Showing posts with label Special - Umrah & Ziarah 2015. Show all posts
Showing posts with label Special - Umrah & Ziarah 2015. Show all posts

Saturday, January 16, 2016

Mekah Al Mukarramah - 09-15/12/15 Umrahku terlaksana - part 1

As Salam.

09/12/2015
Bersambung dari entry yang lepas.  MMD hidangkan dengan gambar ini selepas hampir 3 jam dalam perjalanan menuju ke Mekah. Singgah di Bir Ali untuk solat sunat ihram dan berniat.  Maka bermulalah 13 pantang larang yang perlu dijaga agar tidak perlu membayar dam.

Bermulalah bertalbiah.  "Labbaikallahummalabbaik....."

Maksudnya :
Hamba-Mu telah datang menyambut panggilan-Mu, Ya Tuhan, hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu

Tanpa diminta, air mata mengalir tanpa henti dalam waktu bertalbiah.  Sayu dan pilu dan rasa tidak sabar untuk cepat2 sampai ke Mekah.

Kemudian kami singgah di satu tempat yang boleh dikatakan R&R lah untuk makan malam dengan hidangan nasi Arab.

 
Aikkk dah habis daaaa.  Tu lah pasal my beloved hubby request untuk order 1 set lagi nasi Arab.  Kosnya SR60.00.  Mana cukup 1 talam untuk striker2 macam dia. Kami makan berlima.

 

Tempat solat yang disediakan di belakang restoran ni sangat2 santai, open-air gitu.  Malangnya tandasnya agak mengecewakan.  Kesian kepada jemaah yang terpaksa tunggu lama akibat kekurangan air dan ketiadaan bekas untuk menadah air.  Terpaksa menggunakan botol2 kosong yang dijumpai di sekitar tandas.


DAR AL KHALIL AL RUSHAD HOTEL
Alhamdulillah, lebih kurang 10pm, kami selamat sampai ke hotel.  Lepas dapat kunci, semua masuk dan tinggalkan beg masing2 dan berkumpul semula di lobi hotel untuk meneruskan urusan umrah kami yang pertama. Bilik berempat tapi hanya bertiga saja yang tinggal di sini. MMD, Hawa dan seorang lagi teman baru, Erni yang berasal dari Kelantan. Hawa dan Erni kedua2nya adalah guru.  Ramai guru2 di dalam grup MMD ni.  MMD memilih katil yang menghadap tingkap.  Nampak menara jam terus sampai ke bilik.


 
 
 

Alhamdulillah.  Pertama kali menjejakkan kaki di Masjidil Haram.  Seperti biasa, solat dulu sebelum mendengar taklimat dari mutawwif.  Sayu dan hiba bercampur aduk.  Sukar untuk MMD cerita dan gambarkan.

 


Kemudian kami semua di bawa menuju ke Kaabah, lantai paling bawah.  Sebelum tu, kami di susun dengan 3 barisan terlebih dahulu bagi menjaga keselamatan kami semasa tawaf.  Jemaah wanita dan kanak2 di bahagian tengah dan dikelilingi oleh jemaah lelaki.  Kemudian berniat untuk tawaf.

Alhamdulillah, selesai tawaf 7 pusingan dan bersolat sunat di bangunan masjid.  Kami semua kemudian bergerak menuju ke Bukit Safa untuk memulakan sa'e dengan 7 kali ulang alik antara Safa dan Bukit Marwah.  Selepas bertahallul (bergunting), maka selesai sudah umrah kami yang pertama dengan disudahi dengan solat sunat 2 rakaat di Bukit Marwah.  Jam menunjukkan hampir 3pagi pada 10/12/15.

10/12/2015.
Dalam perjalanan, mutawwif ada mencadangkan agar kami semua beriktikaf di masjid sahaja memandangkan dah pukul 3pagi kerana sebentar lagi akan masuk waktu Subuh.

Gambar2 di bawah ini MMD ambil selepas selesai urusan umrah.  Allahu Akbar, Allahu Akbar. Bergetar rasa hati dan jiwa bila pertama kali berada di hadapan Kaabah.  Betapa kecilnya kami semua.  Semoga ibadah umrah kami diterimaNya.


 
 
 

Masa MMD tawaf, rasanya tak begitu ramai orang.  Agak lengang rasanya.  Tapi bila dalam perjalanan balik, dah agak penuh dengan orangramai macam kat gambar di atas tu.  Dalam masjid pun banyak tempat yang kosong lagi.  MMD pun tidur2 ayam je kerana tak sabar untuk solat Subuh pertama di Masjidil Haram.

Dalam pukul 4pagi, MMD dan Hawa terus ke bilik air yang agak jauh juga dari pintu King Fahd.  Selesai sudah Subuh pertama.  Alhamdulillah.  Berjumpa semula dengan my beloved hubby untuk balik ke hotel untuk sarapan dan bersihkan badan.  Kiranya hampir 2 hari tak mandi.  Hairannya tak berpeluh pun.


Perjalanan untuk ke hotel agak jauh yang terletak di salah satu lorong di Jalan Ibrahim Al Khalil.  Walaupun lenguh kaki berjalan, tapi satu kepuasan yang tidak terucap oleh kata2 bila dapat bersolat dan bertawaf di tempat tumpuan jutaan manusia ini.

Siang hari ini MMD dan my beloved hubby keluar awal untuk solat Zuhur dan melakukan tawaf sunat.  Alhamdulillah dapat bersolat juga di Hijr Ismail.  MMD & my beloved hubby cuba untuk mendekati Hajarul Aswad tapi kerana bimbang keselamatan MMD yang hanya MMD sahaja kelihatan jemaah wanita pada ketika itu dan kelihatan seperti suasana rusuhan dari jemaah lelaki di hadapannya, maka kami bersetuju untuk berundur saja.  Mungkin belum rezeki kami lagi untuk mencium batu dari syurga ini.  Kami pun mencari tempat dan akhirnya kami duduk hampir dengan mataf (di bawahnya) yang berhadapan dengan Multazam.  Sambung baca Al Quran lagi sementara menunggu waktu Asar.

 
 

Orang semakin ramai.  MMD duduk di situ sehinggalah diminta oleh penyelia untuk beredar ke tempat solat wanita.  Masa tu, MMD berjumpa dengan pasangan muda dari Kelantan dan berjanji akan datang semula ke tiang yang sama selepas solat Asar untuk berjumpa dengan suami masing2.

MMD pun beredar juga untuk mencari makanan kerana tak balik hotel untuk makan tengahari.  Hari ini
mencuba nasi beriani dan nasi arab.  Kering kontang.  MMD siap sambil makan sambil minum air. Ingatkan boleh habis, tapi dah tak boleh masuk lagi.  MMD asingkan setiap jenis dalam 1 bekas untuk bawa balik ke hotel nanti.  My beloved hubby yang tolong habiskan di biliknya.

 

Makan bersila di dataran berhadapan dengan deretan kedai makan dan menara jam. Menunggu dan membilang jam berdetik.  kah kah kah.  Kemudian masuk semula ke masjid untuk Maghrib dan Isyak barulah kami balik ke hotel.

11/12/2015
Seperti biasa, solat Subuh di masjid dan terus balik ke hotel untuk sarapan.  Hari ini ada ziarah luar ke Tana'im untuk berniat umrah untuk kali kedua.  Kali ini MMD berniat untuk sedekahkan pada arwah ayahanda MMD, Allahyarham Abdul Latif bin Ali selepas meminta izin dari my Mem besar sebelum berangkat hari tu.

Perjalanan ke Tana'im dengan menaiki bas dan hanya ambil masa sekejab saja.  Memang dekat sangat.  Selepas solat, kami menaiki bas semula dan berniat umrah.  Pantang larang yang 13 perkara tu pun perlu dijaga. Mutawwif dan my beloved hubby siap main buaian sementara menunggu jemaah siap bersolat.



Sebaik sahaja selesai tawaf, sai'e dan bertahallul, kami pun bersama2 jemaah lain menunaikan solat Jumaat.  Ini pun pertama kali buat MMD.  Sejarah tercipta bersolat Jumaat, lebih2 lagi di Masjidil Haram. Alhamdulillah.  Urusan selepas itu macam biasa, berada di dalam masjid untuk bersolat fardhu, sunat, qada' sembahyang yang lepas2 dan sambung membaca Al Quran.

MMD ada beritahu pada my beloved hubby yang MMD mungkin akan lewat sikit selepas Isyak dan balik ke hotel sorang2.  Walau begitu, tiada apa yang hendak dirisaukan kerana setiap masa 24 jam ada  orang di mana2 sahaja.  Ramai jemaah mendongak ke atas melihat pancaran laser. Rasanya mungkin hanya pada hari Jumaat sahaja yang berpancar kerana malam2 sebelum ni tiada pun laser tersebut.  Ramai jemaah mengambil gambar dan MMD tidak ketinggalan juga.


Sampai sahaja di hotel, terdapat kejutan dari my beloved hubby.  Apakah dia?  Tunggu entry MMD seterusnya.

As Salam.




Thursday, January 14, 2016

Madinah 06-09/12/15 - Masjid Nabawi, Raudhah dan ziarah dalam/luar.

As Salam

Sambungan dari entry sebelum ni.

Pukul 10.30pm, kami sampai ke Gloria Hotel Al Fayroz Al Masisi.  MMD bernasib baik kerana masih lagi dapat tinggal berdua dengan Hawa walaupun sepatutnya bilik bertiga.  Tidur seakan2 tidur ayam je.  Tak sabar untuk bersolat Subuh di Masjid Nabawi buat kali pertamanya.  Pukul 4.30am pada 07/12/15, MMD dah pun berada di dalam masjid buat kat pertamanya.  Syukur Alhamdulillah atas rezeki dan peluang yang tidak ternilai ini.


 
 
 
 
 

MASJID NABAWI
Solat Tahiyatul Masjid, solat Taubat dan solat Subuh dengan rasa hibanya yang tidak dapat digambarkan.   Akhirnya impian menjadi kenyataan.  Sukar untuk digambarkan dengan kata2.  Orang2 yang pernah ke sini pasti tahu bagaimana perasaan ini.

Sejarah peribadi untuk MMD yang buat pertama kalinya selepas bersolat di dalam Masjid Nabawi.  Berselfie dengan room mate, Hawa.



Gambar pertama dengan payung2 yang berkembangan.  Sebelum ni hanya melihat jemaah lain dari gambar2 yang dipostkan samada di blog atau FB.  Kali ini MMD sendiri yang berada di bawah bayangan payung2 tersebut. Allahuakbar!!!

 


RAUDHAH - TAMAN SYURGA
Selepas sarapan pagi, MMD sepatutnya berkumpul untuk melawat Raudhah.  Akibat sakit perut, MMD dan Hawa terlepas untuk bersama2 dengan jemaah lain.  Beg dan kamera yang MMD tinggalkan bersama2 dengan my beloved hubby pun dibawa olehnya bersama2 dengan grup lelaki.  MMD dan Hawa berjumpa dengan mutawwif Andalusia yang kebetulan tak jauh dari MMD dan beliau menyuruh untuk mencari pintu 25.  Dalam perjalanan, MMD akhirnya bertemu semula dengan sebahagian dari jemaah Andalusia.

Kami berkumpul sambil bersolat sebelum masuk ke kawasan Raudhah.  MMD minta kebenaran dari tour leader untuk mengikuti jemaah yang pernah datang sebelum ni bersama2 dengan anaknya hinggalah kami diminta untuk berkumpul sekali lagi mengikuti negara masing2.  Antara yang diasingkan ialah jemaah dari Arab dan Turki dan juga jemaah dari Asia.

Dalam jemaah Turki yang berasak2 untuk masuk cepat, MMD, Hawa dan Makcik Inah cepat2 menyusup masuk di celah2 jemaah Turki dan akhirnya dapat solat 2 rakaat sebanyak 3 kali.  Alhamdulillah kerana saf paling hadapan seakan lapang dan tidak ada yang memaksa untuk cepat2 bersolat.  Sayang sekali kami jemaah wanita tidak dapat melihat secara terus makam Rasulullah serta 2 sahabatnya, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar kerana dihadang oleh kanvas. Sempat berdoa kepadaNya dengan tenang sekali. Syukur.

Ini antara gambar yang diambil oleh my beloved hubby dengan kamera HP MMD yang berada ditangannya ketika itu.

 
 



Selepas itu, kami berkumpul semula di luar masjid untuk mendengar taklimat dari Ustazah yang mengendalikan ziarah dalaman ni.  Kalau tak silap, namanya Ustazah Jemaiyah.  Baik dan sopan orangnya.  Bagi jemaah perempuan, beliau hanya membawa kami ke arah kiri dari pintu 25 untuk menunjukkan Perkuburan Baqi' dari jauh sahaja.

Beliau juga ada menerangkan tentang solat Subuh di sini yang tidak disertakan dengan bacaan Qunut.  Walaubagaimanapun, Imam akan diam sebentar bagi memberi laluan kepada jemaah terutamanya jemaah Asia untuk membaca Qunut di dalam hati tanpa mengangkat kedua2 tangan seperti kebiasaannya.  Bacalah setakat yang sempat dan sambung solat mengikut Imam.

MMD dan Hawa balik semula ke hotel dan bersiap2 untuk solat Zuhur pula. MMD dan beloved hubby pergi ke masjid bersama2 kali ni.  Setiap kali selepas solat, MMD atau my beloved hubby akan tunggu di tempat yang sama untuk sama2 balik ke hotel.  Perjalanan ke hotel sangat dekat. Selepas makan tengahari, MMD terus bersiap2 untuk ke masjid lagi hinggalah selepas waktu Isyak.

Bertemu dengan jemaah dari Klang dengan cucunya. Alhamdulillah, sepanjang berada di Madinah, hanya air Zamzam yang MMD minum.  Tiap kali lepas solat, MMD akan isi botol penuh2 dengan air untuk bekalan.

 
 

MMD perhatikan setiap kali lepas solat, memang ramai jemaah yang berkerumun untuk mendapatkan air Zamzam   hingga ada yang bertolak2.  Walaupun hanya untuk mendapatkan segelas air, ianya telah mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang MMD buat, setiap kali MMD mendapat giliran, especially di tong "NOT COLD", MMD akan isi air ke dalam gelas dan hulurkan ke belakang MMD seberapa banyak yang mungkin, jadi jemaah tak perlu berasak2.  Lagipun, tiada apa yang MMD nak kejarkan. Mereka sangat menghargainya.

Selepas makan malamnya, MMD ada bagitau kat my beloved hubby untuk ke Raudhah sekali lagi,  Seakan tidak puas rasanya masa pergi siang tadi.  Kebetulan tour leader, Ustaz Rock ada sekali dan bersetuju untuk menghantar MMD ke pintu 25 dan selepas itu my beloved hubby dan Ustaz Rock ke kedai kebab untuk mencuba kebab.

Alhamdulillah, tak sampai 30min MMD dapat masuk dan bersolat 3x sekali lagi hinggalah MMD keluar.  Sungguh cepat dan dipermudahkan segala urusan MMD.  Tak berapa berasak2 sangat dan MMD sempat ambil gambar lagi di dalam Raudhah untuk lipatan kenangan buat MMD.

 
 
 
 
 

Balik ke hotel dan tidur dengan nyenyak sekali.

MASJID QUBA
Pada 08/12/15, selepas solat Subuh dan bersarapan, kami telah dinasihatkan untuk berwuduk di hotel.  Perjalanan dan lawatan luaran kami ialah ke Masjid Quba.  Setiap kali bersolat di masjid yang pertama kali MMD sampai, MMD akan ambil kesempatan untuk bersolat sunat tahiyatul masjid seperti biasa, solat Taubat juga.  Moga segala dosa2 MMD diampunkanNya. 

MMD sengaja berseluar pada lawatan kali ini kerana banyak tempat yang akan dilawati.  Senang sikit pergerakannya. Bergambar selepas selesai urusan solat.  Ramai yang shopping kurma di sini.  MMD tak beli apa2 pun.


Antara jemaah yang paling rapat dengan MMD.  Safinas, Hawa, Rina dan anak perempuannya.


Lagi.

Dan lagi dengan mereka.

 
 

Yeaa.. ada jumpa gambar yang my beloved hubby ambil di dalam masjid ni.

 


LADANG TAMAR
Kemudian kami ke Ladang Tamar.  MMD hanya membeli coklat 2 kilo di sini untuk anak2 saudara MMD.  Coklat di sini dijual dengan harga SR25 sekilo.  Dari jemaah lain yang MMD jumpa, ada yang membeli dengan harga SR30 sekilo.  Hairan MMD bila harga2 berbeza2.  Kat sini cubalah kurma2 yang dijual bila penjual menyebut HALAL.  Maka cubalah hingga kenyang hahahaha.

MMD ingatkan ladang tamar tu macam pasar terbuka, rupa2nya sebuah kedai monopoli yang dikelilingi dengan pokok2 kurma.  Sayang sekali tak ada pokok2 yang berbuah masa MMD sampai.

 
 


BANJARAN UHUD & BUKIT PEMANAH
Destinasi seterusnya ialah ke sini. Tour leader ada menceritakan tentang kisah kemenangan/kekalahan dalam perang disini.  Ada berbagai versi tentang kisah ini.  Terserah pada diri masing2.

Banjaran Uhud dan gambar di bawah dimana bukit kecil dihadapan tu adalah Bukit Pemanah. MMD dan my beloved hubby tak panjat pun.


 


Di sini pun banyak gerai2 jualan.  Harganya pun berbaloi2.  Maklumlah, tak perlu nak sewa2 kedai.  Harganya murah2 juga.

 

 
 
 
Turun sikit dari tanah tinggi kat situ, akan kelihatan perkuburan para sahabat Nabi SAW yang mati syahid di dalam peperangan di sini.  Al Fatihah untuk mereka semua.

 

 Ini buah zuriat dan buah kacip fatimah.  MMD tak belipun,  Sekadar untuk kenal bendanya saja.

 


PASAR TAMAR
Buah2 kurma di sini lebih murah jika dibandingkan di ladang tamar sebelum ni.  Begitu juga dengan coklat.  Kat sini MMD tanya, harga coklat dijual dengan harga SR15 je sekilo.  Menyesal beli di ladang tamar.  huhuhu.  Kat sini MMD hanya membeli kurma Amber dan juga kacang pistachio je.

 


Balik dari lawatan, MMD sempat solat di luar dataran Masjid Nabawi je, tak jauh dari pagar/pintu 16.  Itupun dah terlepas rakaat pertama zuhur.  Walaupun begitu, lantainya tetap sejuk.  Pertama kali solat di luar bangunan masjid.


Selepas makan tengahari di hotel, MMD dan my beloved hubby pun merayap ke kedai2 di sekitar hotel buat kali pertamanya.  Masuk semula ke masjid untuk solat Asar dan sambung semula berjalan2.  Masuk waktu Maghrib, MMD dah tak ke mana2.  Berada di masjid hinggalah selesai solat Isyak dan bertemu semula dgn my beloved hubby untuk balik ke hotel.  Hasil tangkapan? Dapat 3-4 helai jubah untuk adik2.

 

Selepas solat Maghrib bersama2 dengan payung yang kuncup.




Selepas makan malam, MMD serta beberapa jemaah berkumpul yang pada siangnya berjanji untuk ke Raudhah sekali lagi.  Syukur Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.  MMD berpeluang solat 3x  sekali lagi.

TAKLIMAT DAN TAHLIL 
Selesai solat Subuh dan bersarapan pada 09/12/15, MMD dan beloved hubby berjalan2 hingga ke dataran/bulatan yang penuh dengan burung2 merpati.  Kebetulan berjumpa dengan Sham, jiran setaman di Port Klang yang bersama2 dengan keluarganya.

Berkesampatan bergambar dengan pintu yang cantik ni selepas Subuh,

Sibuknya suasana pagi di luar perkarangan Masjid Nabawi.  MMD hanya beli 2 helai selendang je kat sini.

 
 

Selepas itu ke hotel yang berhampiran untuk menghadiri taklimat serta majlis tahlil. Sayu dan pilu sekali semasa majlis tahlil diadakan.  Moga arwah ayah MMD serta arwah kedua2 ibu/bapa mertua MMD serta sanak2 saudara ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Dalam pukul 10pagi, MMD serta Safinas cuba untuk ke Raudhah sekali lagi.  Angannya jika berkesempatan untuk buat ziarah Wida' kepada Rasulullah dan sahabat2nya buat kali terakhir.  Malangnya pintu dah pun ditutup walaupun belum sampai waktu tutupnya.  Solat saja di luar Raudhah dan salam Wida' buat kali terakhir di situ.  Menurut Ustaz yang memberi taklimat, ziarah atau salam Wida' boleh dilakukan dimana2 sahaja selepas solat terakhir kita di Masjid Nabawi.  Tidak semestinya kita kena pegi ke Raudhah.

Sekali lagi MMD bersolat melalui pintu 25 untuk berdekatan dengan Raudhah. Selepas solat Zuhur di Masjid Nabawi, kenangan terakhir terpahat di ingatan.  Ya Allah, jemputlah kami lagi untuk datang dan beribadah kepadaMu Ya Allah.

 



Kami pun bersiap2 di hotel dan pihak lelaki memakai kain ihram buat kali pertamanya.  Hensem semuanya. Akhirnya dapat juga MMD merasai ais krim Madinah yang selalu disebut2 oleh jemaah sebelum ni.


 
 
 


Perjalanan kami untuk ke Mekah akan mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Madinah dengan menaiki bas.

Jumpa lagi di lain entry.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...