Showing posts with label Malaysia - Selangor. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Selangor. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

Sungai Congkak Recreational Forest - Mandi sampai kecut

As Salam

Hari ini MMD bersarapan dengan nasi lemak yang dibawa oleh adik MMD yang tinggal di Kempas Apartment, bersebelahan je dengan Cengal Apartment.  Sambil tu MMD masak nasi goreng untuk bekalan mandi manda di Sungai Congkak, Hulu Langat. 

Dengan 2 kereta, MMD dan adik bungsu MMD, Nurul bergerak dahulu sementara menunggu seorang lagi adik MMD, Latifah (La) sekeluarga untuk sama2 join nanti.

Dalam 1 jam lah juga untuk sampai ke Sg Congkak.  Kami pergi ke tempat yang sama yang pernah MMD datang beberapa bulan yang lepas.  Sebelum tu, MMD ada juga singgah ke penghujung jalan di mana tempat Sg Congkak Eco Resort berada.  Nak masuk pun kena bayar setiap seorang dan kereta pun kena bayar jika ingin masuk dengan kereta.  MMD lupa berapa bayaran masuk.  Tu yang MMD cari tempat yang sama seperti sebelum ini.

Tempat ni ada tanah rata dan senang untuk hamparkan tikar2.  Airnya pun ada yang kawasan cetek dan juga dalam dan agak laju.  Bersesuaian dengan budak2 untuk mandi manda.

Ni my Mem besar.  Ambil tugas sebagai pemerhati bila cucu2nya mandi manda.  Hahahaha.


 Si kembar, Adam dan Adra pertama kali mandi sungai.


 Antara gambar kenangan di Sg Congkak.  Pengakhiran tahun 2015 dengan beriadah bersama keluarga.

 
 

Penat mandi manda dan terjun bagai, naik atas makan2 dulu.

 

Adik MMD siap buat kek bertemakan air terjun/mengalir lagi.  Kelas kau La......


My beloved hubby membelek2 selipar SR10 yang dibelinya di Mekah tempoh hari.  Mengimbau kenangan lah tuuuu.

 
 
Tunggu anak2 berhenti mandi.  Tertidur dia!!!!  Hahahaha.


Ada cerita disebalik gambar2 yang MMD letak kat atas tu.  MMD akhirnya bawa Hazry turun juga ke dalam air sebab perlu membasuh buntutnya.  Hazry berak kauuuuuuu.  Semua anak2 yang lain lari ke tempat lain.  Sekejab je Hazry dalam air,  dah terketar2 kaki dan tangannya.  Mandi serba sikit dan bawa dia naik ke atas, bungkus dengan tuala tebal2.

Petang barulah bertolak balik.  MMD terus ke Port Klang dan adik2 yang lain balik ke Cheras.  Semoga bertemu lagi.

Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.

Thursday, November 19, 2015

Kieran's @ Warong Kampong Sg Pinang

As Salam.

Baru2 ni MMD ada tengok orang post kat wall FB MMD pasal western food kat restoran kat atas.  Dan2 tu jugak MMD call my beloved hubby dan set kan untuk tak masak untuk hari tu.  Kena book juga tau.

Tak susah sangat untuk cari tempat ni. Maklumlah my beloved hubby kan orang Klang.  Petik jari je.  Cuba letak MMD, harus sampai esok baru jumpa kot.

 

Just nice MMD sampai, dah nak Maghrib dan boleh buka puasa dulu. MMD sorang je yang puasa.



Lea pesan macam biasa lah...fish & chip.  MMD, Hakim dan my beloved hubby pesan chicken grill (super menu).  Harganya okay tapi sosnya cair sikit.  Sedap juga di tekak kami anak beranak.



Jus epal asam boi terbaik!!


Ruang restoran di deko dengan baik sekali.

 

Lepas solat Maghrib di bilik yang disediakan, kami bergerak pulang.

Sekian. Jumpa lagi.


Monday, November 16, 2015

Sepetang di Pantai Remis

As Salam.

Bertandang ke Kuala Selangor untuk majlis perkahwinan sanak saudara sebelah my beloved hubby.  Konvoi dengan 3 buah kereta je.  Hakim tak nak pergi.  Nak berehat kat rumah saja.  Jadi bolehlah MMD tinggalkan Hazry dengan Hakim. Hakim pun dah pro dalam menguruskan adiknya dari makan hinggalah ke urusan dalam bilik air.

 


Tak lama selepas kami sampai, rombongan pengantin pun sampai.  Siap2 makan, bergosip2 dan bergambar barulah kami bergerak balik.  Dalam dok berjalan ke kereta, my sister in law ajak singgah ke pantai.  Apa ada kat pantai waktu tengah hari buta ni?  Katanya, Pantai Remis dah tak jauh dari situ.  Dalam perjalanan balik pun melalui pantai tu.



Masa sampai, memang panas terik.  Cari air kelapa dulu buat basahkan anak tekak.  Sambil2 tu singgah ke pasar basah yang terletak di seberang jalan dari pantai.  Ada medan selera juga kat situ tapi MMD tak pergi pun kerana baru lagi perut diisi dengan makanan kenduri tadi.


Seronok tengok Lea bulat2 matanya menghayati hidupan laut kat situ. Pok pek pok pet mulutnya.  Lebih2 lagi bila ditambah dengan kelibat kedai jualan layang2. 

 
 
 
 

MMD sempat beli kupang 2 bungkus dan juga isi remis.  Lea akhirnya dapat juga layang2 yang dihajatinya.

Lena tidurnya dalam kereta semasa dalam perjalanan balik ke Klang.  Mungkin dah mimpi bermain layang2. Ha ha ha.

Ni hasil dari tangkapan dari NSK, sup ikan merah serta tangkapan dari Pantai Remis, kupang masak belacan.

 


Okay.  Jumpa lagi di lain entry.



Wednesday, May 20, 2015

Panorama di Avani Sepang Gold Coast Resort - May 2015

As Salam.

Cuci mata tengok gambar2 menarik di bawah ni.

 
 
 
 

As Salam dan hingga ketemu lagi di lain entry.


Tuesday, May 19, 2015

Avani Sepang Gold Coast Resort - Day 2

As Salam.

Sambungan dari entry yang lepas.  Lea dah awal2 pagi bangun untuk ke pool lagi.  Tak puas lagi mandi petang sebelumnya.  Dikerahnya Hakim & my beloved hubby untuk ikut sekali.

MMD masak spagetti untuk sarapan.  MMD dah siap bawak bawang, minyak sikit, daging cincang, lada hitam, sos Prego. Harum semerbak baunya.  Lepas masak, MMD sambung tidur kejap sementara menunggu Lea balik ke bilik.

Pukul 1tghari, MMD bersiap2 untuk check out.  Call operator untuk hantarkan buggy ke vila.  Maklumlah, ada 2 anak kecil bersama.  Kalau tidak, MMD terus ke Club House dan queue kat sana je  untuk naik buggy ke main lobby.


Lea dengan sebahagian dari hadiah harijadinya.



Lepas check out, lepak2 dulu di area lobby sementara menunggu my beloved hubby dan adik ipar MMD, Faiz pergi ambil kereta dari parking lot.  Posing2 dulu.

 
 
 
 


Macam biasa, sebelum balik, singgah dulu di Extreme Park atas permintaan Hakim. Nak main go-cart & ATV.  Lea pulak nak main paintball.

 
 
 
Selepas selesai semua permainan, MMD pun bertolak keluar dari Avani dan berpecah laluan masing2.  MMD ke Port Klang, Adik Nurul serta my Mem besar ke Cheras Hartamas.  Short vacation yang super meriah.

Semoga berjumpa lagi di lain siaran.  Macam baca berita TV kan?

As Salam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...