Monday, November 16, 2015

Sepetang di Pantai Remis

As Salam.

Bertandang ke Kuala Selangor untuk majlis perkahwinan sanak saudara sebelah my beloved hubby.  Konvoi dengan 3 buah kereta je.  Hakim tak nak pergi.  Nak berehat kat rumah saja.  Jadi bolehlah MMD tinggalkan Hazry dengan Hakim. Hakim pun dah pro dalam menguruskan adiknya dari makan hinggalah ke urusan dalam bilik air.

 


Tak lama selepas kami sampai, rombongan pengantin pun sampai.  Siap2 makan, bergosip2 dan bergambar barulah kami bergerak balik.  Dalam dok berjalan ke kereta, my sister in law ajak singgah ke pantai.  Apa ada kat pantai waktu tengah hari buta ni?  Katanya, Pantai Remis dah tak jauh dari situ.  Dalam perjalanan balik pun melalui pantai tu.



Masa sampai, memang panas terik.  Cari air kelapa dulu buat basahkan anak tekak.  Sambil2 tu singgah ke pasar basah yang terletak di seberang jalan dari pantai.  Ada medan selera juga kat situ tapi MMD tak pergi pun kerana baru lagi perut diisi dengan makanan kenduri tadi.


Seronok tengok Lea bulat2 matanya menghayati hidupan laut kat situ. Pok pek pok pet mulutnya.  Lebih2 lagi bila ditambah dengan kelibat kedai jualan layang2. 

 
 
 
 

MMD sempat beli kupang 2 bungkus dan juga isi remis.  Lea akhirnya dapat juga layang2 yang dihajatinya.

Lena tidurnya dalam kereta semasa dalam perjalanan balik ke Klang.  Mungkin dah mimpi bermain layang2. Ha ha ha.

Ni hasil dari tangkapan dari NSK, sup ikan merah serta tangkapan dari Pantai Remis, kupang masak belacan.

 


Okay.  Jumpa lagi di lain entry.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...