Tuesday, April 7, 2015

Penang - Day 1 - 04/04/15 (part 1)

As Salam

Last weekend MMD satu family + my Mem besar telah berangkat ke Penang.  MMD singgah dulu tidur sepelaung di rumah my youngest sister, Adik Nurul di Cheras Hartamas.  Lagipun menjemput my Mem besar sekali. Nak sampai ke rumahnya punyalah pusing sampai Sri Kembangan etc etc sebab laluan  terakhir utk ke Cheras Hartamas tutup selepas 10mlm untuk kerja2 pembinaan kat area situ.  Dah tak jauh dah.  Kami yang memang tak familiar ni, ikut je la jalan2 dari Taman Len Sen tu hingga sampai ke mana2.  Last2 keluar kat simpang ke Batu 11 Cheras yang tak jauh pulak dari rumah my another sister.  Tempuh pulak jem arah ke KL dan akhirnya sampai di Cheras Hartamas lebih kurang 1am.  MMD bertolak dari Port Klang dlm pukul 10mlm.

Target untuk sampai ke Jambatan Penang dlm pukul 9am pada keesokkan harinya dan MMD bertolak dari Cheras Hartamas pukul 4am. Berhenti rehat dan solat Subuh di R&R Tapah dan breakfast di Pak Tam. MMD, my beloved hubby dan my Mem besar pekena roti bakar.  Hakim makan mee hoon sup pagi2 buta.  Dia mana boleh kosong perutnya. Lea dan Hazry kat dalam kereta. Dah start merasa GST...hehehehe.
 
 
 

Singgah lagi kat R&R Bukit Gantang Utara.  My beloved hubby dah terasa mengantuk.  Pergi basuh2 muka & kepala.

 


Target tercapai bila pukul 9am dah menghala/menaiki Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang merupakan jambatan ke dua untuk ke Pulau Pinang.  Tak banyak kenderaan pun pada masa tu. Pandu perlahan2 sambil menikmati panorama di jambatan.

 
 
 
 


Kalau ikut2 plan mengejut yang MMD buat, ingatkan nak ronda2 dulu cari tempat2 lawatan di Penang sebelum check in hotel.  Dah asyik terlepas2 jalan2nya, tiba2 dah sampai ke hotel.  MMD booked online 1 bilik family dan lepas tu MMD called hotel untuk tambah 1 bilik lagi bila my Mem besar jadi untuk ikut sekali. Bila dah tiba kat hotel, MMD ada minta untuk dapatkan bilik yang berhadapan satu sama lain, senang untuk keluar masuk tengok anak2.  MMD diberi pilihan untuk memilih dan akhirnya MMD ambil bilik2 di tingkat 2 je.  Salah satunya bilik yang khas di buat untuk OKU.  Bukan Hazry yang tidur di situ, tapi MMD dengan my beloved hubby ambil bilik tu.

MMD stay di Hotel Continental.  No. 5, Jalan Penang, 10200 Penang.  Bilik2nya luas dan bersih.  Hanya internet je yang kena bayar kalau nak guna. MMD tak tanya pulak berapa rate nya. Harga bilik siap dengan breakfast untuk 6 orang.

Ini famlily room for 4 pax.
 
 

Ini superior room with OKU facility especially kat bilik airnya.
 
 


MMD dengan my beloved hubby turun semula berjalan kaki ke Lebuh Chulia yang tak berapa jauh dari hotel untuk check rate untuk a day tour.  Kebanyakannya rate antara RM50-RM60 sejam dan minimanya 5 jam dengan van.  Rasa tak berbaloi pulak. My beloved hubby pun decide yang kita akan pusing2 je mana2 jalan, kalau jumpa tempat2 menarik, kita singgah.  Itupun kalau jumpa la.

 
Get ready untuk ronda2 sementara tunggu my beloved hubby bawak kereta turun dari parking lot kat
bangunan atas.  Dari lobby untuk naik ke parking lot, kena naik tangga sikit. Leceh nak dukung dan pikul wheelchair Hazry.  Tangganya sempit je. Lebih baik tunggu je kat lobby.

Boleh tahan sesat juga mencari tempat2 menarik kat Penang ni.  Maklumlah, kebanyakkannya di antara kedai2 dan boleh terlepas pandang begitu saja.  Kalau betul2 nak explore Penang ni, lebih baik dengan berjalan kaki atau berbasikal.  Kalau dengan kereta, harus kena hon oleh pemandu lain jika kita drive slow, lagipun, jalan2 kecil dan sesak.

Antara tempat yang berada dalam list MMD ialah Rumah Agam Syed Al Atas, Muzium Islam Pulau Pinang, Cheong Fatt Tze Mansion (yang ni sebenarnya belakang hotel je, tapi tak juga pergi bcoz ada waktu2 tertentu je untuk lawatan, 11am, 1noon, 3pm gitu kalau tak silap MMD), Suffolk House (ni kat Ayer Itam, jauh pulak nak ke sana), Cheah Kongsi, Khoo Kongsi. Sebenarnya, satupun MMD tak jumpa.  Tambah lagi dengan my beloved hubby yang dah kepenatan.  MMD tak berani nak drive tengah2 bandar yang sibuk macam ni.

Dalam dok drive sederhana perlahan tu, ternampak signboard Nasi Kandar Line Clear (NKLC).  Cepat2 MMD suruh my beloved hubby park kereta di tempat parking berbayar di hadapan kedai ni.  Lintas jalan dan wahhhhhhh, MMD ingatkan restoran, rupa2nya di lorong je. Agak ramai juga pelanggan masa tu.  Maklumlah dah dekat 3pm. Ini kali pertama MMD jumpa NKLC ni sepanjang 4 kali MMD ke Penang. Ambil meja yang agak ke belakang sikit.  Tak ada orang kat situ.  Terus pergi ambil makanan. MMD makan  seketul ayam dan 2 sayur, my Mem besar ambil  ikan dan sayur, Hakim ambil udang besar seekor dan my beloved hubby ambil telur ikan, sotong dan sayur.  Kepala ikan besar gedabak.

 
 
 

Apa yang MMD perhatikan, nasinya agak kembang tapi tak pecah.  Lembut pun ye jugak.  Memang sedap di tekak MMD sekeluarga. Makan sampai licin. Masa nak balik, MMD beli FM kat gerai depan tu. 4 keping untuk RM10.  Mintak 5 keping tak dibaginya.

 


Keluar dari NKLC, berjalan2 ke Pasar Chowrasta nak beli jeruk.  Borong jeruk di outlet Jeruk Madu Pak Ali.  Masa nak bayar baru tahu yang tokey outlet tu Cina.  Ehmmmm.  Sebelahnya Jeruk Pak Nasir.  Menyesal pulak.

Sementara my beloved hubby pergi ambil kereta, MMD cuci2 mata di deretan kedai pakaian tak jauh dari situ.  Sempat beli beberapa helai T-shirt. Lea ambil kesempatan guna public phone.  Tak pernah dia pegang pun sebelum ni.  Rare item gitu padanya.


Masa nak balik ke hotel tu pun boleh sesat.  Adalah juga dalam 1 jam jugak bercampur dengan jem sana sini.  Sampai hotel, semuanya tidur kecuali Lea yang tak sabar nak ke swimming pool.  Dalam pukul 6pm, Lea dan MMD je yang turun ke pool di tingkat 6.  Tak ramai orang masa tu. Ada satu family mat saleh dan juga beberapa orang anak muda India.  Lepas hajat Lea untuk pakai dan mandi dengan baju mandi hasil belian dari Bandung hari tu.

 

Pandangan dari tingkat 6 hotel.  Padatttttt.

Jumpa lagi di entry akan datang.  Acara makan besar sangat2.

As Salam.


Wednesday, April 1, 2015

Bertukar kaki

As Salam

Baru balik dari Bandung, my beloved hubby buat perangai pulak.... Bukannya buat perangai jahat tau. Dia dah sibuk2 merungut pasal kereta bunyi agak kuat masa enjin dihidupkan. Maka dengan gigihnya kami berdua ke kedai ekzos yang tak jauh dari rumah.  Dalam 3-5km jugak la....

 


Maka hasil dari pemeriksaan tersebut, tengoklah apa yang telah membuatkan enjin kereta berbunyi agak kuat.  Ehmmmm....dawai2 halus yang berada di luar sebahagian paip ekzos dah reput dan tercabut pun.  Bocor katanya. Patutlah...Lepas nego dengan tokey kedai, terkeluarlah RM135.00 pada pagi tu.  Ok.  Selesai kes.

My beloved hubby tak puas hati lagi....Banyak betul kerenahnya hari tu....


MMD diajak ke Jalan Kapar, Klang.  Rasa2 dah boleh agak kalau ke arah sana.  Mesti nak cari kaki baru.  Memang betul pun tekaan MMD.  Singgah di kedai tayar yang pertama.  Tak banyak pilihan yang berkenan di hati.  Cabut dari situ.

Singgah pulak ke kedai yang kedua ni.  Sebelum ni pun ada tukar tayar kat sini juga.  Harga dan service nya pun ok.  My beloved hubby nak tukar cepat2 sebab tayar pun dah nak botak serta rimnya bengkok masa accident balik raya tahun lepas.  Walaupun kedai dah repair/masak balik rim sebijik tu, my beloved hubby rasa tak sedap hati untuk pakai lama2.

Yang keduanya ialah sebelum GST muncul.  Tayar & rim pun kena GST.  Lebih baik tukar cepat2.  Jimat sikit duit.


 
 


Lepas nego untuk trade in rim dan beli tayar & rim baru & service sana sini, terbang lagi RM2100.00 dengan riang gembiranya.  Gembiranya sebab rim dah dapat yang berkilat.  Silau mata MMD...hahahaha.

Kereta MMD dah pun bertukar kaki.  Ni nak pergi jalan jauh sikit.  Weekend ni nak ke Penang.  Dah pergi ke Penang 3D Art Museum? 

As Salam.


Monday, March 30, 2015

10 Tips paling top untuk lawatan ke Bandung

As Salam


Cantik tak pemandangan di ladang teh dalam perjalanan dari Kawah Putih.  Dah pun jadi wallpaper laptop MMD.

Ingatkan entry terakhir untuk Bandung ni berakhir di  sini.  Tapi sebagai ingatan kepada MMD dan juga kepada bakal2 pelancung ke Bandung atau ke mana2 saja di dunia ni, MMD perturunkan tips2 mudah sebagai garis panduan bersama.

1)  Tiket
Bandingkan harga antara  kebanyakan airlines yang ada.  Biasanya Air Asia yang selalu menawarkan tiket2 murah ni.  Tapi kenalah plan awal2.  Sepanjang pengetahuan MMD, musim cuti sekolah serta weekend adalah harga yang selalunya mahal.  Sebab itulah MMD pilih untuk bercuti pada off peak contohnya pada bulan Feb.  Dah 2 tahun berturut2 MMD enjoy the free seat dari Air Asia. Kena sanggup menunggulah sekurang2nya setahun booking hehehe.

2)  Hotel
Banyak pilihan untuk membandingkan harga.  Selain dari Trivago, MMD dah terbiasa menggunakan web www.hotelscombined.com.  Pilihan hendaklah berdasarkan kepadaharga,  bilangan orang yang akan tinggal dengan kita dan juga jarak dengan tempat2 menarik untuk dikunjungi nanti.

3)  Pengangkutan untuk ke tempat lawatan
MMD lebih suka untuk menempah lebih awal agar kita dapat plan untuk ke tempat2 menarik tanpa tertinggal mana2 tempat pun.  Pun boleh mendapat pandangan dari agen pengangkutan untuk mengemaskinikan senarai tempat lawatan kerana mereka lebih arif di tempat mereka.  Dengan cara ni, kita dapat menjimatkan masa, minyak, tenaga dan juga elakkan dari bertengkar dengan pasangan atau kawan2 kita jika kita memilih memandu sendiri yang mana kita terkial2 mencari tempat tujuan.

Menurut teman2 blogger, kalau ke Korea, mungkin kita boleh jalan2 sendiri dengan menggunakan pengangkutan awam kerana perkhidmatan mereka sangat cekap dan cepat.  Lebih sesuai rasanya jika pergi cara solo atau berkumpulan.  Tetapi untuk kes MMD yang mempunyai anak istimewa dengan kerusi roda, menempah dengan agen pengangkutan adalah pilihan terbaik.

4)  Beg
Kalau ke Bandung tanpa bershopping rasanya sangat2lah rugi.  Jadi untuk memaksimakan hasil tuaian, MMD mencadangkan membawa pakaian yang minima saja.  Pastikan isikan beg ke dalam beg.  Maksud MMD, biar beg tu beranak masa nak balik.  Jimat duit dari membeli beg baru.

Setakat lawatan ke tempat2 di Malaysia atau negara jiran, pada hari keberangkatan tu MMD pastikan semuanya membawa beg yang disandang di belakang saja.  Cepat dan mudah. Lagipun, pakaian yang dibawa adalah sedikit saja.

Waktu nak balik semula ke Malaysia, biasanya MMD akan isikan pakaian kotor di dalam beg besar dan drop luggage masa check in.  Beg2 yang berisi dengan hasil tuaian dibawa secara hand luggage.  Nampak dimata gitu.  Kalau drop in luggage hilang atau lewat sampai pun tak terasa sangat kehilangannya.

5)  Pakaian yang sesuai
Ni sangat2 penting juga.  Kalau pegi Korea musim sejuk, jangan pulak banyak bawak singlet.  Sejuk ke tulang hitam la.. Sesuaikan pakaian dengan tempat yang yang dituju.  Kalau setakat Bandung tu, pakai biasa2 je sudah.  Yang penting selesa.

6)  Tips
Kat Indonesia, budaya memberi tips adalah sesuatu yang biasa.  Kalau orang dah tolong2 angkat barang2 kita, rajin2lah  bagi tips.  Sikit pun tak apa.  Lagipun nilai matawang kita besar.  Kalau setakat Rp2K tu apalah sangat.  Bersedekah dan beramal jariah tanpa kita sedari.

7)  Jauhi dari diganggu oleh peniaga jalanan
Alhamdulillah, MMD tidak mengalami kes yang teruk.  Mungkin disebabkan my beloved hubby tu bersaiz besar, mereka takut untuk dekati MMD.  Jika adapun, MMD akan tolak dengan cara baik dengan ucapan "terima kasih" pada mereka.

8)  Tawar menawar
Jika berkenan dengan sesuatu barangan, tawarlah dengan harga yang bersesuaian.  MMD start dengan 70-50%.  Kalau tak ngam, ucapkan saja terima kasih dan berlalu.  Mungkin ditempat jualan lain ada rezeki kita dan mereka.

9)  Airport tax
Selain buku merah (passport), airport tax mestikan diasingkan awal2 agar tidak terbelanja secara tidak sengaja. Manalah tau, kot2 terpakai duit untuk bayar airport tax, tak pasal2 kena meminjam dengan kawan2 pulak.  Jangan susahkan orang lain kerana mereka juga ada budget mereka sendiri kecualilah kawan2 tu ada duit berkepok2 dan tak shopping apa2 pun.

10)  Cara lepasi pemeriksaan kastam
Kalau dah ke negara orang dan tujuan utamanya adalah bershopping selain dari lawatan ke tempat2 menarik, sudah tentu hasil tuaian banyak gila kan? Cara yang MMD buat adalah letakkan bagasi di dalam troley yang berasingan sebelum sampai ke check point Kastam.  Tak nampak banyak sangat barang yang dibawa balik.  Alhamdulillah, cara ni menjadi kepada MMD sekeluarga setakat ni.

Entry ni kena baca lagi semula pada Feb 2016.  Dah book tiket untuk melancung.  Free seat dari Air Asia lagi.  Bayar airport tax je pergi dan balik.

As Salam.




CCM - Bandung - Buminanienie Family Guest House & My Guest House

As Salam

Okay, hari ni MMD nak cerita pasal Bandung buat terakhir sekali bagi tahun ni.  Selama 5 hari 4 malam, MMD tinggal di guesthouse di atas dari 25/02/15  hingga 01/03/15.

1)  BuminaNieNie:-
Alamat:  15 Wira Angun Angun Street, Riau, Bandung, Indonesia 40115

 
 


 

Pada pendapat MMD, sangat2 sesuai dengan keluarga MMD.  Very private gitu.  Mungkin kebetulan masa MMD checked in tak ada tetamu lain di tingkat atas.  Kat bawah memang ada tetamu.  Ruang rehat yang teramat besar dan cozy sekiranya memilih VIP Family Room. Selain katil besar, ada juga disediakan katil single.  MMD juga meminta tilam tambahan.  Tilam besar disediakan.  Sarapan dihantar terus di tingkat 1.  Boleh makan dengan selesa tanpa sibuk dengan tetamu lain. Sangat dekat dengan beberapa factory outlet di Jalan Riau. Ada juga restoran dihadapan dan juga tak jauh dari guesthouse ni. Kiranya tak mati kelaparanlah jika tinggal kat sini.

Walaupun ada kemudahan wifi, ianya agak slow.  Nasib baik MMD ada beli data lain. Pilihan makanannya memang terhad, bergantung kepada apa yang dimasak pada hari tersebut. Konsep home cook gitu.  Yang sempat MMD makan kat sini adalah lontong dan juga nasi kuning. Almari yang ada di dalam bilik VIP room berkunci dan tiada kemudahan untuk menyimpan beg2.  Nasib baik bilik airnya besar dan dapatlah kami gantungkan pakaian2 kotor kat situ.

Guesthouse ni juga ada menyediakan kemudahan pengangkutan.  MMD pun menggunakan pak supir dari guesthouse ni juga. Supir bertugas semasa MMD di Bandung ialah Pak Dedi.  Nak personal contact nbr?  Ni dia....006285721602375.

2)  My  Guest House:-
Alamat:  Maulana Yusuf 3, Bandung

 
 
 
 


Pada hari ke 4, MMD berpindah ke guest house ni.  Lebih kurang 100m je dari guesthouse yang pertama yang masih di bawah pengurusan yang sama.  Masih memilih family room.  Bilik utama yang bersambung dengan bilik kedua.  Memang besar sangat2.  Bilik kedua juga mempunyai excess keluar terus ke beranda luar.  Ruang lobi juga besar.  Kat sini, selain sarapan roti & minuman teh/kopi, pihak BuminaNieNie juga menghantar sarapan pagi untuk MMD iaitu bubur.  Sedap juga buburnya.

MMD hanya berjalan kaki je ke Pasar Gasibu dari guest house ni.  Tempat jualan bermula tak jauh dari guest house hinggalah ke Pasar Gasibu.  Jadi tak terasa penat kerana boleh tengok2 dan survey2 dulu sepanjang perjalanan tu.

Itu saja ceritera MMD sepanjang berada di tanah Indonesia iaitu Bandung.  Boleh survey2 harga penginapan ni di Agoda.com or Booking.com.  MMD bernasib baik kerana penginapan serta kenderaan disediakan dan disponsor oleh client MMD yang berada di Jakarta.  Kalau tak, harus kena standby RM2-3K juga la...

Semoga pengalaman MMD sekeluarga ni boleh dijadikan panduan untuk pembaca di blog kecil MMD ni.  Ada ke yang datang baca ekkk?

Sekian, As Salam.




Tuesday, March 24, 2015

CCM - Pasar Gasibu, kartika Sari & Hari Terakhir di Bandung - Day 5 (01/03/15)

As Salam

Hari ni bangun dan bersiap2 untuk ke Pasar Gasibu seawal 5.00am waktu Indonesia.  Pasar yang dibuka pada pukul 6am hingga tengahari pada setiap hari Ahad sahaja.  Dengan hanya berjalan kaki dari guesthouse, MMD melalui Gedung Sate dan juga padang yang ramai orang2 Bandung bersukan dan beriadah.  Ada senamrobik dan poco2 lagi.  Kena lintas jalan dan haaaaa, ni dia pasar tu.  Macam pasar pagi di Shah Alam tu la...

 
 
 
 


Macam2 ada dijual kat sini.  MMD banyak window shopping je.  Tak tahu apa lagi nak dibeli.  Oh ya...MMD ada beli telekung Frozen, seluar Frozen dan juga bantal leher Hello Kitty  untuk Lea.  Bantal tu dah diminta sejak dari hari kedua berada di Bandung.


Balik semula ke guesthouse, anak2 masih tidur lagi.  Re-pack semua barang2, anak2 mandi dan check-out.  Tempat yang tak boleh terlepas dari itinerary di Bandung ialah membeli ole2 dari kedai Kartika Sari.

 
 
 


Pak Dedi bawa kami ke kilang/kedai Kartika Sari. Laluan masuk dan keluar untuk ke jalan utama sempit sangat2.  Muat untuk  1 kenderaan saja. MMD ada beli brownies, kek gulung mixed, pisang salai.  Masih ada lagi lebihan duit Rupiah dan MMD habiskan kat situ juga dengan membeli brownies untuk makan di airport nanti.

Pukul 1.30tgh MMD dah berada di airport.  Flight pukul 4.50pm. Sesampai saja kat depan, terus staff Airasia bawak MMD untuk scan  barang2 dan wrapping 1 beg besar.  Beg tu hanya berisi pakaian kotor. Sekarang jumlah bag dan plastik berisi brownies dah menjadi 9 beg.  Ingat lagi.....MMD hanya bawak 4 beg pada asalnya.

Ada sorang staff Airasia ni sangat prihatin, MMD dan anak2 disuruh tunggu je dan berehat sementara kaunter untuk check in dibuka. Dia yang bawa beg utk drop in luggage serta dokumen2 MMD untuk check in, MMD hanya tunggu je kat tepi untuk ambil yang siap. Dia ada bagitahu mulai 01/03/15, airport tax bergantung kepada sistem, ada yang kena bayar ada yang tak perlu..  MMD masih juga standby Rp75K seorang tapi diberitahu yang MMD tak perlu bayar.  Alhamdulillah....Hairan juga masa mula2 nak datang Bandung, kepoh nak suruh bayar.  Tak pe la...dah rezeki.


Hazry tengah gigih menunggu MMD sediakan bubur segera untuknya.


Hazry dan my beloved hubby melalui laluan bawah yang diuruskan semuanya oleh petugas yang sama tadi. MMD, Lea dan Hakim melalui pemeriksaan imigresen biasa dan menaiki ke tingkat satu untuk ke departure hall.  Penuh rakyat kat dalam tu.  Siap duduk di tepi2 dinding lagi.  Kerusi dah penuh.  MMD sempat melelapkan mata sekejap.  Pukul 5:00pm, kami semua turun untuk naik flight. Hazry dan my beloved hubby dah pun berada di dalam flight semasa MMD masuk.


Cuaca baik dan indah sekali ciptaanMu ya Allah.

Alhamdulillah selamat sampai ke KLIA2 dan akhirnya MMD sampai ke rumah pukul 11.30malam.  Campak je barang2 kat tepi, makanan simpan dalam peti ais dan get ready untuk tidur.  Esok kerja ooooo.

Ini MMD belanja salah satu hasil tuaian dari Kartika Sari.


Sekianlah percutian MMD sekeluarga di Bandung.

Jumpa lagi di lain entry iaitu mengenai guesthouse yang MMD stay semasa di Bandung.

As Salam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...