Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

As Salam

Bulan Ramadhan datang lagi.  Bagi yang beragama Islam, sudah tentu ianya satu lagi kewajipan yang kita perlu menunaikannya. 

Ingat...jangan membazir semasa bulan puasa ni.  Banyak godaan yg tiba.  Bukan saja dari segi zahiriah, tapi juga lahiriah.  Kat pasar2 Ramadhan tu..berderet2 pelbagai jenis juadah di pratonton untuk pelanggan.  Belilah secara berhemat.  Jaga kalori juga penting. Puasa ni juga sebagai proses meneurtalkan penghadaman kita yg 11 bulan kita makan dan telan pelbagai mak nenek makanan.

Tarikh melihat anak bulan ramadhan atau tarikh mula puasa pada 31/07/2011.

Menurut sumber daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah seperti berikut:

Pontian Kecil di Johor;
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka);
Teluk Kemang (Negeri Sembilan);
Bukit Melawati (Selangor);
Pulau Angsa (Selangor);
Bukit Jugra (Selangor),
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor);
Pantai Pasir Panjang (Perak);
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang);
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah);
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah);
Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu);
Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu);
Pulau Perhentian (Terengganu);
Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu),
Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan);
Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan);
Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak);
Teluk Bandung, Kuching (Sarawak),
Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak);
Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah;
Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang);
Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang);
Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan);
Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur);
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

As Salam.  Selamat Berpuasa.

Saturday, July 30, 2011

Kenny Roger's anyone?

As Salam

Pada suatu tengah hari yg tenang....Tenangla sangat!!! MMD terlupa untuk keluarkan ayam / ikan dari fridge.  MMD selalu balik ke rumah tengahari. Tengok2kan anak2 MMD di rumah.  Yg bestnya, tempat kerja MMD tak jauh dari rumah, tak sampai 3 minit berkereta.  Dekat yg amat kan?  Jadi untuk balik ke rumah tidak menjadi masalah langsung.

Disebabkan terlupa punya pasal, my hubby propose untuk keluar makan malam kat luar saja.  Lea cadangkan KFC.  Fikir2 punya fikir waktu dalam perjalanan menjemput Hakim dari sekolahnya, my hubby said, why not kita ke Kenny Roger's je.  Dah lama tak ke sana.  MMD on je.

Sesi menternak lelemak bermula..he he he.  We ordered family meal, seekor ayam cukup untuk MMD sekeluarga.

Whole chicken for MMD's family.

The menu

MMD's portion

Lea dengan bangganya cuba menghabiskan 1/4 chicken.

Yes, Lea berjaya dan budak riang yg kekenyangan!

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa!

As Salam.

Friday, July 29, 2011

Giant Rabbit

As Salam

Kat mana boleh jumpa tu?  Kat AEON Jusco Bkt Tinggi, Klang.  Lea tak lepaskan peluang berposing kat situ. 

Lea memang suka rabbit.  Lea pernah minta untuk membela rabbit tapi MMD ni jenis tak berapa suka dengan binatang yg berbulu seperti kucing, rabbit dan binatang yg seangkatan dengannya.  Suka tengok tapi tak suka pegang2.  Geli gelemang bulu roma MMD.  Satu lagi, tak kuasa nak bersihkannya dan juga tempat tinggalnya.  Tapi kalau bela ikan...OK je.



As Salam.

Thursday, July 28, 2011

Jualan terhebat...30sen sebuah!

As Salam

Tempat yg biasa MMD bershopping barang2 keperluan dapur tentukan di Econsave yg terletak tak jauh dari rumah MMD.  Bukan saja dekat, semua orang tahu yg harga di Econsave sangat berpatutan walaupun ada sesetengah barang tu mahal juga harganya.  Tapi untuk keperluan dapur seperti barang2 basah, harganya OK.

Akhir-akhir ni, ES ada buat banyak juga barang lelong.  Yang MMD berkenan tengok dan terus grab dah tentu buku pre-school untuk Lea.  Harganya RM0.30 sebuah untuk buku yg bermuka surat antara 130-150 ms.  Rasa2 macam dapat percuma je.  Ambil 2 biji.  Lea pun baru 4 tahun tapi MMD suka beli buku untuknya.  MMD tak expect dia akan tahu semuanya tapi sekadar tengok gambar dan kenal huruf yg dia dah hafal tu adalah satu permulaan yg baik untuk budak2. 

Yang cukup MMD suka, betapa Lea hargainya buku2 yg MMD belikan untuknya, dia siap bawa kemana2 hinggakan bawak ke katil untuk tidur disebelahnya.



Melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Tak gitu?

As Salam.

Wednesday, July 27, 2011

Time tunnel

As Salam

Dah masuk 3 minggu MMD ketiadaan helper di rumah.  MMD pun kena buat rutin baru yg selama ini yg sebahagiannya dibuat oleh my helper.  Timing pun kena adjust.  Mana nak siapkan anak2 kesekolah pagi2, nak masak pagi2 untuk anak yg sekolah petang. Back to usual rutin selepas 4 tahun dibantu oleh my helper yg dah pulang ke Indo awal bulan July.

Biasanya petang2 my helper yg bawa Lea/Hazry ke playground di kawasan perumahan MMD. Sekarang dah tak de masa untuk spend masa kat situ.  Balik dari kerja, terus uruskan untuk makan malam dan sebagainya.

Jadi hujung minggu dah MMD setkan untuk bawak anak2 ke mana2 untuk beriadah, maklumlah playground kat kawasan rumah MMD tu hanya ada buaian dan jongkang jongkit je.




Dah puas bermain kat situ, kami pun beredar ke kawasan tempat rehat dan boleh duduk2 kat situ dan berposing2 sikit....harus.....!


My beloved hubby layan budak2 main dengan kapal terbang/jet kertas.


Seronok tengok mereka bermain2, hinggakan MMD terkejut bila cari kasut MMD.  Tak jumpa!  Rupa2nya my hubby dah sorok kasut MMD tinggi2.



Ingatkan dah disapu oleh kaum!!! Ye lah, MMD buka kasut dan letak di bahagian depan bangku, MMD pulak menghadap ke padang tengok mereka main jet kertas.  Kalau tak jumpa, harus berjalan kaki ayam ke kereta.

Ini playground yg agak luas di Bandar Botanic Klang.  Ada laluan jogging, tempat main basketball, padang bola yg sangat luas,  ada 3 spot playground equipment disediakan di situ. Tak lah budak2 berebut2 tunggu giliran nak main.

Tempatnya tak jauh dari AEON Jusco .

As Salam.

Tuesday, July 26, 2011

Macam-macam sentul

As Salam

Ada Jalan Sentul, ada filem Mat Sentul dan ada juga buah sentul.  Kat kampung MMD, ianya dipanggil buah sto...tak pasti pulak ejaannya macam mana. Lama betul tak nampak atau makan buah sentul ni. Rasa2nya masa MMD sekolah rendah je MMD sempat makan.  Lama betul tu.

Buah sentul ni boleh dimakan dengan cicah kicap (yg dicampur dengan gula & sedikit cili api)..ehmmm meleleh air liur ni.  Ada juga yg buat jeruk.  Boleh juga makan begitu saja...kulit  dalamnya sedikit kelat dan isinya rasa masam2 manis.

Pernah tengok tak buah sentul ni?  MMD pun dapat dari staff MMD baru2 ni.  Since buah ni dikira sebagai buah2an yg hampir pupus..jadi eloklah MMD buah satu entry khas untuknya.  he he he he.

Ini dia buah sentul.



As Salam.

Saturday, July 23, 2011

I HEART POTRAITURE CONTEST

As Salam


Sambil2 blog walking petang ni dan MMD menziarahi Cik Wanieda dan ada satu contest yg menarik untuk dicuba.


MMD submit untuk 2 gambar.  Satu untuk klik yg SINGLE dan satu lagi untuk klik yg FAMILY GROUP.


LIKE kedua2 gambar ni ya !





Syarat2 ni, MMD cut & paste dari FB Creativeheart Photography

Kami dari pihak CreativeHeart Photography akn membuat satu contest dimana hadiahnya sgt menarik. Mari CH jelaskan secara details contest ini :

Hadiah Yang Menanti Anda Adalah :
Pihak CH akn print gmbr yg anda bg pada kami sebagai canvas potraiture sebesar 3x5 kaki utk setiap category(satu pemenang setiap category).
  
Terdapat 2 Category :

A ) Wedding Portraiture
Sesiapa yang sudah berkawin atau akan berkahwin yg baru menjalankan satu sesi pre wed photoshoot, anda akn msk dlm category ni. Gambar mestilah b'unsurkan wedding.

B ) Modelling Or Family Portraiture
Zaman sekarang kerap org buat outing2 model ni, so model2 yg dah ada gmbr tu, boleh la join dan msk ke dalam category ini.
Begitu jugak family, family mane yg ade gmbr whole family die boleh la join contest utk category ni, untung2 leh bsr kan gmbr tu.


Cara untuk menyertai contest ini sgt mudah (semudah a.b.c)

Pusingan Pertama :

Step 1:

Buka khazanah2 gmbr menarik anda. Pilih la gambar2 yang cantik dan make sure saiz gambar yg anda ingin hantar tu hendaklah melebihi
dari size 3MB=3000KB..(sbb ape nk bsr2?nnt kami jelaskan).

Step 2 :

Kenal pasti gmbr anda tu sesuai utk kategory apa, wedding or modeling.

Step 3 :

Pergi kat Wall CreativeHeart Photography dan upload gmbr anda disana. Jgn lupe bg thu nama FB anda dan category yg anda nk msk. :)


(Gmbr anda akan diadili t'lebih dahulu oleh admin creativeheart, dan sekiranya gmbr anda layak utk kepusingan kedua,
kami akn masukkan gmbr anda kedalam album contest ini. Gmbr akan diadili m'gikut kesesuai gmbr dan of coz kecantikan gmbr itu.
Kecantikan gmbr dan kesesuai gmbr bkn t'letak pada camera yg digunakan, tapi hasil gmbr itu yg kami nak. Yela nk print bsr2 kut
xkn nk gmbr kurang elok kan,haaa tu la sbb nk gmbr ats 3MB)


Pusingan Kedua :

Step 1 :

Sila promote pada kwn2 anda utk "LIKE" picture anda. Make sure kwn2 anda tu dah LIKE page CreativeHeart t'lebih dahulu.
kalau tidak memamg tidak boleh tekan button LIKE la.. Gambar yang mempunyai like paling banyak akan memenangi contest ini yakni kita akan dapat 2 pemenang. Iaitu dari katagori " Wedding Portraiture " dan " Modelling & Family Portraiture "


Tarikh TUTUP : 20 Ogos 2011



Jadi MMD hargai jasa baik kawan2 untuk LIKE photos yg MMD submit tu yea...MMD nak menang ni.

Besar mana?  Besar ni haaaa hadiahnya.


Dutch Lady kids

As Salam

Kat rumah MMD, susu Dutch Lady tak pernah putus dari simpanan.  Dari Hakim, Hazry hinggalah ke Lea, semuanya MMD bagi susu DL.  Bermula dari susu DL langkah 1, 2, DL 123, kemudian DL 456, dan juga DL Family.  Semuanya ada ikut peredaran umur anak2.


Pek susu tak pernah MMD buang begitu saja.  Simpan untuk tujuan join contest atau redeem rewards bcoz DL selalu juga anjurkan contest.  MMD juga join Dutch Lady Moms Club.  Banyak info2 berkaitan parenting, product  boleh didapati di Mom Club Magazine.

Inilah yg MMD redeem untuk Lea recently.  Sejak dapat hadiah tu..hari2 botol airnya bergantung samada di leher atau di bahunya.



MMD sengaja memilih Disney Princess agar match dengan bajunya.

As Salam.

Friday, July 22, 2011

Bola dan durian sebakul?

As Salam

Malam tadi dah tentu tengok bola kan? Chelsea vs Malaysia. MMD pun layan gitu2 je.  Bukan apa...perut kekenyangan dek pekena durian depan TV.

Lama betul MMD tak makan durian.  Petang semalam masa balik dari office, MMD ada cakap kat my beloved hubby yg MMD teringin sangat nak makan durian.  Cukupla kalau dapat seulas pun jadilah.  Bunyi macam mengidam je kan?  Ni penangan budak2 kat office la yg duk sibuk2 cerita pasal durian dua tiga hari ni.

Petang tu, rasa lama betul my hubby pergi jemput Hakim dari sekolahnya.  Biasanya sebelum 7pm, mereka dah sampai.  Kali ni..lewat betul sampai.   MMD ingatkan mesti jammed kat depat sekolah Hakim ni.  Nevermind la... sambung masak je la..

Rupa2 mereka singgah kat gerai jual durian di tepi jalan Pandamaran.  Memang ada beberapa lokasi yg jual durian sepanjang jalan ke Econsave tu. 3 biji dalam plastik dengan harumnya yg amat.   Syukur Alhamdulillah..hajat nak makan dah dapat.

Lepas dinner, sikit je makan masa dinner tu..simpan space perut untuk makan durian..kih kih kih.

Ni dia...makan durian depan TV layan bola.  Hanya MMD dan Hakim  je yg makan.  My hubby tutup hidungnya sepanjang MMD makan tak tahan dengan baunya.


Bola vs durian! Chelsea menang 1-0.


2 biji durian dah jadi mangsa.  Pemangsanya sudah tentu MMD & Hakim.


Durian ke-3 dah tak larat lagi nak di sebat. Buka dan simpan dalam bekas.


Itulah kisah bola dan durian.  MMD pun minum air kosong banyak2 kot2 panas badan.  Petua orang tua2 kan?

As Salam.

Thursday, July 21, 2011

Percuma dari MMD

As Salam

Ni haaaa... MMD nak you all enjoy with friends and relatives at Mc D.

Jangan lupa tengok tarikh luputnya ye.


Print, purchase 1 and get 1 free.

Berita terkini, Mc D dah declare yg voucher kat atas tu FAKE.

Promosi yg terlatest pun dah over pada 20/07/11. So, jika masih nak yg buy 1 free 1 ni, LIKE la fanpage Mc D dan you all akan dapat the official voucher yg sebenar2nya.

Enjoice....

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...