Tuesday, November 22, 2011

Happy Birthday Abang Hakim!

As Salam

Actually Abang Hakim's birthday jatuh pada 21/11/2011. Happy birthday abang!!!! Ibu sayang abang dan adik2.  Jaga diri, jaga tingkah laku dan yg penting, belajar rajin2.


Alaihai...masamnya abang...say cheeseeee!
Semalam, MMD memang tahap malas nak pergi kerja, so ambil emergency leave.  Sambil2 tu, selesaikan urusan rumahtangga pada sebelah pagi dan tiba2 terasa nak ke KLCC.

Bukan apa sangat ke KLCC tu.  Alang2 budak2 dah cuti sekolah, ambil peluang sekali berjalan2 kat sana. Ambil gambar sana sikit, sini sikit.  Yang tak kurang pentingnya juga adalah nak redeem MAC cosmetic, hadiah kemenangan dari Jigocity.

Lepas tu, pergi makan Mixed Grill kesukaan Hakim sambil2 tengok bola Indo Vs Msia.  Horey Malaysia MENANG!!!!

MMD sengaja tak beli kek untuknya lagi.  Tunggu my "mem besar" datang hujung minggu ni.  Boleh ke cam tu?  Kek harijadi boleh tunggu2 ke?  Ala....anak ibu kan?  Mesti boleh tunggu punya.

As Salam.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

As Salam

Apa menariknya tarikh di atas tu?  Cantik angkanya.  Senang nak ingat.  Tak ada peristiwa penting sangat pun buat MMD sekeluarga pada tarikh ni kecuali.....

1.  Hari ini MMD masih bernafas.
2.  Hari ini, setakat ini masih sihat walafiat.
3.  Hari ini masih dapat melihat matahari terbit dan berharap agar dapat melihat matahari terbenam juga.
4.  Hari ini masih dapat menyediakan makanan untuk santapan keluarga.

Pada yang mengandung sudah tentu berharap agar baby akan keluar melihat dunia pada hari ini.  Pada yg nak bernikah, sudah tentu dah lama memikirkannya untuk berjabat salam dengan Tuan Kadi pada hari ni.

Harapan MMD agar dapat bersama keluarga tersayang dan insan2 tersayang selamanya .  Menyayangi dan disayangi selamanya.  Amin

As Salam.

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha

As Salam

MMD sekeluarga mengucapkan selamat meraikan hari raya Aidil Adha dan kepada yg menyempurnakan haji, didoakan agar mendapat haji yg mabrur. 

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد و النعمة لك و الملك لا شريك لك لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...