Friday, July 8, 2011

Free parking in Selangor for 2 years

As Salam

Betul ke tajuk tu? Betul la..siap ada bukti lagi.  MMD sekeluarga dapat dari kerajaan Selangor.  Siapa MMD ni?  VIP ?, menteri?, ahli politik? ahli musik? no. no. no. nehi he...

MMD ni bukan sapa2 la..hanya sekadar rakyat biasa yg hidup dengan cara biasa dan tak ada yg luar biasa pun.

Yang menjadikan MMD dapat free parking tu adalah pemberian khas dari kerajaan Selangor bagi OKU atau ahli keluarga OKU.  Anak kedua MMD kan anak istimewa.  So, dengan sticker ni, MMD layak untuk parking kat mana2 tempat di seluruh Selangor secara percuma selama 2 tahun, nanti boleh renew lagi bila tamat tempoh.  Jangan pulak parking di luar kotak parking, kena saman nanti!!


Satu sticker untuk tampal di kereta sendiri dan satu lagi yang boleh digantung kat mana2 kereta yg dinaiki bersama OKU yang berdaftar.

Dokumen yg perlu:  kad OKU, K/P or surat beranak OKU, lesen memandu ibu/bapa..tu je.  siap on the spot.  Itu pengalaman my hubby di pejabat MPK la.

Jadi, sesiapa yg OKU atau anak2 berstatus OKU dalam keluarga, parents sepatutnya ambil peluang ni.  Dah kerajaan negeri bagi, jangan sia2kan.  Jimat duit bayar parking ticket tu dan duit tu boleh digunakan untuk keperluan lain OKU seperti beli diapers etc etc.

As Salam.

Thursday, July 7, 2011

Spy get T

As Salam

Last Sunday, MMD masak untuk breakfast and lunch sekali jalan.  Menu ringkas spagetti.  Tengok...sedap dan menyelerakan?

Bahan2 semuanya dah ada kat dapur, hanya tunggu orang rumah masak je lagi.


Bahan2 biasa yg ada je MMD guna.  Tak de la herba2 bagai.

Untuk sosnya:
sebotol sos Prego, ikut suka nak perasa apa. 
2 labu bawang besar, potong dadu,
2 ulas bawang putih, ketuk2 je
serbuk lada hitam, ikut suka hati
cendawan butang, potong kecil2/racik2
1 tin tomato puri
daging lembu kisar
daging ayam kisar
garam secukup rasa
sedikit minyak masak


Tumis bawang besar, bawang putih, lada hitam. Bila bawang dah layu dan berbau wangi, masukkan kedua2 daging, kacau2 hingga daging bertukar warna ke kelabu. Masukkan cendawan, tambah sedikit air biar daging empuk. Masukkan tomato puri dan sos Prego.  Tambah air ikut kepekatan yg diinginkan. Tambah garam dan rasa dan biarkan sos mendidih dan taraaaaa. siap. 



Untuk rebus spagetti, biasanya MMD akan tambah sedikit garam dan minyak di dalam bekas air yg dididih agar spagetti tak melekat2.  Bila dan lembut, tapis dan siram dengan air masak sejuk agar rasanya kental2 gitu.

Kenapa MMD tulis tajuk cam tu?  Itu kerana masa Hakim kecil2 dulu, dia susah betul nak sebut spagetti.  Jadi dia sebut sepatah sepatah SPY GET T untuk spagetti. Yang penting kat rumah MMD, makan kena berulang2, jadi kena masak banyak.

Jemput makan!

As Salam

Wednesday, July 6, 2011

Supra shoe

As Salam

Kali ini Hakim bodek2 my hubby untuk belikannya kasut.  MMD and hubby bukannya arif sangat pasal kasut budak2 muda sekarang.  Siap cerita2 lagi yg kawan2nya ada pakai kasut jenis tu.  Katanya, kasut ada lidah panjang gitu.

So, masa turun dari parking The Store, Hakim tunjukkan kedai kasut tu.  Katanya kat situ ada jua kasut yg dihajatinya.  Wah....dari dalam kereta pun dah boleh nampak kasut tu kat rak kedai tu...hebat.....!

Macam yg MMD kata before this, kat area situ memang susah nak park kereta.  MMD dan Hakim turun dulu di depan kedai kasut tu sementara my hubby cari parking space.

Tak banyak pilihan kat situ.  Ada yg warna putih, MMD tak galakkan Hakim pilih.  Cepat kotor!


Pilihan Hakim.  Sebab utama, tak payah susah2 nak cuci, ambil kain lembap, lap je.



Gembira bukan main Hakim dapat kasut idamannya, Supra. Terima kasih..ibu.  Hakim belajar rajin2 lagi, katanya dalam perjalanan ke kereta.

Kali ni, MMD beli kasut tanpa survey tempat lain dulu, penat dahhhh.  Harganya...kurang seposen seratus hinggit.

As Salam.

Tuesday, July 5, 2011

Pre-shopping for Hari Raya

As Salam

Selain dari mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadhan tak sampai sebulan lagi, contohnya bagi perempuan, menggantikan puasa tahun lepas la. MMD selalunya start beli2 baju untuk anak2 lebih awal.

Banyak kebaikannya, diantaranya:
1.  Tak perlu bersesak dengan  lautan manusia di shopping2 complex.
2.  Real discount offered.  Kadang2 masa musim perayaan, ramai peniaga tipu discount, sengaja letak harga yg tinggi then letak pulak discount tinggi.  Yang sebenarnya, harga selepas discount sama je masa musim bukan perayaan.
3.  Boleh makan minum lepas shopping dengan family.  Masa bulan puasa....ehmmm fikirlah sendiri ekk.
4.  Banyak pilihan fesyen yg ada berbanding hanya tinggal yg baki2 je jika shopping last minutes.  Jangan banding shopping kat butik2 la yea...

Itu antara yg ada dalam fikiran MMD.  So, MMD singgah kat Jusco Bkt Raja last Saturday, kata my friend ada sale kat sana.  Tapi...hampeh..discount untuk member adalah..15% gitu.  MMD bukan member pun bcoz bukannya hari2 perlu gi shopping kat Jusco.

Tak de yg menarik perhatian MMD.  Begitu juga dengan my hubby.  So, we decided singgah kat The Store Klang.  Macam biasalah, susah cari parking kat area situ except kena naik parking kat atas bangunan tu.  Kalau musim perayaan, lagi nahas masuk kat situ.  Sesak yang amat!!!

Antara pembelian MMD hari tu.

Untuk Lea. MMD boleh naik sawan pilih baju untuk Lea. Banyak pilihan dan harga pun reasonable. Rasa nak penuhkan 1 trolley je..nasib baik my hubby tahan2 kan..he he he he


Untuk Hazry.


Untuk Hakim.

Sebelum balik ke rumah,  MMD singgah pulak ke Tesco Bukit Tinggi bcoz ada sales HP/camera.  My helper dah nak balik to Indo for good next weekend after worked with me for 4 years. Dia pun nak beli HP and camera untuk bawa balik ke Dumai.  Katanya, kat sana mahal.  MMD pun beli juga HP CSL murah untuk ditinggalkan kat rumah pada Hakim, just in case of emergency.  NO way Hakim boleh bawa ke sekolah.

Hari yang agak penat juga.  Imagine jika bershopping masa bulan puasa. Sakit pinggang2.  Balik rumah, terus pasang alat urutan Gintell.  Ahhhh lega rasanya.

As Salam.

Monday, July 4, 2011

Malay vs Western

As Salam

Kat Malaysia ni tak susah langsung nak cari makanan dari menu negara2 lain, sebut je, semuanya ada, hanya bezanya murah atau mahal. Itu je.

Jumaat malam lepas, sebagai menu berbuka puasa (puasa ganti lagi sebelum bulan Rejab berakhir), kami sekeluarga ke Gerai Abang Long di medan selera pekan Port Klang.  Deretan gerai kat situ rata2nya menjual nasi ayam sebagai menu utama.

Selalu jugalah MMD makan kat situ, biasanya MMD bertukar2 gerai untuk merasa perbezaan rasa nasi ayam di setiap gerai tapi yg paling banyak kali MMD pegi tentulah di Gerai Abang Long tu.  Bukan Ah Long tau!!

Sebab utamanya, kat gerai tu ada juga sediakan Western menu. Dekat pulak untuk order rojak sotong atau gado2 kata my helper.

Jemput makan....



As Salam

Sunday, July 3, 2011

Ilmu blog - buat banner

As Salam

Baru2 ni, MMD adalah cuba nak join banner exchange and join slot iklan kat blog iPai tapi tak tau macam mana nak letakkan gambar dlm slot tu.  Sambil2 ber'blogwalking" ke beberapa blog dan jenguk2 kat blog iPai dan juga Adamxis, jadi MMD buat satu kesimpulan dengan tutorial yg paling sempoi seperti berikut..berdasarkan aktiviti join slot iklan di blog iPai.

Sila masukkan sekali http://



* This will take a while for the server to process the image




Yang kat URL banner Web tu....MMD wat cam ni je..yg paling sempoi !

1.  Masuk ke "new post", upload gambar yg diperlukan.
2.  Bila gambar dah masuk, right click di gambar dan pilih 'properties'
3.  Cari  address URL web, copy code tu.
4.  Paste code tu ke column di atas.

Tadaaaaaa, akhirnya gambar MMD terpampang kat slot iklan blog iPai untuk 5 jam.  Jom tengok !

MMD bukannya layak untuk buat tutorial, ilmu berblogging MMD tersangatlah cetek.  Tapi sekadar buat ingatan pada MMD, manalah tau kot2 lupa lagi di masa akan datang.

As Salam.

Budak tu kena dera!

As Salam

Banyak betul berita di akhbar/media eletronik tentang mangsa dera.  Kebanyakannya didera oleh orang yg rapat dengan mangsa sendiri seperti ibu/bapa, ibu/bapa tiri,  dan tidak terkecuali adik beradik sendiri pun ada.

Apa yg MMD nak cerita ni bukanlah berlaku dalam kehidupan MMD, sekadar suka2 je cerita ni di blog kan.  Cerita tak sama dengan tajuk, propa je lebih.

Ni ha...Lea, dah dapat basikal baru, tengok2 tayar dah pancit petang Jumaat tu.  Apa lagi, my hubby pun nak pam la..tapi Lea beria2 benar nak buat sendiri.  Hu ah hu ah hu ah..penat kot dia pam dengan bersemangatnya.

Bergaya dulu dengan basikal pancitnya.

Jadi, bukannya dera tetapi sekadar mengajar anak2 berdikari untuk buat kerja2 yg senang macam tu.  Tak lah bergantung 100% kepada ibu bapa kan?



Tadaaaa... Lea berjaya bu....!  Happy bukan main dia bila dah selesai.

Lea in pink - her feveret color.

As Salam

Saturday, July 2, 2011

Pedypak warehouse sale

As Salam

Sudah tentu ibu bapa di Malaysia tahu jenama ni kan?  Dari alat permainan kanak2 hinggalah ke stroller, car seat, basikal dan sebagainya.



Children car seat pun murah2 jugak. Kalau tak silap, yg warna biru tu lebih kurang RM150.00 je.  Lagi murah dari yg MMD beli kat Giant few months ago.


Berderet berbagai jenis basikal.  Basikal untuk orang dewasa pun ada.


Cerita2 juga, ehhhh kat mana tu?  Dekat je..

Pedipak Warehouse Sale
Lot 10797, Lebuhraya Petai, Pandamaran
42000 Port Klang, Selangor
Tel: 03-31650910

MMD lupa lak nak tanya, sale ni sampai bila.  So, jika berhajat nak beli, calling2 je la ye...

Actually, MMD aim yg kat bawah ni je dalam sebulan dua ni.


Lagipun, basikal kecik yg lama Lea dah rosak dan kakinya dah berjulur panjangnya.  So, MMD beli yg ni la, harganya RM159.00 je. Opppss, ada lagi yg MMD beli untuknya.

Head band juga dengan warna yg sama, merah jambu warna faveret Lea. Pakaian budak2 pun ada dijual kat situ tau...


MMD berkenan benar dengan children slide ni...harganya OK juga tapi poketnya tak berapa OK.  Ada sapa2 nak sponsor ke?


Sampai rumah, Ibu...ibu beli untuk Lea basikal merah jambu yea.. terima kasih bu...siap dengan pelukan sekali.  Sama2 Lea !



As Salam.

Typing skill

As Salam

Lama betul rasanya tak test kelajuan menaip, masa MMD tunggu result SPM dulu, MMD ada ambil short course menaip.  Masa tu, masih guna mesin taip yg besar gedebak tu.  tap tap tap zeeeekkk, cam tu bunyinya..

53 perkataan
Speedtest

69 words
typing test

Tengok result MMD kat atas tu..English lagi laju dari menaip bahasa..punah ni..

Terima kasih kat teman MMD ni...Ipai, MMD suka skill test cam ni..he he he

As Salam.

Friday, July 1, 2011

Pada suatu malam yg membosankan...

As Salam

Berapa kali sekali anda semua makan? Puratanya 3 kali kan? Last Monday, MMD berpuasa (puasa ganti lah..kan dah dekat nak puasa bulan Ramadhan kan?)  Lepas bukak puasa kat rumah.  Tengok TV pun tak berapa nak IN sangat ceritanya dalam pukul 9-9:30mlm.

Malam yg sungguh membosankan.  MMD senyap2 keluar dengan my hubby and Lea.   Pusing2 kat area Pandamaran..Apa yg ada malam2 buta cam ni?

So , we decided singgah kat Pizza Hut..lagi??? Just nak try yg 50% discount for weekdays.  Padahal dah kenyang tu masa buka puasa.  Sesi menternak lelemak lagi...

Ice Choc Float & Ice lemon Tea

Primavera


2 x pan Hawaiian Chicken

Peneman setia MMD


Jumlah lelemak yg dikumpul kali ni RM27.00.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...