayaran booking sebanyak RM300 seorang melalui online banking dan sehari selepas itu, MMD telah menerima pengesahan tempahan.  Sangat cekap proses ini.

Pada awal hingga akhir Nov, MMD sudah 4 kali menghadiri kursus umrah di pejabat Andalusia di Shah Alam.  Paling dekat dengan Port Klang berbanding untuk pergi ke KL. MMD terus mengambil beg2 yang disediakan lebih awal agar tidak kecoh2 di waktu2 akhir.

Dalam masa yang sama, MMD pun pergi mengambil suntikan umrah di klinik yang berdekatan dengan rumah MMD.  Harganya RM135.00 seorang untuk 2 tahun.  Melalui teman2 yang sama pergi kursus, ada yang memberitahu dengan harga yang hampir sama di salah satu klinik berdekatan dengan pejabat Andalusia Shah Alam sah untuk 5 tahun.

Selain dari itu, 4 keping gambar berlatarbelakangkan warna putih juga mesti disediakan.  Untuk peserta wanita yang berumur lebih dari 45 tahun, tidak lagi perlu untuk mendapatkan pengesahan dari Pejabat Agama dan Putrajaya.  Selamat MMD dari proses ini.

Pada kali kedua menghadiri kursus umrah, MMD terus membuat bayaran penuh serta menyerahkan paspot (mesti sah laku 6 bulan sebelum tarikh tamat), buku suntikan meningitis serta gambar 4 keping.

Persediaan penting dari segi pakaian, MMD hanya membeli 2 pasang telekung sembahyang, sarung tangan, sarung kaki, sandal dan membawa beberapa helai pakaian je.  Untuk my beloved hubby pulak, 2 pasang kain ihram, selipar serta tali pinggang dan beberapa helai pakaian/Tshirt..  Barang2 lain adalah untuk keperluan harian seperti tuala, berus gigi.  Jangan lupa bawa penyangkut baju juga. Ada pakaian yang tak berusik/ tak dipakai pun.

Selain dari menghadiri kursus yang disediakan secara percuma oleh pihak travel agen, MMD & my beloved hubby juga ada membaca buku2 serta dari internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan lagi.

MMD dah pun kembali dari umrah/ziarah pada 16/12/15.  Entry seterusnya akan muncul.  Tunggu ye.

Sekian.  As Salam.


Selamat Kembali

As Salam

Dah hampir 3 minggu MMD tidak bersiaran.  Lupa pasal dunia buat sementara untuk lebih penghayatan dengan Yang Maha Esa.

MMD baru kembali dari menunaikan umrah bersama dengan my beloved hubby.

Nanti MMD update entry pasal ni.  Tunggu ye.

As Salam.

Thursday, November 26, 2015

Happy Birthday Hakim Halimy - 18th 21/11/2015

As Salam

Dah banyak hari tak update blog.  Dalam seminggu sebelum birthday Hakim, Lea duk membilang hari.  Macam tunggu birthday dia je.  Padahal birthday abangnya.

Okay..Happy birthday abang Hakim yang ke 18 pada 21/11/15.  Dah besar anak bujang MMD ni.  Tinggi?  Memang tinggi dari MMD.  Ikut saiz my beloved hubby ni.


Abang pun dah besar.  Tak terasa sangat nak potong2 kek ni.  So MMD ajak makan kat luar je.  Tak nak pergi jauh2.  Pergi ke Harbour Place kat Klang je.  Kat situ ada Subway, Restoran Ayam Penyet, Restoran Cina Muslim yang biasa kami sekeluarga pergi tu dan beberapa restoran lagi.  Mula2 MMD cadang ke Subway je.  Tapi my beloved hubby nak juga makan nasi.  Tu yang mencuba di Restoran Ayam Penyet.

Ni yang MMD order. Ayam goreng, ayam bakar, sup tulang, sayur kangkung dan gado-gado.



 Komen ikhlas dari Hakim.  Ni last makan kat sini.  Lebih baik makan ayam penyet kat kedai2/gerai2 biasa je.  Lagi sedap.  Sorry ye Restoran Ayam Penyet .  Mungkin tak berapa serasi dengan anak tekak kami sekeluarga.  Sup tawar kata Lea.  Budak berumur 8 tahun pun tahu komen.  hahahaha.

Lepas makan, terus masuk ke kedai D.I.Y.  My beloved hubby borong bekas2 plastik untuk letak ayam, ikan, daging bagai.  Nak letak dalam freezer yang dah dibelinya 2 bulan lepas. Harga pun tak mahal mana.  Habis juga RM100++ kat situ.

Akhir2 ni Lea duk berzikir kat telinga MMD nak mandi kat pool. Rancang nak bawak segala mak nenek pelampung bagai. Tiap malam sebelum tidur duk ingat2kan MMD.  Malangnya ibunya ni tengah sibuk sikit akhir2 ni.  Nanti ibu usahakan ye.

Weekend tu datang rajin MMD kat dapur.  Senyap sorang2 kat dapur.  Tung tang tung tang, tarraaaa, siap untuk makan.  Kek yang tak ikut mana2 resepi,  Kes campak2 je bahan2 yang ada kat dapur.  Walaupun begitu, lembut dan cair di dalam mulut.  Sedap kata my beloved hubby.


Sekian.  Jumpa lagi di lain siaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...