Friday, February 6, 2015

Kahwin bertingket-tingket

As Salam

Hari ni MMD rasa badan tak berapa sihat.  Actually, sejak dari semalam pun, tapi malas nak gi ambil MC.  Kalau ada MC pun, kiranya memang sakit kuat sangat hingga tak dapat bangun barulah ke klinik. Selama MMD bekerja di syarikat sekarang ni, boleh kira dengan jari je berapa kali MMD ada submit MC ke HQ selama 10 tahun ni.  Boleh dapat anugerah MC tersikit.  Hahahaha.

Kerja pun kurang hari ni.  Tak seperti biasa, kalau hari Isnin, Jumaat, sehari sebelum atau selepas cuti, memang kerja banyak gila.  Macam tahu2 je yang empunya badan tak berapa nak sihat.  Jadi MMD pun curi tulang la sikit ni.  Saje2 nak update beberapa wedding yang MMD attend baru2 ni.  Ada juga yang akhir tahun lepas.


Bermula dengan majlis akad nikah dan kenduri kahwin anak saudara sebelah my beloved hubby.  Tahniah untuk Shahril dan Nurul Hana.  Majlis akad nikah dan sanding di sebelah malamnya dibuat di tempat yang sama di Shah Alam dan majlis sambut menantu di Klang.









Lea seolah memakai bunga di kepalanya.  Yang sebenarnya adalah bunga manggar untuk budak2 yang di penuhi dengan gula2.

Next wedding adalah anak lelaki kepada big boss MMD tempat MMD kerja. Majlis di buat di 2 tempat, iaitu di dewan di taman perumahannya di Ara Hill, Ara Damansara dan juga di hotel.  MMD di jemput untuk kedua2 majlis tersebut. Tahniah untuk Eugene dan Su Ying.


Hidangannya pun sedap.  Siap ada kambing panggang lagi.  MMD tak makan kambing, hanya my beloved hubby je yang bedal.  hehehe.

Untuk majlis di The Royale Chulan Hotel, Damansara,  hanya ada 2 couple Malay je yang di hadir iaitu MMD dengan my beloved hubby serta ex staff serta hubbynya.  Ex staff tu memang dah banyak tahun juga la bekerja di HQ.  Makanan pun sedap2.  Tapi yang paling best bila my beloved hubby tolong habiskan ikan stim.  Tengok tu, siap makan dengan tangan lagi.

 



Wedding seterusnya jiran kat rumah MMD yang diadakan di Crystal Crown Hotel, Port Klang.  Banyak pilihan makanan dan MMD tak sempat nak ambil gambar, semua dah masuk perut. Cantik pelaminnya.


Lea nak pakai baju santai2 je.  Ikut je la...

Paling terbaru, MMD hadiri majlis kahwin anak Dato Kumar, salah sebuah syarikat yang provide logistic service kepada syarikat MMD, diadakan di Midlands Convention Centre di Shah Alam.  MMD serta hubby duduk di meja bersama2 dengan kenalan Kastam.  My beloved hubby kata, sedap juga makanannya, tapi pada MMD biasa2 je.  Masakan bertemakan India, tapi yang penting halal.  Lagipun, perutnya lapar sangat2, majlis start agak lewat.


Sekian dulu cerita nikah dan kahwin.  Cerita kahwin adik bungsu MMD pun belum up lagi.

As Salam.

Wednesday, February 4, 2015

Voucher dan kasut merah

As Salam.

Baru2 ni  MMD telah menghadiri jamuan makan malam yang diadakan di perkarangan office MMD di Glenmarie, Shah Alam.  Macam tahun2 sebelum ni, MMD kurang bernasib baik.  Cabutan bertuah selalu tak singgah ke nombor MMD.  Actually, hanya selang satu nombor je untuk mengena grand prize.  Yang naik 8874.



Walaubagaimanapun, dengan collection yang diperolehi dari suppliers/vendors, cash voucher dapat disediakan kepada semua peringkat kakitangan yang hadir pada malam tu, dari kerani sampailah ke peringkat pengurusan.  Oh ya, MMD menang satu acara permainan...dapatlah alas kaki sekeping.

Kebetulan pada cuti Hari Thaipusam semalam ni  MMD tak kemana2 pun.  Petang tu MMD sekeluarga pun menapak ke AEON Bukit Tinggi.  Dapatlah sepasang si merah ni.  Hanya tambah RM9.00 je.  Yang lain bayar dengan voucher.  Hehehehe.  Jimat sangat2.



Bukan MMD je yang dapat kasut.  Malah Lea dan Hakim pun dapat sepasang sorang.  Lebur kat situuuuu.  Rezeki anak2.

As Salam.




Monday, February 2, 2015

Si cilik bertugas

As Salam

Selamat kembali ke sekolah.  Mungkin tidak terlalu lewat untuk MMD ucapkan kepada  semua anak2 yang bersekolah pada 2015 ni.  Semoga memperolehi pencapaian yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Hazry sudah tamat tempoh untuk berada di sekolah rendah bagi pelajar OKU.  Ahamdulillah walaupun Hazry tidak layak untuk ke sekolah menengah.  MMD pun belum berkeputusan rasmi samada untuk menghantar Hazry ke PDK semula.  Maklumlah, ibu atau bapa mesti berada bersama dengan Hazry jika di PDK.  Tidak seperti di sekolah di mana anak2 OKU di tinggalkan di kelas masing2.  Agak susah sedikit bagi MMD untuk setiap hari berada di PDK.  Lagipun sedikit sebanyak ilmu semasa menghantar Hazry di PDK beberapa tahun yang lalu masih dipraktikkan di rumah.

Okay. Tahun ni hanya Lea yang bersekolah.  Pakaian serta kelengkapannya dah MMD siapkan lebih awal lagi iaitu sebaik sahaja sekolah tahun lepas tamat pada bulan Nov 2014.  Terus MMD redah Giant dan Tesco di Bandar Bukit Tinggi.  Senang, tak jauh dari rumah pun.


Baju sekolah agama masih lagi sama seperti tahun lepas.  Hanya dibeli saiz besar sikit.  Maklumlah, badan Lea pun dah naik.  Dengan keputusan yang agak baik tahun lepas, Lea dapat meneruskan pelajarannya ke kelas terbaik, 2 Imam Syafie.  Pagi2 dah siap sedia dan MMD serta my beloved hubby pun ikut sekali untuk menghantarnya ke sekolah di Kampung Idaman.  5-10min je dari rumah.  Tujuan asal adalah untuk membayar yuran sekolah tapi pihak sekolah tangguhkan ke waktu balik dari sekolah.




Sempat juga MMD melihat acara pertama di sekolahnya.  Sebaik saja masuk kelas pertamanya, Ustazah bagi arahan untuk membaca/menghafal surah2 ringkas Al Quran.  Alhamdulillah. Lepas tu MMD pun balik dulu.  Oh ya.  MMD bercuti..kih kih kih.

Dalam pukul 11pagi pada 12/01/15, MMD ke sekolah semula untuk bayaran yuran dan sebagainya.  Tahun ni, sekolah dibuka lewat kerana masalah banjir di kebanyakan negeri di Pantai Timur, Perak serta Johor yang berlaku sejak Dec 2014 lagi.  Sedih juga melihat keadaan rumah dan mangsa banjir tu.  Memang teruk kemusnahannya.  Tabahlah wahai insan2.

Untuk sekolah kebangsaan, Lea di sesi petang.  Lepas baik dari sekolah agama, kena bersiap2 pulak untuk ke Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, di Bandar Bukit Tinggi, Klang. Tahun ni seragam bertukar ke warna biru kerana Lea dilantik sebagai pengawas sekolah.  Jadi baju2 sekolah putih yang tahun lepas di simpan je dulu dalam almari.  Semua baju baru tahun ni.



MMD dan my beloved hubby juga ikut sekali ke sekolah Lea.  Bayaran yuran2 dibuat di bilik guru je.  Tidak seperti tahun lepas di mana cikgu berada di meja masing2 mengikut kelas di dewan.  Nasib baik tak ramai lagi yang beratur, jadi cepatlah juga urusan bayaran yurannya.

Tahniah juga buat Lea kerana berjaya ke kelas terbaik tahun 2 iaitu kelas 2 BERLIAN dan satu2 pengawas perempuan di tahun 2.

Tugas pertama Lea sebagai pengawas ialah menghantar adik2 kelas 1 ke kelas masing2.  Selamat menjalankan tugas dengan sempurna dan berdedikasi yea Lea sayang....





Tak lama lepas tu, MMD serta my beloved hubby pulang je.  Tak perlu nak tunggu2 pun.  Lea pun tak suka kami tunggu dia.  Masa Lea tahun 1 pun, kami tak pernah tunggu di sekolah.  Siap urusan bayaran yuran, terus balik ke rumah.

Seronok mendengar ceritanya tentang hari pertama di sekolah serta bertugas sebagai pengawas di tahun 2015 ni masa Lea balik dari sekolah petangnya.

Kerana kekurangan pengawas di sesi petang, pihak sekolah telah menambah pelantikan pengawas baru.

Semoga jumpa lagi di entry akan datang.

As Salam.

Saturday, January 3, 2015

Cara memohon paspot antarabangsa

As Salam.

Selamat tahun baru 2015 MMD ucapkan kepada rakan2 yang singgah di blog kecil MMD ni.  Sempena cuti tahun baru, MMD terus ambil cuti hingga 05/01/15.  Hari Selasa je nanti MMD masuk opis.

Alang2 bercuti, memang tak kemana2 pun.  Selain menghabiskan cuti tahunan MMD yang masih kena carry forward hingga tahun ni, MMD ambil kesempatan juga untuk pergi ke Jabatan Imigresen di Port Klang untuk memohon paspot untuk MMD sekeluarga.

Sampai ke Jab Imigresen dalam pukul 9.30am, selepas ambil nombor serta mengisi borang untuk semua ahli keluarga, MMD dapat nombor 1131-1135.  Hazry dan Hakim menunggu di bawah kerana tiada lif untuk ke tingkat 1. Sementara MMD, my beloved hubby dan Lea saja yang naik.  Pegawai yang memberi nombor pada MMD ada pesan untuk bagitahu ada permohonan dari OKU jika sampai di tingkat 1.

Borang yang kena isi tersangat simple,  Kertas A4 yang di potong 4.  Informasi yang perlu hanyalah nama, I/C atau nombor sijil kelahiran, alamat, nbr untuk dihubungi serta ketinggian. Kat dinding disediakan tali pengukur.

Bagi anak2 yang berumur 18 tahun ke bawah, ibu atau bapa atau penjaga mestilah melampirkan salinan I/C pada setiap salinan I/C dan surat beranak anak2.  Ibu atau bapa atau penjaga yang akan menandatangani borang semasa proses permohonan nanti.  Jadi pastikan siap2 buat salinan sebelum sampai ke Imigresen untuk menjimatkan masa.

Kosnya berapa?  RM100 untuk 2 tahun, RM300 untuk 5 tahun. RM80 untuk kanak2 bawah 12 tahun.  Bagi OKU, yeah....PERCUMA.  Untuk Hazry, alang2 dah percuma, terus pegawai tu buat untuk 5 tahun.

MMD ucapkan berbanyak terima kasih pada pegawai di kaunter 6 iaitu Cik Siti Nuraishah kerana sudi memproses kesemua permohonan MMD sekeluarga.  Pada asalnya, nbr giliran MMD jatuh pada sebelah petang kerana hari Jumaat, jumlah yang akan proses hanya 120 nbr sahaja.  Apabila MMD bagitahu yg MMD ada OKU dan pegawai yang memberi nbr tadi tak ada pulak bagitahu kena dtg waktu petang, terus beliau meminta kebenaran dari pegawai atasannya untuk memproses.

Pada awalnya, beliau berjanji akan memproses borang Hazry dan juga MMD sahaja.  Selepas MMD di ambil gambar, giliran Hazry pulak.  Sementara tu beliau ada menyuruh MMD ambil gambar Hazry di kedai yang ada mesin gambar segera sekiranya MMD tak boleh membawa Hazry naik.  Dah 5 kali cuba untuk ambil instant photo, masih lagi tak sesuai gambarnya kerana timer mesin tu sukar untuk detect Hazry samada dah sedia atau belum.

MMD pun menyuruh abang Hakim mendukung Hazry naik ke tingkat 1.  Kesian Hakim.  Hazry pun berat juga.  Bila MMD bagitahu yang kami gagal untuk ambil gambar Hazry, pegawai tu cuba untuk mengambil gambar Hazry dari kamera di depannya.  Oh ya...kalau baju berkolar putih, kena pakai kot yang disediakan di situ.    Jenuh juga untuk memastikan Hazry diam.  Banyak kali juga cubaaan mengambil gambarnya.  Akhirnya berjaya juga walaupun Hazry terbuka mulut dan nampak gigi2nya dan mukanya tak berada di tengah2 frame gambar.



Siap Hazry dan MMD.  Pegawai tu bagitahu yang dia akan proses untuk 2 anak2 MMD je lagi.  Okay, MMD terima cadangannya.  Selepas Lea siap, Hakim pulak.  Terima kasih lagi MMD ucapkan pada beliau kerana sudi untuk terus proses untuk my beloved hubby.  Alhamdulillah.  Selesai urusan permohonan.  Tunggu giliran untuk dipanggil untuk buat bayaran di kaunter 8.  Selesai sahaja pembayaran, MMD diberikan resit bayaran untuk diletakkan ke dalam tray selepas 1 jam dari waktu pembayaran di buat. Masa tu dah hampir 11pagi.


Kebetulan juga, sistem imigresen OFF LINE.  Announcement di buat samada untuk menunggu atau datang semula selepas waktu rehat.  MMD pun tunggu lah sementara kat situ.  Kalau dah pukul 12.15tghari masih tak Okay, then MMD decide untuk balik dulu. Hampir 12 tghari, sistem dah Okay.

Untuk mengambil paspot, semua pemohon kena berada di kaunter untuk tandatangan dan cap cari.  Untuk anak2, ibu atau bapa atau penjaga mesti ada bersama2.

Alhamdulillah...semua dah selesai dan dapat paspot masing2.  MMD sebenarnya memperbaharui paspot, my beloved hubby buat gantian kerana yang lama dah hilang bertahun lamanya, melainkan untuk anak2 semuanya permohonan kali pertama.

Semoga perkongsian di atas memberi manafaat kepada sesiapa yang pertama kali membuat permohonan mendapatkan paspot.

As Salam.


Sunday, December 28, 2014

Ipoh , kami mai ni.. 26-27/12/14

As Salam

Terperam lagi entry2 lain dari MMD.  Memang sibuk memanjang akhir2 ni.  Entah yang ke berapa kali berjanji pada diri sendiri untuk update aktiviti harian di blog kecil MMD ni, tapi asyik tertangguh je dek kerana jadual yang amat padat.

Tujuan ke Ipoh bukanlah urusan bercuti yang betul2 dirancang oleh MMD.  Ini sebenarnya adalah atas pelawaan/jemputan sepupu my beloved hubby untuk meraikan majlis perkahwinan anak perempuannya di Gopeng.

Dah alang2 nak ke Gopeng, MMD pun booked lah hotel melalui Agoda.com.  Stay for 1 night je.  Bertolak dari Port Klang dalam pukul 9.30am pada 26/12/14 selepas Hakim ke tempat kerjanya.  Oh ya...abang Hakim tak ikut kali ni.  Maklumlah abang Hakim tengah bekerja sementara menunggu semester barunya bermula pada pertengahan Jan 2015.



Walaupun dah hampir tengahari, suasana masih berkabus dalam perjalanan kami ke Ipoh.  Yeahhhh...dah nampak signboard besar "Ipoh" tu.  Tak jauh dah ni.

Dah masuk pekan Ipoh, walaupun tersesat juga, akhirnya kami sampai ke Kinta Riverfront Hotel & Suites.  Alhamdulillah, dapat check in awal walaupun sepatutnya pada pukul 3pm.  Masa booking, MMD ada minta 2 single bed and extra bed untuk Hazry, siap MMD tulis nak F.O.C.



Tapi bila masuk bilik di Level 12,  aikkk, dapat 1 kingsize bed.  MMD terus minta tukar.  Cepat betul servicenya, terus di hantar staffnya untuk tukar kunci bilik dan dapat Level 17.  Lepas rehat sekejap, MMD terus tinggalkan barang2 di bilik dan keluar untuk cari makan.  He He, dah lapar la tu...



Kalau ke Ipoh, kalau tak rasa nasi vanggey atau nasi ganja memang tak sah.  Dari bacaan MMD dari blog kawan2, yang paling famous di kedai yang bersignboard rumah tumpangan dan kedai kopi Yong Suan.  Malangnya, MMD tak jumpa.  MMD singgah dan makan je di Medan Selera Dato' Tahwil Azhar berdekatan dengan tapak pasar Gerbang Malam.  My beloved hubby order nasi goreng udang, Lea makan nasi ayam dan MMD order kuey teaw kicap. Pekerja di hotel ada rekomen untuk makan di kedai makanan dan minuman Rahamat di tepi masjid, tapi masa kami lalu tadi ramai sangat pelanggannya.


Gambar ehsan blogger lain.

Dalam hujan renyai2, kami redah je untuk ke kereta semula.  Antara gambar2 yang sempat MMD snap dari dalam kereta, di antaranya:

Jam besar yang berdekatan dengan masjid dan bangunan Dewan Bandaraya Ipoh, kawanan burung2 merpati, bangunan hitam emas. My beloved hubby dah bagitahu awal2, mungkin trip ni kita hanya boleh ambil gambar dari dalam kereta je kalau hujan.  Memang betul pun!




Macam biasa, kalau tak sesat, memang tak sah.  Dalam sesat tu, kami terjumpa pulak dengan Taman D.R. Seenivasagam yang selalu di sebut2 di kebanyakan blogger dari arah belakang.  Rupanya, laluan masuk utamanya  tu tak jauh dari hotel tempat MMD tinggal.  Kiranya seberang sungai je la. MMD tak masuk explore pun kat situ sebab tengah gerimis masa tu.




Sebut je Gerbang Malam, tentulah dibuka pada waktu malam.  Dalam masa yang sama, MMD cuba juga mencari lokasi Memory Lane aka Loken, tapi tak jumpa juga.  Akhirnya MMD terjumpa juga kedai Yong Suan tu.  Penuh dengan pelanggan dan kena beratur untuk order makanan.  Lauk pun dah nak habis.  Takut kempunan tak merasa nasi vanggey yang famous tu, MMD minta bungkus untuk 2 packs.  Harga?  RM12.30 untuk 2 nasi, 2 ketul ayam, sedikit pedal ayam & 2 telur asin separuh.  Dah pusing2 bandar Ipoh 2-3 kali, sebenarnya sesat !!!,  kami pun balik je la ke hotel.  Hujan renyai2.

Gambar ehsan dari blogger lain.

Ha....ni dia nasi vanggey tu.  Komen ikhlas dari MMD ialah...biasa2 je.  Lebih sedap nasi kandar lagi.  Mungkin sebab lauk  pauknya yang terhad.



Seram jugak tengok anak sungai di hadapan hotel ni.  Kot2 lah banjir kilat. Kereta MMD parked kat depan tepi hotel je.  Tunggu hujan berhenti, Lea & my beloved hubby turun ke Level 5 untuk ke swimming pool.  Happy Lea kat situ. See thru pool yang paling panjang di Ipoh. Hazry tak  masuk pool.  Sejuk sampai ke tulang.



Dah tak tahu untuk ke mana sebelah malamnya.  Di sepanjang anak sungai di depan hotel tu cantik sangat dengan pokok2 eletriknya.  Rasa macam berada di i-City Shah Alam je.  MMD teringat membaca 1 signboard di tepi jalan di hadapan masjid siang tadi.  Acara air berirama dan berwarna warni bermula dari 8-12mlm.  Kami pun turun untuk kesana.  Tengok orang ramai sangat kat situ.  Baru tahu yang ianya berhadapan dengan Stesen Keretapi Ipoh dengan bangunan yang super epik tu.  Klasik.


Menjerit2 Lea tengok air.  Tak nak balik pulak dia.

Akhirnya MMD ternampak gerbang "Memory Lane" masa pusing2 kat situ.  Rupa2nya tak jauh dari Gerbang Malam.  Balik ke hotel dan lepak2 dulu di lobby.

Okay...ni cerita seram.  Semua dah tidur, MMD yang last tidur lebih kurang dalam 12.30tgh mlm di sebelah Lea.  Hazry tidur di tilam/katil extranya di kaki katil Lea.  Baru nak terlelap, tiba2 MMD terdengar macam pintu dibuka dan dinding atau lantai dihentam.  MMD tengok jam, baru 1pagi.  Okay, pintu bilik air dah memang tertutup.  Pintu tu memang berbunyi kalau nak dibuka, tapi bunyinya berkeriok hinggalah habis pintu dibuka luas.  Mungkin dari orang2 sebelah atau atas kot.  Tak lama lepas tu, MMD dengar bunyi yang sama tapi setiap kali berkeriok tu, memang pendek je.  Kalau di pintu bilik air di bilik MMD, sudah tentu orang tak boleh keluar masuk bilik air dengan tempoh kerioknya yang pendek tu.  Sekejap2 berbunyi yang sama.  Sudahnya MMD tak boleh tidur hinggalah my beloved hubby terjaga.  Jam lebih kurang pukul 3.45pg. 

MMD beralih ke katil my beloved hubby.  Bagi tau yang sama padanya.  Kata my beloved hubby, mungkin orang yang baru balik dari pub kot. Tapi tak kan berbelas kali dalam masa 4 jam.  MMD cuba tidur, nak lelap je mata ni, MMD terdengar lagi hinggalah pukul 5pg bila last MMD tengok jam dan lepas tu MMD betul2 tertidur.

Paginya, selepas sarapan, Lea sambung lagi ke swimming pool.  Naik ke bilik dlm pukul 11.30pg dan bersiap2 untuk check out.  Terus menuju ke Gopeng untuk majlis kahwin.  Berada di sana hingga pasangan pengantin sampai dan bertolak semula ke KL.  Sampai ke Port Klang dalam pukul 6ptg.  Sepatutnya kami ke majlis BBQ di Puchong di rumah anak sepupu MMD, tapi my beloved hubby dah tak larat.  Tu yang terus balik ke Port Klang.

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah.

Sekian, cerita percutian pendek kami ke Perak sebagai penutup tahun 2014.

As Salam.


Thursday, December 11, 2014

Pertemuan manis dengan DYMM Sultan Selangor

As Salam.

Baru2 ni MMD serta my beloved hubby diberi kesempatan untuk menghadiri jamuan teh di Istana Alam Shah, Klang.  Jamuan sempena Hari Keputeraan Tuanku yang ke 69.

Jamuan yang diadakan pada pukul 2.30pm berakhir pada pukul 5.00pm dalam suasana hujan pada 07/12/2014.

MMD pun pertama kali singgah dan masuk ke kawasan istana.  Terlopong mulut ni...tak de lah...acah2 je.

MMD sampai dalam pukul 2.00pm dan terus naik shuttle van untuk ke Padang Mahkota.  Kalau tak, menapak jugak lah mendaki banyak anak2 tangganya tu.

Tepat jam 3.00pm, DYMM sampai dan terus ke meja sanpatan.  Didahului dengan bacaan doa serta teks ucapan dari Wakil Pesara kerajaan.  Menteri besar serta isteri juga turut hadir.

MMD memilih meja dibahagian agak hadapan, tak jauh dari meja santapan DYMM.   Majlis ni adalah majlis santai bagi meraikan pesara2 kerajaan.  Jadi DYMM setuju untuk beramah mesra dengan rakyat jelatanya.

Juruacara majlis pun ada bagi tahu, jika sempat ber'selfie' dengan Tuanku pun, tak ada masalah. Masalahnya, sempat ke tidak.  Tetamu yang hadir dijangka dalam 2500 orang semuanya.

Tak nak tulis banyak2, MMD perturunkan gambar2 ni untuk tatapan semua. Biar gambar berbicara.







Hari ni Selangor bercuti.  Daulat Tuanku!!!!

As Salam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...