Showing posts with label Malaysia - Pahang. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Pahang. Show all posts

Monday, September 10, 2012

CCM - Sepanjang perjalanan ke Cameron Highland

As Salam

MMD sekeluarga bercuti lagi sebelum bermula bulan Ramadhan baru2 ni.  Memangpun cerita dah lama basi...macam biasalah kan...dah lapuk barulah ada masa nak di buat entry.  Tak mengapa pun....ianya untuk kenangan MMD je. 

Bersiap sedia ke Cameron Highland pada 15/07/12.  Bertolak dari Port Klang lebih kurang pukul 11am. Memang kami merancang untuk bergerak awal.  Maklumlah MMD tak pernah sampai ke CH pun kecuali my beloved hubby.  Dia dah pun pergi tapi itupun bertahun yg lalu.

Selain MMD anak beranak, my MEM besar pun ikut sekali.  Rancangan MEM besar untuk balik ke KT selepas upacara bertunang adik bungsu MMD terpaksa ditangguhkan kerana MMD ajak ikut sekali ke CH.



Dalam perjalanan tu, kami sempat juga masuk ke laluan kanan untuk ke Hutan Lipur Kuala Woh.  Singgah sebentar untuk tengok2 je.  Ada tempat orang berkhemah dan juga mandi manda kat situ.


Semasa dalam perjalanan untuk keluar dari hutan lipur tu, my beloved hubby berhenti kat kedai di tepi simpang kat situ.  Suka menabung sendiri untung tau tak?  MMD bersetuju sangat dengan ayat2 tersebut yg tercetak cantik di tabung buluh yg agak besar saiznya.  Berborak2 sekejab dengan pakcik berambut putih tu.  Katanya dia ada sebuah gerai di Lata Iskandar menjual akar2 kayu, barangan cenderamata dan juga ubat2 tradisional.    Ok, nanti kami singgah kat gerai tu ye pakcik!.


Yang nun dihujung sekali tu lah gerai pakcik rambut putih tu di Lata Iskandar. My MEM besar sempat beli lamp shade kat situ masa dalam berjalanan balik dari CH keesokannya.

MMD berkenan benar dengan rekabentuk rumah di The Lakehouse ni...bilalah agaknya MMD ada rezeki bina sebuah rumah sebegini...berangan je la...


Jumpa lagi di entry akan datang.

As Salam.

Monday, May 21, 2012

CCM - Bye2 Pahang, Hai2 KT

As salam

Selepas 5 hari 4 malam di Legend Cherating, kami check out dan berangkat balik ke Trg. Perjalanan pun memang santai je.  Sebab dah tahu jarak dan tempoh masa yg tak berapa panjang untuk sampai ke Trg.



Sebelum sampai ke Pantai Peranginan Kelulut, tak jauh dari selekoh, kami singgah makan tengahari.  Nasi ayam pilihan kami.  Hazry pun makan nasi ayam yg dah direndam dengan sup yg agak banyak.  Jadi macam bubur juga la.  Maafkan ibu ye Hazry.  Pagi tu MMD tak masakkan bubur untuknya.

Nasinya kembang elok dan supnya sedap.  Kalau bersempatan lalu lagi di laluan sini, sudah tentu MMD akan singgah lagi.  Tuan kedainya pun ramah.  Sebenarnya, dia berasal dari Kg Atas Tol.  Dah tak jauh dari kampung MMD.

As salam.

Saturday, May 19, 2012

CCM - Breakfast & Dinner

As salam.

Dek kerana laptop yg terencat kena kejutan air tu, pihak hotel telah menawarkan 3 voucher percuma, 2 x breakfast dan 1x dinner. Terima kasihlah Legends yea...

Tapi yg paling menggembirakan MMD ialah laptop MMD baik seperti sediakala selepas digodek2 oleh my beloved hubby.  Alhamdulillah. 

MMD saja2 je letak gambar makanan banyak2 kat bawah ni....makan biasa2 je...








Sebenarnya pihak Legends ada menawarkan 1 day extra stay.  Tapi memikirkan dah agak kebosanan dek bercuti dalam hujan di Pahang tu, MMD tolak tawaran mereka dan menggantikannya dengan buffet breakfast dan dinner. Kalau MMD ambil extra stay tu dan lanting2 kat kawan2, rasanya tak berbaloi kot...tak puas stay kat Legends dan keesokannya dah nak check out.

Ada satu kali tu, MMD siap tapau sebekas nasi lemak untuk my beloved hubby.  My beloved hubby demam.  Ha ha ha, deman dalam bercuti. Kerja keras menggodek laptop!!!

As salam.

Friday, May 18, 2012

CCM - Fiesta Nenas

As salam

Dek kerana terpandang signboard besar di tepi jalan semasa ke bandar Kuantan sebelum ni, MMD dah berpesan pada my beloved hubby untuk singgah kat situ dalam berjalan balik ke hotel.



Nenas disusun cantik.  Dari jauh dah nampak deretan nenas.  MMD tak lepaskan peluang posing kat situ..he he he.


Dah alang2 singgah, MMD pun pilihlah selonggok nenas, 5 biji RM10.00.  Tak de murah pun...Sama je harganya kalau beli kat Econsave dekat rumah MMD di Port Klang.

Sampai di hotel, terus potong dan bersihkan 2 biji.  Tak larat nak makan banyak2.  Takut perut meragam pulak.

Sebenarnya, 3 biji lagi di bawa balik ke Trg dan akhirnya 2 biji lagi di bawa balik ke Port Klang.  Jauh betul perjalanan nenas ni.  Keluar masuk 3 negeri gitu.

As salam.

Thursday, May 17, 2012

CCM - Pantai Peranginan Balok

As Salam



Selepas meninggalkan PTC, kami menuju ke Pantai Peranginan Balok.  Nasib baik masa kami sampai, cuaca OK.  Redup2 je.  Tak ramai pengunjung pun, adalah 2-3 keluarga je.  Maklumlah dah tengah hari dan mungkin juga kerana waktu bekerja ibu bapa walaupun musim cuti sekolah.

Posing sana sini dan berangkat balik ke hotel.




Dalam berjalanan balik, hujan dah mula rintik2.  Hujan lagi....Bumi Pahang memang sejuk kala ni.

As salam.

Wednesday, May 16, 2012

CCM - Ronda2 Kuantan

As Salam

Hari ni cuaca OK. Terang dan belum hujan.  Terus siap2 anak2 untuk meronda bandar Kuantan.  Actually ada tugas yg perlu di buat di bandar Kuantan.  So, 2 in 1 la project ni.

Sampai di office yg perlu MMD singgah di bandar Kuantan,submit apa yg patut dan hujan dah start rintik2 dan hujan lagi..... Tak lama kat situ dan MMD beredar.  Nak ke mana di Kuantan ni dalam hujan?  So, kami decided singgah ke Pantai Teluk Cempedak. 

Berubah wajah betul PTC ni.  Last sekali MMD datang PTC ni masa rombongan mak kiah masa MMD di UITM Shah Alam.  Itu dah about 22 years ago.  Masih dalam hujan.  Apalah cerita MMD ni,  asyik2 cerita dalam hujan.  Apa nak buat...dah holiday dalam hujan !

Pusing 2 round kat situ.  Restoran fast food pun dah ada kat situ.  Kami semua tak turun pun.  Maklumlah hujan.

Tak snap gambar2 pun masa ni...so, tak de la gambar yea...
As Salam.

Tuesday, May 15, 2012

CCM - Laptop pun bermain air!

As Salam

Sejak dari malam lagi hujan mencurah2 di bumi Cherating hinggalah ke petang.  Memang tak ke mana2 pun.  Anak2 MMD yg nak mandi di pool pun tak dibenarkan oleh pool guard.  Hujan lebat sangat.

Kebetulan MMD di Legend, MMD dah set appointment untuk jumpa client MMD kat lobby.  So, the whole family pun lepak2 kat lobby sementara menunggu discussion MMD dengan client tadi.  Lagipun, internet access hanya ada kat lobby je.

Tiba2, Lea menjerit kat my beloved hubby yg air jatuh ke laptop.  Laptop MMD pulak tuuuuuu!!!! Nasib baik discussion MMD dah hampir selesai.  Kalau tidak, terganggu juga perasaan ni.  Cepat2 my beloved hubby tonggang terbalik laptop MMD tu.  Tapi nasib tak baik, tak boleh nak ON langsung.  Hati MMD dah tak keruan.  Banyak data2 kerja MMD kat situ.

Kat sinilah laptop MMD menjadi mangsa keadaan.


Staff hotel terus call their maintenance dept untuk terus baiki bumbung yg bocor tu.  Hujan memang lebat dari malam hingga ke petang bercampur dengan ribut.



MMD terus call Hotel Manager.  Buat surat complain.  Layanan dari staff2 kat situ cukup baik.  Balik ke bilik hotel dengan hati gundah gulana.

Tak lama selepas tu, MMD terima call dari staff hotel menawarkan breakfast buffet for the whole family.  MMD OK je.  Dalam masa yg sama, my beloved hubby cuba2 godek2 laptop tu. Selamat mencuba en. hubby yea....

As Salam.

Monday, May 14, 2012

CCM - Syoknya mandi manda...

As Salam

Budak2 kalau jumpa air, memang tak senang duduk diam.  Makan pun terkejar2 asyik teringatkan air di swimming pool.  Kata orang, pantang kalau tak terjun masuk pool bila dah sampai ke mana2 hotel yg ada pool. Macam ada yg tak kena je gitu...

Kali ni, MMD tak bagi Hazry join sekali mandi dengan Hakim dan Lea.  Nampak macam dia penat je.  Maklumkan, kalau travel ke mana2, walau siang atau malam, Hazry tak pernah tidur dalam kereta.  Kalau yg lain tu...especially MMD, dah tentu berapa kali tersengguk2 menahan mata nak tidur.  Hakim dan Lea dah tentu  ZZZZZZZzzzzzzzz tidur la tu.

Pandangan dari bilik MMD.  Nyaman tak?

Hakim dan Lea bersiap sedia untuk terjun!

Pose manja dari Lea.

Pose macho dari abang Hakim.

As Salam.

Saturday, May 12, 2012

CCM - Legend Cherating - March 2012

As Salam

Dah lebih 2 bulan berlalu baru MMD ada masa nak update cerita pergi holiday.  Biasalah, dah masuk kerja, memang extra stress dengan meja yg penuh menunggu MMD bertugas semula.

Bertolak dari Port Klang agak lewat, dalam pukul 11pagi gitu.  Memang dah agak yg perjalanan ke Cherating hanyalah separuh jalan je berbanding jika hendak terus balik ke Trg.  Biasanya, kalau nak balik ke Trg, memang MMD bertolak awal, selepas subuh. 

Tiada apa yg menarik sepanjang perjalanan ke Cherating.  View yg sama je.  Tak ada kesesakan lalulintas pun walaupun cuti sekolah dah bermula.

Kami sempat juga singgah 2 R&R.  Macam biasalah, untuk urusan pertukaran diaper Hazry dan hajat masing2.

Apa yg mesti dibuat bila sampai di daerah Cherating ialah singgah di gerai gulai kawah, terletak di bawah pokok besar di jalan utama.  Kalau tak silap, Kg Sg Ular gitulah gamaknya.  MMD tak makan kat situ, tapi bungkus je.  Nak makan kat bilik hotel je dalam keadaan yg rilex.



Sampai ke Legend agak awal dan terus boleh check in.  Bilik memang dah distandby awal2 untuk Legend Members. MMD dapatkan 2 bilik. Lepas makan, Lea dan Hakim dah tak sabar2 untuk terjun ke pool.

Selamat bersuka ria kat pool.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...