Thursday, August 9, 2012

Majlis bertunang 30/06/12

As Salam

Majlis yg sepatutnya bermula pada pukul 3pm terlewat hampir 1 1/2 jam akibat rombongan dari pihak lelaki tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dari KL untuk sampai ke Port Klang.  Itu tidak menjadi masalah pun  bagi kami sekeluarga. 

Pihak lelaki berasal dari Kuantan, Pahang.  So...adik bungsu MMD tak de alasan lah tak balik beraya ke KTrg nanti (bila dah sah berkahwin)..dah sehaluan je.


Wakil keluarga berbincang2.



Selepas selesai urusan pertunangan.  Bergambar kenangan dengan bakal mak mertua masing2.

Selamat menjadi tunangan orang yea Adik.... InsyaAllah tahun depan ada kenduri kahwinnya.

As Salam.

Wednesday, August 8, 2012

The Hantaran

As Salam

Sesuai dengan majlis yg kecil, adik bungsu MMD sendiri yg gubah barangan hantarannya. Antaranya....








Opsss, lupa nak inform, sirih tu adalah hasil kreativiti my beloved hubby dan adik ipar MMD dari Melaka...Jangan tak tau....hasil tangannya selalu menjadi...simple je kan?

As Salam.

Tuesday, August 7, 2012

Pre posing sebelum bertunang

As Salam

Lama betul nak tengok wajah bakal tunangan orang kan?  Ni lah dia adik bungsu MMD. Berposing dulu sebelum acara sebenar.

Dengan MEM besar dan juga mak2 saudara.


Dengan adik beradik perempuan.


As Salam

Thursday, August 2, 2012

Cukur jambul untuk Aisy !!

As Salam

Ni la budaknya yg akan dicukur jambulnya.  Baru 4 bulan umurnya masa acara ni berlangsung.  Besarkan?  Apa taknya, masa lahir pun dah 4 kilo.....

Ni Aisy dengan MEM besar kami...



Preparation untuk cukur jambul.  Tak dapat cari kelapa kuning muda, bekas kaca pun jadi lah...

Akhirnya acara cukur jambul selamat dilaksanakan.  Alhamdulillah!

Haa... ni dia, selepas dibotakkan oleh Mamanya. But still cute & chubby kan?

As salam.

Wednesday, August 1, 2012

Makan-makan lagi 30/06/12

As Salam

Akhirnya hari yg ditunggu2 dah tiba. 

Disebabkan acara ni adalah milik adik bungsu MMD yg nak bertunang, dia pilih khemah berwarna pink dan putih.  Sewanya dengan jiran sebelah rumah MMD je dengan harga cantas diskaun...he he he. Bukannya majlis besar2an pun, sekadar majlis kecil je.  Jemputan pun dikalangan ahli keluarga dan kawan2 terdekat je.


Pasal makanan pulak, MMD ambil dengan caterer kawan my beloved hubby. Antaranya adalah... nasi beriani, ayam masak merah, daging masak hitam, kuah dalca serta papadom.  Ada 3 jenis kuih2 sebagai pencuci mulut.




Harganya amat berpatutan dan kuantitinya amat banyak berbanding dengan caterer yg sebelum ni MMD tempah.  Memang berbaloi sangat2.  Jika ada sesiapa yg ingin menempah, bagitau je MMD.  MMD memang rekomen caterer ni.

Alhamdulillah, MMD pun sempat menghantar beberapa bungkusan nasi dan lauk pauk ke surau berdekatan dengan tempat tinggal MMD.  Sanak saudara pun balik tidak dengan tangan kosong.  Ada bekalan masing2.  Syukur atas rezekiNya.

As Salam.

Tuesday, July 31, 2012

Goodie bags

As Salam

Tarikh untuk majlis pertunangan adik bungsu MMD semakin hampir.  Antara goodie bag yg disediakan banyak jenis juga...3 jenis je rupanya!!

Satu untuk majlis cukur jambul anak saudara MMD yg datang kat sini dari Melaka. Ada beberapa items kat dalam setiap jenis bag tu, dah snap gambar sebelum siap sepenuhnya.



Satu untuk  majlis bacaan doa selamat dan tahlil. Bahulunya lembut dan siap packing ikut warna kegemaran masing2. Ownernya pun mesra pengguna.  Nak tempah kat sini yea...



Last untuk tetamu majlis pertunangan. Homemade coklat yg dalam botol2 kecil tu.  Nak order?  Cari je kat sini


As Salam.

Monday, July 30, 2012

Lompat si katak lompat...

As Salam

Lompat si katak lompat, lompat lah tinggi tinggi...opsss bukan si katak yg melompat, tapi puteri kesayangan MMD yg melompat2. Lea..tinggi lagi!



Ibu, cukup tinggi tak? Boleh la....MMD jawab..he he he

Sebelum meninggalkan POGH, ini gambar terakhir buat kenangan dengan kuda yg tiba2 bertukar menjadi kuda emas.  Alangkah bagusnya jika ianya betul2 emas.  Boleh MMD kikis sikit2 buat belanja harian. Berangan je lebih tu!!

As Salam.

Saturday, July 28, 2012

Adidas pujaan hati ku

As Salam

Sambil2 meronda2 kat MSM, my beloved hubby memang mencari2 outlet Adidas. Ingatkan dia tak jumpa..kih kih kih...rupanya dia lagi laju dan jumpa outlet tu.




Apa lagi, 4 helai T-shirt jadi habuan mereka berdua.  Berdua?? Ye lah..Hakim pun ikut sama dengan ayahnya test2 baju2 tu. MMD jadi pemerhati terhormat je.  Layan je la...Demam bola la katakan...

As Salam.

Friday, July 27, 2012

San Francisco here we come!

As Salam

MMD ke USA ke? 

Belum sampai masanya lagi.  Mungkin satu hari nanti, InsyaAllah sampailah kat situ.   Kali ni MMD singgah ke restoran bernama San Francisco je dulu.  Makan minum kat situ sebelum ke destination berikutnya.






Kegemaran abang Hakim tu....


As Salam.

Thursday, July 26, 2012

Berbot ke Mines Shopping Mall

As Salam.

Anak2 MMD gembira sangat bila berpeluang menaiki bot dan menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan di tasik sebelum sampai ke Mines Shopping Mall.

Dapat tengok rumah2 cantik dan juga burung2 bangau sana sini.



Alangkah bertuahnya jika MMD juga mempunyai tempat yg sebegini cantik dan tenang di Port Klang. he he he he  Berangan je la...

As Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...