Tuesday, November 13, 2012

Hazry dapat I/C

As Salam

Kalau diikutkan, MMD dah terlewat membawa Hazry ke JPN untuk mendapatkan I/C untuknya. Pada hari Jumaat yg indah, MMD serta my beloved hubby dengan awalnya terpacak di depan JPN Port Klang.

Actually, sebelum 8pagi dah sampai.  Kena tunggu staff JPN bukakan pintu.  MMD orang yg pertama masuk dengan Hazry.  Dapat nombor 1 hu hu hu.  Urusannya cukup mudah dan keseluruhan proses tak sampai pun 30 min. Tiada bayaran yg MMD kena buat.  Mungkin sebab Hazry ada kad OKU.

Bahagian yg paling best ialah masa nak snap gambar Hazry.  Siap berpusing2 kerusi yg berpusing tu di buat dek Hazzry dengan gelak ketawanya masa tu.

Inilah dia I/C sementara Hazry.

Masa MMD tulis entry ni, I/C Hazry dah pun siap untuk di ambil. 

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...