Monday, April 8, 2013

Lea berbunga ungu

As Salam

Seperti yang diminta di dalam mesyuarat agong Tabika Kemas Baitul Firdaus 2013, sekolah tabika Lea la tu, setiap murid dikehendaki membawa sepohon pokok bunga untuk ditanam di kawasan sekolah.

MMD pun dengan sukacitanya pergi ke nursery yang selalu MMD singgah cuci mata menengok pokok2 bunga kat situ di Bandar Bukit Tinggi. Ownernya memang friendly.  Suaminya orang Korea and MMD selalu geram tengok pokok2 orkid Koreanya.  Harganya memang mahal walaupun anak2 pokok yang tak sampai 2 inci.  Memangpun mahal orkid Korea tu.  Bukan senang nak dapat anak benihnya.  Penjagaannya pun perlu cermat.

Bukan itu yang MMD beli untuk dihantar ke sekolah Lea.  Ni je yang MMD beli.  Walaupun kata Pengerusi sekolah, bawaklah apa2 pun pokok yang ada kat rumah.
MMD tak tahu apa nama pokok tu.  Rasanya2 owner nursery tu ada bagitahu MMD sebelum ni tapi tak ingat pulak namanya.  Murah je. RM5.00 sepokok.  Senang untuk ditanam.  Hanya dengan keratan batangnya je.

Kebetulan masa Lea nak membawa bunga tu ke sekolah, Lea pun berbaju ungu.  Sama warna dengan bunganya.  Hari Jumaat kena pakai baju raya, kata Cikgu.

MMD perhatikan bunga ni memang sentiasa berbunga kerana setiap kali MMD nak ke tempat kerja, MMD akan melalui sekolah Lea.  Setiap hari itulah pokoknya berbunga.  Semoga pokok ni terus berbunga dan bertambah anak2nya.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...