Tuesday, October 4, 2011

Kolam Memancing Kg Delek

As Salam

Siapa kaki memancing kat sini?  Angkat tangan tinggi2.  MMD nak tengok ni...

MMD & my beloved hubby pun selalu juga ke Kolam Memancing Kg Delek ni.  Memancing tu jarang2 tapi pergi untuk beli ikan yg baru naik dari kolam selalu la jugak.  Ikan segar gitu.

Kali ini, my hubby beli dari peraih ikan yg memang tunggu untuk beli dari kaki pancing.  Dapat sekor ikan jenahak bersaiz sederhana.  Upah siang ikan terus kat situ.  Kalau harapkan MMD...ehmmmm nampak gayanya, tulang ikan tak putus tapi tulang tangan MMD boleh patah.

Dah siap2 semuanya, datang sorang Chinese guy  bawak 2 ekor ikan, satu ikan senangin Taiwan, satu lagi jenahak.  Nak jual borong je, my hubby terus ambil kedua2nya.  Upah siang lagi... Dapat 3 ekor kauuuuuu.

MMD dah siap bersih2kannya.  Tunggu untuk di masak je.

Kolam kat sini ada 2 buah, kolam 1 & kolam 2.  Agak besar juga terletak di kawasan kampung Delek.


Actually, berdekatan dengan rumah MMD pun ada juga kolam memancing di bawah jambatan menuju ke Northport.  Tapi MMD tak pernah lagi beli ikan kat situ.  Lebih selesa beli ikan kat Kg Delek ni.  Alasan?  Ntah kenapa...

As Salam.

Monday, October 3, 2011

Food Testing @ Fishbone

As Salam

Semalam 02/10/11, MMD mendapat jemputan istimewa dari Max.  Kebetulan tak ada apa2 program.  So, MMD pun redahlah ke Seksyen 15, Shah Alam.

Memperkenalkan.... Kalau dah ada fish tu...means, seafood restaurant ler...
Bertempat di:
B7-2-G, Jalan Pahat H15/H, Kompleks Otomobil Shah Alam,  Seksyen 15, 40200 Selangor
Tel: 03-55237898

Dipanjatkan doa agar biz berjalan dengan lancar dan jayanya.


Mempersembahkan hidangan2nya.








Kumpul2 hidangan...hinggakan nasi pun tak berapa kelihatan. Keseluruhannya, masakan yg agak mewah dan tidak mengecewakan dengan anak tekak MMD sekeluarga.


Bersama salah seorang orang kuatnya. Sorry ladies...already taken !


Deko dan setting yg simple but nice.

 

Kelihatan seekor ikan tak berteman di akurium tu...bakal mendapat teman tak lama lagi. Ikan2nya memang fresh, lagipun one of the owner memang ada bela ikan sangkar.


Kaunter cam nak check-in kat hotel je...he he he.

Bakal dibuka kepada public pada 10/10/2011.  Jemput2 bertandang ke sana ye!!

As Salam.

Sunday, October 2, 2011

Pizza dan burung helang!

As Salam

Raya ke-2 MMD dah merayap ke bandar KT.  Singgah ke Pizza Hut sekejap dan order 2 large pizzas dengan gunakan discount voucher yg MMD beli dari JigoCity

Terus bergerak ke Pantai Batu Buruk dan enjoy the pizza kat situ dengan angin sepoi2 bahasa.  Petang yang indah bu....kata Lea.

Pizza outlet dengan mood Raya!


Dah siap2 makan, Lea merengek nak layang2.  Pilih punya pilih, my hubby beli burung helang.  Apa kes?  Burung untuk lelaki lah! Bantai la... Lea pun bukannya pandai naikkan layang2 tu.  Ayahnya dan Hakim la jugak yg main layang2.

As Salam.

Saturday, October 1, 2011

Air pasang lagi...

As Salam

Macam mana cuaca di tempat kawan2?  Hujan ? Panas? Salji???

Kat Pandamaran baru2 ni, hujan tidak, panas adalah, tapi 2 hari berturut2 air naik sampai ke jalan.



Ini jalan nak ke company's warehouse di Pandamaran.  Lately, longkang2 kat tepi jalan utama dah dikorek untuk mendalamkannya.  Tapi masih lagi air naik.

Yang tak bestnya:

1.  Pandamaran kan di Port Klang.  Air dari sungai yg masuk ke longkang2 sudah tentu air masin.  Berani nak terjah dengan kereta bila air naik tinggi2 macam tu?  Akibatnya kemungkinan bawah kereta berkarat sangat tinggi. 

2.  Masa air pasang, longkang2 pun dipenuhi air.  Bukan air je yg naik, sampah2 pun naik sekali merayap termasuklah papan2 yg berpaku.  Bila air dah surut, sampah/papan2 merata2 di tengah jalan.  Tak ke haru bila tayar pulak pancit dek kerana terkena paku.....

Pernah beberapa tahun dulu di Bayu Perdana, tiap kali hujan lebat even tak sampai 1/2 jam, air naik hinggakan setinggi separuh tinggi Kancil.  Menangis staff2 kat situ bila turun dari opis, tengok kereta sedang main air.

Bila nak selesai masalah longkang tersumbat ni?

As Salam.

Friday, September 30, 2011

i-City di Kampung Cina

As Salam

Balik bercuti raya yg lepas, rasa terkejut juga bila tengok laluan dari Hotel Seri Malaysia  ke Pasar Payang dah jadi jalan sehala melalui belakang Kg Cina.  Dulu rumah2 di Kg Cina bertiangkan batang bakau dan terbenam di tebing Sg Terengganu.

Sekarang siap dengan monsoon drain yg besar dan dihias cantik dengan pokok letrik berwarna warni lagi.  Orang Terengganu pun dah tak hairan dengan i-City Shah Alam lagi. he he he. Berhadapan dengan Kg Cina ialah Pulau Duyung.  Bukan lagi pulau sekarang bcoz kenderaan dah boleh terus sampai ke tangga rumah kat situ.

Masa MMD kecil2 dulu, selalu juga pergi melawat nenek sebelah arwah my father yg tinggal di Pulau Duyung dengan menaiki penambang dengan bayaran tambang lebih kurang 20sen . Bila nenek pun dah tak ada, hanya melawat sedara mara waktu berhari raya je bila MMD balik beraya di kampung.

MMD pun siap berposing jugalah kat situ.  Bukannya tiap bulan balik Terengganu.  Setahun minima sekali atau max 2 kali je.  Kecualilah jika ada kecemasan, memang tak boleh nak elak lah..kena balik juga la.




As Salam.

Thursday, September 29, 2011

Baby tanglung

As Salam

Bila dah ramai2 berkumpul especially budak2 di rumah my mother kat kampung, rasa bergoncang rumah kayu tu.  Riuh rendah bunyi dengan hilai ketawa budak2.

Malam raya siap main tanglung lagi..Beli 2-3 paket tanglung kat shopping mall di bandar KT. Baby tanglung gitu.



Teringat MMD masa kecil2 dulu, pada malam tujuh likur, kami adik beradik bawa lilin yg di pasangkan pada tempurung (tempurung kelapa yg dah dibelah dua), jadi macam spotlight kereta dan pusing2 kawasan rumah.  Nak pergi jauh2, takuuuuuuttt.

As Salam.

Wednesday, September 28, 2011

Berposing di pagi Raya..

As Salam.

Selepas sembahyang Raya dan bermaaf-maafan di pagi Raya, menjadi kemestian untuk berposing sakan sebagai kenangan.  Antara keluarga adik beradik yg sempat bercuti raya di kampung.

Tema biru, keluarga Yus/Azam 

Anak bungsu lelaki & bungsu perempuan my mother.

Tema hijau, Cik Eie & Faizal. 

Tema colourful, keluarga MMD.  My beloved hubby & Hakim nak pakai jubah putih punya pasal.

Anak2 dari keluarga La yg tak dapat balik.  Hantar wakil je.


Lea di antara sepupu2nya.

As Salam.

Tuesday, September 27, 2011

Make over job...

As Salam

Idea adik bungsu MMD untuk menukar warna dinding di ruang makan menjadi kenyataan walaupun dah last minute arrangement.  Sehari sebelum Raya.  MMD dengan my beloved hubby pergi beli cat dan kelengkapan mengecat.  Adik bungsu MMD serta Imran dan Hakim tolong mengecat. 



 Malamnya, abang sulung dan beloved hubby tolong pasang bidai. Gotong royong adik beradik.

 Siap, simple je.

 Hah..kena adjust sikit.  Gambar tak clear, maklumlah rumah kami ni di tepi lereng bukit. BIL kena ambil tugas ni.

Inilah rumah kami di kampung tempat MMD adik beradik membesar di sini.

As Salam.

Saturday, September 24, 2011

Selamat Kembali.....MMD !

As Salam

MMD kemana selama sebulan ni? Ada..tak kemana pun. Hanya sekadar masa terlalu pendek rasanya sehari. Tak cukup 24 jam sehari.  Sebelum bercuti raya baru2 ni dan hinggalah dah nak habis Syawal, barulah boleh tengok blog MMD betul2.  Ramai juga yg tinggalkan message untuk MMD dan ada yg siap bertanya..kemanakah kawan aku ni?...

Pada yg mengingati MMD, terima kasih MMD ucapkan dan selamat  berhari raya dan jangan lupa control makan masa hadiri open house..nanti kalori naik pulak!

MMD bukannya pergi bertapa or pergi holiday kat overseas ke apa...hanya bertapa dengan urusan kerja yg berderet datelinenya.

Jadi selepas ni, ada beberapa entry basi yg akan keluar...tak payah tunggu la ye...kih kih kih...

As Salam.

Thursday, September 22, 2011

HOTEL ROOM FOR SALE - LEGENDS CHERATING & GRAND SEASONS KL

As Salam

Promosi jualan sikit hari ni.  Ada sesiapa yg berminat untuk bercuti di kedua2 tempat ni sebelum 31/12/2011?  Silalah tinggalkan komen atau email dengan segera.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...